|
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google |
Wahai abang-abang sado lagi kacak seantero Malaysia yang bergelar SUAMI... Ni cheq nak habaq mai sikit ni... Pasai lagu mana hang pa patut layan isteri
hang pa masa depa tengah dok teriak atau jenuh tahan sakit nak bersalin! Dan ini adalah menurut apa yang telah pun dibayangkan oleh Al-Quran... Sila ambil tahu sikit naaa... Yang mana belum pernah melalui fasa-fasa ini, mungkin boleh ambil tahu sebagai
ilmu serta persiapan...Mana yang dah pernah melalui, mungkin boleh perbaiki lagi? Jika ada yang terkurang sana-sini...Penting ni penting...
Perkongsian ini bukanlah perkongsian asli dari Farah akan tetapi Farah memanjangkan ia di dalam bentuk entri melalui pembacaan satu artikel yang menarik perhatian Farah melalui sumber di SINI.
Surah Maryam:
(22) Maka Maryam hamillah mengandungnya, lalu ia memencilkan diri dengan kandungannya itu ke sebuah tempat yang jauh.
(23) (Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang-kenang!
(24) Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai.
(25) Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak.
(26) "Maka makanlah dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan. Kemudian kalau engkau melihat seorang manusia, maka katakanlah: Sesungguhnya aku bernazar diam membisu kerana (Allah) Ar-Rahman; (setelah aku menyatakan demikian) maka aku tidak akan berkata-kata kepada sesiapapun dari kalangan manusia pada hari ini".
Pengajarannya:
RINTIHAN ISTERI
Isteri yang hendak bersalin kebanyakannya mengalami stres terutama sekali jika dia bersendirian atau tiada sesiapa terutama sekali suami disisinya. Apa saja ungkapan yang diluahkan itu,
anggaplah cara ia meringankan tekanannya. Jangan ambil kira. Sebagaimana Maryam meluahkan ungkapan. "Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan juga tidak dikenang-kenang!". Allah amat memahami
fikiran HambaNya ini ketika itu. Maka begitu jugalah suami. Dengar ajerlah rintihannya dengan tenang.
SENTIASA BERADA DI SISI ISTERI
Sentiasa berada di sisi isteri dan rendahkan diri melayannya sebagaimana terdapat pada ayat 24 "Lalu diseru sebelah bawahnya". Hormati dia kerana pada ketika itu dia adalah insan yang sangat mulia di sisi Allah. Dia sedang berjuang fisabilillah.
BERKOMUNIKASI
Terus berkomunikasi dengannya dengan pujuk rayu kasih sayang sebagaimana ayat 24: "Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam)".
SEDIAKAN KURMA & AIR ZAM-ZAM
Sediakan minuman dan makanan yang berkhasiat untuknya sebagaimana ayat 24-25. Allah menyediakan minuman daripada sungai yang banyak mineral dan buah tamar rutob yang berkhasiat: "Sesungguhnya
Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak."
TENANGKAN HATI ISTERI
Teruskan bersembang dan bertukar fikiran di sisinya semasa dia sedang berjuang. Kalau boleh berada di sisi katil semasa dia melahirkan anak anda itu sebagaimana ayat 26: "Maka makanlah
dan minumlah serta bertenanglah hati dari segala yang merungsingkan".
Selamat berjuang bagi yang terlibat atau bakal terlibat...terutama sekali kepada SUAMI yang bakal mendapat anak sulung atau anak pertama. ;-)
nice share..kwn2 ida 2org arini insyaallah akan brsalin...
ReplyDelete