Kenali GAYA BELAJAR ANAK Sebelum Mendidik Anak

Farah Waheda Wahid
0
KENALI GAYA BELAJAR ANAK SEBELUM MENDIDIK ANAK
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Memang punnn… Tengah perhati jer, tengah tengokkan ajer… Tak kata apa-apa lagi, tak keluarkan garis panduan lagi, tak mula tailor-made lagi modul untuk kaedah pembelajaran Iman Firash di rumah secara serius. Baru peringkat dan tahap light and easy atau ringan-ringan jer. Iyalah dia masih di tahap bermain lagi buat masa sekarang. Usia sekarang, 4, 5 dan 6 tahun adalah play time bagi dia. Smile. Tidak mahu memberikan atau mewujudkan sebarang tekanan yang akan memberikan impak psikologi kepada dia dan juga sesuatu yang boleh memberatkan atau membuatkan dia rasa terbeban. Perlahan-lahan lah kita bentuk dia kan? Nak didik anak ni ada macam-macam pendekatan, ada macam-macam cara… Tapi sebelum nak didik sebenarnya tak bolehlah nak didik ikut suka kita jer… semberono jer… Kena ada sedikit informasi dan juga ilmu pengetahuan juga….

Berikut adalah beberapa jenis gaya belajar anak untuk pengetahuan kita bersama:

Ciri-Ciri Anak VISUAL

1. Lebih mudah mengingati apa yang dilihat berbanding apa yang didengar.
2. Lebih suka membaca daripada dibacakan.
3. Suka menulis sesuatu sambil bercakap.
4. Lebih suka melukis daripada mendengar muzik.
5. Tidak terganggun dengan bunyi-bunyi bising ketika melaksanakan sesuatu.
6. Lebih mudah memahami arahan-arahan bertulis berbanding lisan.

Ciri-Ciri Anak Cenderung AUDIO

1. Lebih suka dengar berbanding baca.
2. Suka cakap sendirian ketika bermain.
3. Menggerakkan bibir ataupun mengucapkan bacaan ketika membaca.
4. Suka membaca dengan suara yang kuat.
5. Bercakap dengan berirama.
6. Lebih suka muzik daripada seni lukis.
7. Lebih suka humor lisan daripada gambar-gambar lucu.
8. Mudah terganggu dengan suara-suara yang kuat dan bising.
9. Memerlukan suasana yang tenang untuk belajar.

Ciri-Ciri Anak KINESTATIK

1. Sangat gemar dengan permainan yang menggunakan tenaga fizikal.
2. Tidak boleh duduk diam untuk jangka masa yang lama.
3. Banyak menggunakan isyarat badan ketika bercakap.
4. Suka menggunakan jari sebagai penunjuk ketika membaca.

Penting ke nak kenal pasti gaya belajar anak? Bagi Farah ianya adalah sesuatu yang penting sebabnya… Smile… Sekiranya ibu bapa dapat memastikan gaya belajar anak-anak, ini bermakna kita sudah menemui kunci bagi mengembangkan kemampuan serta membantu anak-anak untuk belajar dengan lebih mudah dan efektif. Seterusnya, ibu bapa hanya perlu mencari aktiviti pembelajaran yang sesuai dengan gaya pembelajaran anak. Contohnya, membacakan buku cerita ataupun menyanyi untuk anak yang cenderung audio, melukis untuk anak visual dan bermain ataupun bersukan untuk anak kinestatik.

Jom? Kita sama-sama kenali anak-anak kita. Winking smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !