Homeschooling Activities: Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat

Farah Waheda Wahid
4
Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat

Nombor sudah kenal. Mengira dari 1 sehingga 10 juga sudah. Kini sibuk menyambung eleven, twelve, thirteen, fourteen dan selanjutnya. Cumanya bahagian nombor yang belas-belas tu, yang paling ketara dan jelas kedengaran adalah teen teen teen ajer yang di belakang itu. Laughing out loud …. Ha ha ha, tak kisahlah janji dia faham itu adalah turutan nombor. Asalkan dia kenal dan faham itu sudah cukup memadai untuk dia di usia 2 tahun 9 bulan. Tak adalah pula meletakkan harapan supaya dia perfect mengira di usia 2 tahun 9 bulan dan tak adalah pula berniat nak jadi seorang ibu yang pushy yang dia MESTI tau semua dan MESTI perfect semua di usia semuda 2 tahun 9 bulan.

Dia kenal dan dia faham nombor serta turutan itu pun sudah cukup menggembirakan dan sudah cukup baik bagi Farah. Untuk letakkan tekanan serta membuatkan dia rasa terbeban, tidak sama sekali. Tugas Farah cuma untuk memberi sokongan dan juga memberikan pendedahan, selebihnya biarlah mengikut kemampuan penerimaan yang bersesuaian dengan usia dia. Belum lagiii… maknya belum lagi nak letak tekanan MESTI TAHU, MESTI HAFAL, MESTI BOLEH JAWAB, MESTI BEGITU, MESTI BEGINI… Sabarlah, belum tiba masa dan ketikanya lagi… Agak panjang lagi masa tu…

Sekarang zaman bermain dan pembelajaran secara santai buat dia. Biarkan dia nikmati zaman bermain dia pada masa sekarang dengan semaksimum mungkin. Memaksa tidak membantu apa-apa malah semakin akan membuatkan perkembangan anak itu terbantut kerana dibebani dengan expectation yang kita letakkan yang tidak bersesuaian dengan peringkat umur mereka. Mana ada ibu bapa yang tidak mahu yang terbaik serta melihat anak-anak berjaya yer tak? Akan tetapi, pesanan Farah kepada diri sendiri setiap hari, biarpun besar harapan serta impian untuk melihat anak maju di dalam pelajaran dan juga akhirat, biar berpada-pada. Jangan sehingga nanti memberikan kesan psikologi kepada anak dan seterusnya membuka jalan kepada permasalahan lain pula.

Tergerak di hati hendak mencuba menguji Iman Firash yang semakin kerap mengira 1 sehingga 10 dan yang sudah mula menggunakan jari untuk mengira 1 sehingga 10 setelah diajar oleh Farah beberapa hari sebelum itu.  Terasa nak menguji dia di dalam cara yang santai ke atas kebolehan mengira dia. Bukan hendak menunjuk-nunjuk pada umum tentang kebolehan dia itu, akan tetapi Farah sekadar ingin tau, sejauh mana kefahaman dia mengenai pengiraan nombor. Sama ada yeay or nay, itu Farah serahkan pada Iman Firash dan Farah tidaklah nak rasa kecewa jika masih ada kesilapan sana sini sinun. Jika masih belum sampai ke tahap itu nanti, apa yang Farah perlu lakukan adalah untuk terus membimbing dia sehingga dia lancar segala. In Shaa Allah.

Bagaimanakah cara menguji kefahaman dia itu? Sekadar Matematik mudah sahaja yang bersesuaian dengan peringkat umur dia ataupun objektif Farah. Sambil-sambil uji, bolehlah kami lakukan sesuatu aktiviti di malam cuti Hari Kemerdekaan Ke-59 kannn? Lagipun, sekarang ni memang kena rajin alih perhatian dia dan isikan masa dia dengan lebih banyak aktiviti yang menarik minat dia daripada dia mula menyebut… “Mommy… Tab Myyy, Tab…”… Kita bagi dia lupa pada tablet dengan cara melayan dia melakukan aktiviti-aktiviti yang menarik. Sekadar idea matematik mudah dan ringkas dari seorang ibu yang tidak berpengalaman ini

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 2

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 3

Sekadar menyediakan sendiri kertas aktiviti dengan apa sahaja sumber yang ada di hadapan mata. Yang penting, ia harus dapat menarik minat dia untuk melakukan aktiviti dan yang penting bersesuaian dengan peringkat usia dia. Farah sekadar menyediakan kertas aktiviti dengan bantuan Microsoft Office Excel, Google dan pencetak komputer. Sepertimana yang anda dapat lihat di dalam gambar di atas, Farah sediakan kertas aktiviti yang meminta Iman Firash untuk mengira berapakah satu-satu watak kartun yang dia kenal dan suka di dalam setiap petak.

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 4

Pada peringkat permulaan, Farah guntingkan kertas bernombor yang Farah sediakan untuk Iman Firash suai padankan nombor dengan bilangan watak kartun yang ada di kertas aktiviti. Nak lekat pakai apa? Double sided tape? Tak ada pula… Gam? Habislah nanti gam tu dia buat main… Bukan tak nak bagi dia biasa bermain dengan gunting ataupun gam…Memang dia kena belajar tu semua, tetapi untuk malam itu, Farah rasakan macam tak perlu gunting dan gam kot? Kita lakukan seringkas mungkin dan mudahkan apa yang boleh dipermudahkan.

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 5

Kita gunakan pelekat sedia ada yang bulat-bulat tu… Pelekat lebihan aktiviti sebelum ini…. Itu lebih mudah… Dan lebih menjimatkan masa serta kemas. He he he… Elehhh, cakap jerlah Mommy malas nak mengelap dan mengemas gam-gam tu semua selepas habis aktiviti. Kan kan kan kan? Dalam konon-konon acah-acah rajin buat itu ini untuk si anak, ada juga terselit malasnya ek? Wakakaka…

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 6

Pada peringkat permulaan, Farah tunjukkan caranya bagaimana pada dia untuk dia faham apa fungsi kertas aktiviti yang Farah dah sediakan terlebih dahulu untuk dia dan kemudian Farah biarkan dia mengikut contoh yang Farah telah ajar dan berikan kepada dia…

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 7

Ikut suka hati dia lah nak buat kot mana sekali pun… Farah cuma akan lihat bagaimana hasil dan keputusannya setelah dia siap melakukan aktiviti itu. Ingatkan tak nak mengikut, ingatkan nak main conteng-conteng sahaja… Tak kisahlah nak conteng kot mana pun kan? Farah ingatkan diri Farah, tidak semestinya dia akan ikut dan tidak semestinya dia nak lakukan aktiviti itu pada waktu itu. Macam kita manusia, bila seru tak sampai paksa kot mana pun tak jadi juga. Bila tak nak paksa kot mana pun, tak kan kita jadi nak juga…Yer tak?

Oklah, dia nak mengikut… Alhamdulillah, walaupun berselang-seli dengan main dia tu, walaupun berselang-seli dengan macam-macam aktiviti dia tu. Janji dia ada minat nak buat dan nak mengikut apa yang diajarkan.

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 8

Homeschooling Activities_Idea Matematik Mudah Menggunakan Pelekat 9

Sibuk nak mewarna juga yer tak? Kanak-kanak kan memang suka mewarna… Alamakkk… patutnya Mommy sediakan gambar-gambar tu yang boleh dia warnakan juga… Tapi Mommy sediakan gambar yang dah sedia diwarnakan. Cumanya warna jadi hitam putih sebab Mommy cetak dengan memakai pencetak hitam putih sahaja.

Hasilnya? Alhamdulillah… tepat kiraannya dan betul padanan pelekat bernombor dengan bilangan watak kartun yang berbeza pada kertas aktiviti Matematik mudah dia pada malam itu. Tiba-tiba mak dia jadi semangat lagi, nak buat latih tubi sebegini untuk dia dengan lebih kerap. Tapi kena fikir lebih lagi dan rujuk sumber sana-sini lagi untuk menjadikan ianya lebih menarik dari semasa ke semasa dan dia tidak bosan untuk melakukannya… Dah siap! Dah selesai… Simpan dalam fail khas untuk dia hasil aktiviti homeschooling dia dengan Mommy… Nanti-nanti dah besar boleh duduk borak-borak dengan dia dan walk down the memory lane dan tunjukkan dia apa yang dia pernah lakukan di waktu kecil kan? Amboiii jauh betul pemikiran…

*Cuma satulah, cara dia belajar, cara dia buat kerja sikit lebih kurang macam mak dia ni juga…Mesti semua berterabur dulu… Bila dah siap baru kemas semua… Jadi memang sewaktu sedang melakukan sesuatu tu, akan berterabur semua benda di sekeliling kawasan yang ada… Macam tu jugalah mak dia ni dari kecil sampai besar…Buat kerja sekolah satu meja berterabur dengan macam-macam benda…Dah siap baru kemas… Buat kerja office pun sama… Alih-alih…Sampai pada anak, menurun juga pada dia serba sedikit…Walaupun hakikatnya, kebanyakan behaviour dia mengikut Ba Bah dia, seperti cara atau gaya ketika menonton televisyen, cara atau gaya dia duduk, sesetengah tabiat dia… Bila bab buat kerja…Ahaksss… Ikut Mommy pula dia…Kasi tabur semua, nampak serabut… Dan buat kerja… Lepas tu baru sibuk nak kemas… Winking smile 50% Mommy and 50% Ba Bah…

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. wah pandainya Ash. takpe, pelan2 Farah. Kak Alycia pun tak pernah nak push anak belajar kat rumah, bagilah dia merasa bermain sesuai dengan umur dia. cuma brg2 mainan tu pilih yg education ;)

    ReplyDelete
  2. bagus aktiviti macam ni..awfiyah pun akak dah belikan dia buku..walau buku tu kekadang dia conteng dan siat-siat..gigih jugak mak ni beli dan beli..supaya dia sentiasa pegang buku..mana tau esok sampai besar dia rajin pegang buku...bukan takat pegang je,haruslah membaca kan..keep it up ash...

    ReplyDelete
  3. Menarik jugak ni...
    Boleh apply untuk next projek dgn anak-anak....

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !