Hati-Hati Ya... JANGAN LAKUKAN Perkara-Perkara Ini Kepada Anak!

Farah Waheda Wahid
0
Gambar diubahsuai dari sumber Google

Syukurlah terserempak dengan artikel yang berbentuk nasihat dan juga peringatan kepada diri Farah sebagai seorang ibu. Bukannya nak kata tak tau menahu tentang apa yang disenaraikan oleh artikel tersebut... Akan tetapi tidak salah sekiranya sebagai seorang manusia kita sentiasa beringat dan memperingatkan diri kita melalui sumber-sumber yang ada walaupun berulang-ulang kali perkara yang sama... Ingat berulang kali itu, adalah lebih baik dari lupa berulang kali...Yer tak? Hu hu hu... 

Bukan mudah untuk bergelar ibu bapa yang sempurna di dalam mendidik anak-anak. Segala gerak langkah dan kelakuan ibu dan bapa menjadi perhatian si anak. Sebab tu, kita ni sentiasa kena mengawasi setiap apa yang kita tunjukkan di hadapan anak-anak kerana hari ini mungkin mereka masih kecil tetapi jangan terperanjat sekiranya mereka tiba-tiba boleh mengikut kelakuan kita sama ada yang baik atau yang buruk satu hari nanti. 


Semasa anak-anak masih lagi boleh dibentuk, dilentur ini, masih belum terlambat untuk kita perbaiki diri menjadi ibu bapa yang terbaik kepada anak-anak. Siapa tak nak jadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak kan? Jom kita sama-sama audit diri kita masing-masin supaya kita tidak melakukan perkara-perkara berikut terhadap anak seperti yang dikongsikan oleh Ashikin Hashim di dalam laman Facebook beliau. Kalau pernah lakukan, jom kita sama-sama berazam untuk tidak mengulanginya lagi... 

1. Tidak patut memaki dan memarahi anak dengan kata-kata yang kesat kerana ia satu doa. Cakap yang baik-baik, doa yang baik-baik, fikir yang baik-baik.

2. Tidak patut memukul seorang anak jika dia berusia 10 tahun ke bawah sepertimana yang diajarkan oleh Rasulullah dalam hadis sahih. Baginda hanya menyatakan boleh dipukul anak itu jika tidak solat pada usia 10 tahun. Itu pun kerana solat. Apa yang lebih hebat dari solat?

3. Tidak patut membandingkan anak kita dengan anak yang lain atau dengan anak orang lain. Sudah tentu potensi anak kita berlainan dengan anak orang lain atau dengan anak-anak yang lain.

4. Tidak patut kita mengabaikan anak sewaktu kita berada dekat dengannya seperti hanya menumpukan perhatian kepada telefon dan kerja sedangkan anak berada di sebelah kita. Seharusnya kita banyakkan berbual dan bergurau dengan anak pada waktu itu.

5. Tidak patut kita hanya memaksa dan memadatkan jadual anak dengan jadual akademik semata-mata. Mereka juga memerlukan masa lapang dan rehat untuk bermain dan berhibur seperti kita juga. 

6. Tidak patut kita kedekut dengan anak-anak apabila mereka meminta sesuatu yang kita rasakan membazir bagi kita tapi kita tidak berkira pula mahu membeli gajet ataupun barangan yang kita ingin misalnya.

7. Tidak patut memberi terlalu banyak kebebasan. Nyatakan had dan peraturannya agar mereka tahu batasan yang mereka tidak boleh langkaui.

8. Tidak patut kita berakhlak tidak baik di hadapan anak. Contohnya bersikap samseng ketika memandu kereta kerana anak-anak memerhati dan mendengar percakapan kita.

9. Tidak patut merendahkan orang lain di hadapan anak kerana anak akan memandang rendah orang lain dan berkurangan sifat hormat mereka.

10. Tidak patut kita bersikap sangsi atau tidak percaya kepada anak terlalu berlebihan. Bersifatlah seperti itu dengan batasan tertentu sahaja kerana ia akan hany merendahkan keyakinan anak itu.

11. Tidak patut memarahi guru di hadapan anak. Itu akan hanya membuatkan anak benci dan tidak menghormati guru tersebut. 

Semiga kita sentiasa menjadi ibu bapa yang mengasihi dan mempunyai sifat ihsan kepada anak-anak kita. 

Sumber Rujukan: FB Ashikin Hashim

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !