Ayat pertama yang nak dikeluarkan adalah… PUAS!!! Serius… Puas meratah UDANG GALAH…Sampaikan tersandar di kerusi The Nai Cafe, Denai Alam malam semalam disebabkan terlalu kenyang dan sampai senak perutlah jadinya…
…. Errrr….
… Malam semalam dah langgar peraturan dan pantang larang makan nasi di waktu malam! Alaaa…Sesekali tak ada salahnya kannnn? Kan? Kan? Kan? Tapi tulah, hari ni nak kena puasa makan nasi semula malam…Malam semalam jujurnya kita makan nasi bertambah disebabkan oleh kelazatan hidangan UDANG GALAH oleh PAKAR MASAKAN UDANG GALAH di The Nai Cafe, Denai Alam.


Jika nak diikut-ikutkan, The Nai Cafe, Denai Alam ini tak adalah jauh mana pun dari pejabat Farah pun… Lebih kurang dalam 6 ke 10 minit jer… Punyalah tak tau ada tempat untuk menikmati masakan UDANG GALAH yang superb dan berbaloi-baloi di kawasan berhampiran pejabat… Kalau tau, dah lama dah cadangkan The Nai Cafe, Denai Alam sebagai tempat untuk majlis keraian di pejabat… Tak adalah sampai nak putus urat kepala memikirkan tempat yang menarik untuk majlis keraian di pejabat…
… Ha ha ha… Iya… Kadang-kadang tu disebabkan nak pilih lokasi majlis jer pun dah boleh jadi pening kepala sebabnya masing-masing kalau boleh tak nak yang jauh sangat dari pejabat… Bukan mudah nak mencari yang proper di sekitar kawasan ini… Malam semalam ni lah baru tau… Rupa-rupanya di sebalik kawasan ini, ada terselit sebuah restoran yang menyediakan hidangan UDANG GALAH yang menarik. Ok! Bookmark siap-siap… He he he… Mudah kojo den!

Apa yang menarik sangat di The Nai Cafe, Denai Alam yang Farah sibuk bermukadimah sampai dua perenggan di atas? Ini nak ajak anda cuci mata tapi jangan jilat skrin ok? Sebab tak tahan dengan paparan kelazatan hidangan UDANG GALAH yang bakal Farah kongsikan ini… He he he…
…


Yang ini pula, pasti ramai yang kenal… Ini namanya Sambal UDANG GALAH…. Slurppp!!! Sampai tak tau nak makan yang mana satu dulu… Ini pun salah satu kegemaran ni… Sambal udang… Kebiasaannya Farah tak reti nak makan lauk banyak-banyak…Kalau makan nasi putih tu, satu jerlah lauk yang ada dalam pinggan…Tapi disebabkan tersangatlah inviting semua hidangan yang berasaskan UDANG GALAH…Makanya, semua pun Farah nak sauk dan letak di dalam pinggan nasi Farah…. Tamak betol!!! Ha ha ha…
…

Tambah pula lagi dengan Tomyam UDANG GALAH…. Ohoiii…Memang hancusss segala bagai mak nenek diet malam semalam oiii… Makan sampai lupa diri dah ni…. Silap-silap mak mentua lalu kat belakang pun Farah jadi tak perasan nih! Mujurlah mak mentua belum pernah lagi lalu di belakang… Ha ha ha… Kalau tak… Buat malu jer sebab dah nampak makanan sedap sampai terlupa segala benda….
Selalunya kita akan dijamu dengan hidangan Butter Prawn ataupun Butter Milk Prawn dengan rasa yang tidak pedas… Akan tetapi kelainan yang ditampilkan oleh The Nai Cafe, Denai Alam pula adalah… Mereka menyajikan hidangan Spicy Butter Cream UDANG GALAH. Ada sedikit rasa pedas-pedas yang sedap macam tu… Lainlah kan? Sebab selalu yang kita rasa atau makan tidak pedas….
Bagi yang ada anak-anak kecil yang tidak boleh makan makanan pedas, tak perlu bimbang dan tak perlu risau ataupun nak rasa terkilan ke apa bila mana kita ni sedap-sedap makan UDANG GALAH, akan tetapi anak dok pandang jerrr…Sebab mereka tak boleh makan masakan pedas…. Ataupun kita terpaksa kopek udang tu dan basuh ataupun hisap demi nak bagi anak rasa…. Ada hidangan UDANG GALAH Goreng untuk dinikmati oleh anak-anak juga… Tak perlu nak basuh-basuh ataupun hisap… Kesianlah kannn? Kita sedap-sedap makan berperisa tetapi untuk mereka kita terpaksa basuh atau hisap demi tak nak anak-anak kepedasan…Mereka pun berpeluang juga nak merasa kelazatan UDANG GALAH bila mana ada disediakan hidangan UDANG GALAH Goreng sebegini…. Dapatlah rasa garam, kunyit…. Sekurang-kurangnya berperisa juga mereka makan kan?
Bagi yang tidak mahu menjamu selera dengan hidangan nasi ataupun nasi putih… Ada juga hidangan UDANG GALAH di dalam bentuk yang lain iaitu Nasi Goreng UDANG GALAH serta Kuey Teow Goreng UDANG GALAH dan Char Kuey Teow UDANG GALAH.
Tarikan utama kesemua hidangan-hidangan ini sudah semestinyalah UDANG GALAH yer tak? Itu adalah kepakaran The Nai Cafe, Denai Alam… Suasana restoran yang selesa, luas dan juga boleh dikatakan mempunyai nilai privacy-nya yang tersendiri sememangnya mempunyai nilai yang tersendiri. Bagi umat Islam yang datang berkunjung untuk menikmati hidangan di The Nai Cafe, Denai Alam ini, sekiranya anda ingin menunaikan solat, ada disediakan juga kemudahan surau di dalam The Nai Cafe. Bagi Farah, ini adalah merupakan satu inisiatif yang sepatutnya dicontohi dan fasiliti sebegini sepatutnya disediakan oleh pengusaha-pengusaha restoran di Malaysia. Satu perkara yang sangat baik sekiranya kebanyakan restoran menyediakan kemudahan seperti ini untuk para pelanggan.
Ermmm…he he he…
… ada rasa macam nak jilat skrin tak bila melihat kesemua paparan hidangan UDANG GALAH yang Farah kongsikan kepada anda di dalam entri ini? Alaaa… Tak perlulah sampai nak menjilat skrin… Apa kata kalau berkunjung ke The Nai Cafe, Denai Alam dan rasa sendiri masakan-masakan mereka? Makan ramai-ramai sekeluarga atau dengan kawan-kawan seronok ni!

Lupa pula… ni ha nak tayang gambar Cheese Chicken Chop oleh mereka…Hidangan selain dari UDANG GALAH…
The Nai Cafe yang terletak di Denai Alam, Shah Alam, Selangor adalah merupakan sebuah restoran yang menyediakan makanan laut yang terbaik dan kepakaran mereka adalah Fresh Water LOBSTER “UDANG GALAH” dan juga Patin Tempoyak. Peta lokasi adalah seperti yang tertera di bawah berikut bagi memudahkan pencarian UDANG GALAH anda…
:

Harga hidangan juga tidaklah begitu tinggi dan apa yang boleh Farah katakan ialah, ianya sangat berbaloi dan mampu bagi semua orang untuk menikmati hidangan UDANG GALAH yang lazat…
The Nai Cafe
No 23-1 Jalan Electron F U16 F
Denai Alam
40150 Shah Alam
Selangor Darul Ehsan
No. Telefon: +603-7832 4481
Waktu Operasi:
Isnin – Ahad
12.00 tengah hari sehingga 11.00 malam
Waze: The Nai Cafe
adoi..farah...saje tau ganggu diet akak ni..Allah..salah satu nikmat dunia ni..huhu,,tak leh tahan tengok..hahah
ReplyDeletebeso222 udang nyer
ReplyDeletePerghh besar besar udang diaa :D
ReplyDelete