Iman Firash tak tau menau pun mana hala tuju atau destinasi yang Mommy dia arak dia pagi-pagi semalam yang sebenarnya dan ianya agak menimbulkan sedikit "ragam" juga di pagi hari semalam. Ahaksss. Al-maklumlah, orang tengah sedap-sedap tidur tetapi Mommy basahkan tangan dengan air paip dan usap di muka dia. Tidur kena ganggu dan kena kejut... Anak-anak kecil kannn? Kalau tidur tak cukup atau tak puas, mulalah macam-macam cerita yang akan terjadi. Akan tetapi tidaklah seteruk mana pun ragam dia pagi semalam... Still bearable dan masih boleh makan pujuk. Waktu kecil-kecil ni, memang tak akan banyak tanya, ikut jerlah mana ibu bapa nak bawa pun kannn?
Surprise Mommy untuk Firash di dalam mewarnai hari Sabtu dia dan juga memenuhkan aktiviti hari Sabtu dia pada minggu ini... Sewaktu sampai di Sunway Pyramid... Dia masih tidak sedar lagi tentang acara Thomas and Friends ini. Akan tetapi, apabila kami sampai di LG1 dan boleh kelihatan suasana seperti gambar yang di bawah ini:
Dia dah mula perasan dan dah mula sedar yang sebenarnya, dia kena kejut dan mandikan pagi-pagi itu adalah disebabkan mak dia ni nak bawa dia ke satu tempat yang akan membuatkan dia tersenyum dan gembira. Memang tajam betul mata dia! ☺. Walaupun setingkat atas dari kawasan kejadian tetapi dia dah boleh cam dah yang ianya adalah sesuatu yang berkaitan dengan Thomas and Friends. Apa lagi terus terkinja-kinja melompat-lompat dan becok mulut dia... "Chommm Myy... chommm..."... Itu maksudnya ... Jom Mommy jom... Memang tak sabar betul dia! Iyalah sesuatu yang amat dia sukai dan menjadi obsesi dia kannn?
Jejak jer kawasan acara Thomas and Friends yang berkenaan di LG2, Blue Concourse, Sunway Pyramid, jika anda perasan, si kecil molek tu di dalam gambar yang dipaparkan di atas, terus menyelinap ke kawasan sesi bercerita tentang Thomas and Friends yang sedang berlangsung. Tak ada Assalamualaikum, tak ada Hello, tak ada Excuse Me... Chooottt... Laju jer dia menyelinap ke tempat yang paling hadapan sekali untuk menyampuk kepada sesi bercerita tersebut... Oh my anak! Happy go lucky dia jer... Tak kira sekeliling, buat apa yang dia rasa nak jer... Ha ha ha... Itulah yang sering membuatkan sesiapa sahaja di sekeliling dia tersenyum memerhatikan gelagat dia... Peramah pun yer ni Iman Firash ni... ✌ suka nak berkawan dan suka memulakan perbualan... Like mother, like son nih! Ha ha ha...
Itu destinasi pertama... Destinasi seterusnya adalah...
Dia terus sahaja menuju ke meja aktiviti yang disediakan di bebarapa hot spot di kawasan acara Thomas and Friends tersebut. Kalau muka dia tu, memang bersinar-sinar jer teruja melihatkan sekeliling dia dipenuhi oleh Thomas and Friends. Ibarat seperti pucuk dicita ulam mendatang... Like a dream comes true macam tu.... Hu hu hu... Jujur nak bagi tau ni lah kannn... Dalam hati Mommy dia ni... Kembang yang amattt... Sebab rasa gembira dan lega yang dia suka sangattt dengan surprise yang Mommy berikan kepada dia pada kali ini.
Dari satu stesen ke satu stesen dia bertawaf... Buat audit... Tengah nak ambil tau apa yang ada yang dapat dia eksplorasi... Tidak dinafikan di dalam masa yang sama sebenarnya dia tengah memikirkan akal... Apalah yang dia nak buat ni! Ha ha ha... Mana satu dulu dia nak buat... Sampai di stesen televisyen yang memaparkan siri animasi Thomas and Friends memang lagut seketika dia menonton siri animasi tersebut. Bagaimana gaya di rumah, macam tu jugalah gaya dia menonton Thomas and Friends di tengah-tengah Sunway Pyramid tu.... Berhenti parking dia di situ seketika...
Dah puas menonton siri animasi Thomas and Friends di sudut yang disediakan oleh pihak penganjur.... Terus dia secara automatik menuju ke meja aktiviti di mana beberapa orang kanak-kanak sedang sibuk bermain dengan set permainan Thomas and Friends yang telah disediakan untuk kanak-kanak bermain menggunakan imaginasi dan kreativiti mereka secara bebas tanpa sebarang sekatan... ☺. Nak bermain ikut gaya mana pun tak kisahlah.... Ha ha ha... Asalkan bahagia, asalkan gembira...
Iman Firash kan suka berkawan? Peramah? Macam Mommy dia... #ehhh...Ha ha ha... Jadinya memang mudahlah dapat kawan... Leka dia bermain dengan kawan yang baru dikenali semalam tu... Tidak kekok dan seolah dah biasa sahaja dia berkawan dengan rakan-rakan sebaya... Sementara awak leka bermain di meja aktiviti sambil dipantau oleh Ba Bah... Mommy pun sajalah nak cuci-cuci mata nak merayap sekeliling kawasan acara Thomas and Friends tersebut...Nak tengok apa yang ada! Iyalah... Mommy kannn suka window shopping...Sajalah pusing-pusing tengok apa yang menarik yang ada... He he he... Sambil-sambil tu, sebenarnya nak anticipate, apa lagi yang bakal Firash request dari Mommy akan datang tentang Thomas and Friends. Diakui dia memang dah ada beberapa koleksi permainan Thomas and Friends. Macam kira-kira di dalam masa yang sama, Mommy go and check it out... Apa lagi yang Iman Firash belum ada lagilah ni kiranya...
Tak adalah niat nak membelikan dan memanjakan terlebih dia dengan alat permainan... Cuma sekadar nak menyelami dunia si anak... Apa yang digemarinya dan mengenali setiap inci obsesi anak itu... Konon-konon ambil tahu secara terperincilah ni...Ha ha ha..Hakikatnya Farah memang macam ni sikapnya...Suka sangat nak kenal dan ambil tahu secara terperinci apa yang anak minat... Entahhh... Tak tau... Memang dah macam tu perangai Farah...Suka sibuk nak tahu dunia anak secara mendalam...
Wowww... Ini memang set besar punya kotak! Memang orang kata senang mempengaruhi anak kecil lahh.... Mujurlah si anak bujang kita ni tak terpengaruh dan tak kisah... Dia tak minta punnn... Ngeee... Alhamdulillah... Dia tak hairan langsung pun yang benarnya...walaupun sebenarnya melambak-lambak dan macam-macam variasi set permainan Thomas and Friends yang turut dipromosikan di acara ini. Dari set permainan yang asas sehinggalah selengkap-lengkapnya set permainan Thomas and Friends. It is indeed a Thomas and Friend galore .... syurga Thomas and Friends buat kanak-kanak.... Segala jenis koleksi set permainan Thomas and Friends ada ditawarkan untuk dibeli pada bila-bila masa oleh ibu bapa untuk anak-anak masing-masing.
Amboi, seronoknya dia main.. Tak hingat dunia.. haha.
ReplyDeleteHuaaaarrgghhh! Best betul! Ena yang dah besar ni excited tengok... nak jadi budak kecik balik!!!
ReplyDeleteTerbalik dgn anak sedara kita. Takut benar dgn thomas
ReplyDeleteWah.. seronoknya dia beraktiviti...
ReplyDeletehuwaaaaaaaa bestnya.
ReplyDeleteselalu tengok tv je thomas tuu
Singgah sini.
Jom la lepak kat umah NIl hee
http://nilamhimawari.blogspot.com
Bukan main happy lagi anak akak kan.. Hihihii. Nanti pika dah ada anak boleh la bawak dorang ke sini.. InshaaAllah. Nanti tu tak tahu la berapa tahun lagi.. Hahahhaaaa..
ReplyDelete