DOA & ZIKIR Menambah Susu Badan

Farah Waheda Wahid
0
Gambar diubahsuai dari sumber dari Google
Lagi satu perkongsian mengenai susu badan... susu ibu... yang ingin Farah kongsikan kepada anda-anda semua sebagai ilmu mengenai penyusuan ibu... Smile… Tak adalah pakar ataupun pandai benar… Tapi ini semua adalah melalui apa yang pernah disampaikan kepada Farah, apa yang Farah belajar dan apa yang Farah baca sewaktu mula-mula melahirkan Iman Firash dulu. Al-maklumlah, susu ibu untuk Iman Firash tidaklah semeriah mana… Se-coet jer hasilnya… He he he… Open-mouthed smile… Mengenai power pumping…Pernah Farah kongsikan melalui artikel Farah yang bertajuk… Apa Itu Teknik Power Pumping? . Kali ini kita berkongsi pula tentang doa dan juga zikir yang boleh diamalkan untuk menambahkan susu badan.

Sambil-sambil berusaha dengan tips-tips yang dikongsikan di dalam bermacam artikel, seiring dengan itu… bolehlah anda ibu-ibu yang melakukan penyusuan ibu mengamalkan doa dan zikir yang bakal dikongsikan di dalam artikel ini juga.

Apa yang boleh anda amalkan melalui sumber di SINI:

1. Ya Allah, permudahkanlah segala urusan kehidupanku, banyakkanlah susuku untuk bayiku, dan permudahkanlah perjalananku untuk menyusukan anakku agar menuruti segala yang telah Engkau syariatkan.

2. Ya Allah, seberapa banyak susu yang aku perolehi hari ini, penuhilah dengan rahmatMu dan keberkatan di sisiMu. Semoga dengan keberkatanMu, susu yang sedikit menjadi banyak dan kenyang buat anakku.

3. Surah Al-Baqarah ayat 60.

Dan (ingatlah) ketika Nabi Musa memohon supaya diberi air untuk kaumnya, maka Kami berfirman: “Pukullah batu itu dengan tongkatmu”, (ia pun memukulnya), lalu terpancutlah dari batu itu dua belas mata air sesungguhnya tiap-tiap satu puak (di antara mereka) telah mengetahui tempat minumnya masing-masing. (Dan Kami berfirman): “Makanlah dan minumlah kamu dari rezeki Allah itu, dan janganlah kamu merebakkan bencana kerosakan di muka bumi”.

Sambil baca letakkan tangan pada payudara dan doa semoga Allah murahkan rezeki untuk menyempurnakan penyusuan sehingga 2 tahun.

Amalkan doa ini setiap kali selepas solat, juga semasa menyusukan anak dan mengepam. In Shaa Allah semakin meriah rezeki susu ibu anda untuk anak tersayang.

4. Amalkan Surah al-Hujurat  dan al-Kauthar – elok diamalkan sejak hamil lagi.

Niatkan dalam hati semoga Allah SWT murahkan rezeki kita, anak dan banyakkan susu.

Jangan kita lupa juga bahawa rezeki itu semuanya datang dari Allah SWT. Sebaiknya dibaca dan difahamkan juga tafsiran ayatnya.

5. Zikir Ya Matin (70 kali) setiap malam dan subuh atau hembuskan pada air dan minum.

6. Surah Yasin ayat 72-73.

7. Baca Selawat dan Bismillah sebelum menyusu dan mengepam.

Semoga bermanfaat. Smile

Post a Comment

0Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment (0)

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !