Soalan Sensitif & Cara Menjawab

Farah Waheda Wahid
2
 

Semakin hari, semakin banyak telatah serta ragam. Semakin hari, semakin banyak perkembangan yang ditunjukkan dari semasa ke semasa. Semakin hari semakin nampak panjang akal. Bayi seberat 2.86 kg yang dilahirkan hampir 3 tahun yang lalu kini bukan bayi lagi... Sudah hendak menginjak ke fasa pre-schooler. Bila semakin membesar, bila sudah mula menyusun struktur ayat dan tambah-tambah lagi bakal ke tadika, senantiasa mengingatkan diri sendiri supaya tidak perlu berasa terkejut seandainya dalam waktu terdekat satu hari nanti dia sudah mula bertanya soalan sensitif. Soalan sensitif yang dimaksudkan di sini adalah di dalam konteks the birds and the bees, soalan berbentuk rasa ingin tahu mengenai seksualiti. 

PERINGATAN KEPADA DIRI SENDIRI: 
Tak perlu nak menggelabah, tak perlu nak kalut, tak perlu panik kalau tiba-tiba si anak itu bertanya kepada diri ini soalan yang agak sensitif dan sukar untuk disusun ayatnya untuk diberikan jawapan. Sebaliknya, kena belajar BAGAIMANA untuk menjawab soalan mereka dengan bahasa yang mudah untuk mereka faham. 

Melalui apa yang Farah pernah baca pengalaman-pengalaman yang dikongsikan oleh ibu-ibu yang lain di laman media sosial, kelihatannya seperti memang bukan mudah untuk bercakap dengan anak-anak kecil tentang hal-hal yang berkaitan dengan bayi dan hubungan kelamin. Pertanyaan mengenai dari mana bayi berasal adalah suatu pertanyaan yang sangat biasa! Kannn? Betul tak?

Menurut satu artikel yang sempat Farah baca di SINI .. Hampir semua kanak-kanak akan mempersoalkan hal ini. Terutamanya sekiranya ibu mereka sedang hamil. Soalan "Bayi datang dari mana?". Bunyinya memang ringkas, akan tetapi walaupun ringkas, yang benarnya kannn? Sangat sukar untuk dijawab.

Tapiii... Susah ke tak susah ke? Nak ke tak nak ke? Memang tetap kena jawab dan memang perlu jawab. Kalau tidakkk, ehem ehem... Macam biasa, selagi mana soalan tak dijawab, selagi itu anak kecil akan terus menyoal bertubi-tubi sehingga mereka mendapat jawapan dan berpuas hati. Maksudnya, semakin cepat kita beri jawapan terhadap soalan anak-anak, lebih mudah. Setakat nak menjawab soaln anak yang masih kecil tidak memerlukan kita duduk semeja berbincang dengannya. Terus jer jawab setiap kali dia bertanya. 

Untuk mendapatkan jawapan yang boleh diterima kanak-kanak, kenalah rajinkan diri kita untuk rujuk buku-buku kanak-kanak yang ada menceritakan tentang hal ini. Kebiasaannya, cara menjawab soalan-soalan yang diajukan oleh anak-anak adalah bergantung kepada umur mereka. Contoh-contoh soalan yang biasa didengari daripada mereka dan cadangan jawapan yang bersesuaian. Boleh dipertimbangkan sendiri yer sama ada jawapan itu adalah yang terbaik atau tidak kita rasakan sebagai ibu atau sebagai bapa. Ini adalah sekadar sebagai contoh atau panduan yang diberikan oleh penulis artikel. 

USIA 2 HINGGA 4 TAHUN 

Soalan: 
Bayi datang dari mana? 

Jawapan: 
Bayi datang dari satu tempat istimewa dalam perut Mommy. 

Soalan: 
Macam mana keadaan dalam perut Mommy? 

Jawapan: 
Keadaan dalam perut Mommy cantik dan sangat selesa. Sebab itu baby suka sangat tinggal dalam perut Mommy. 

Soalan: 
Adik ada "bunga". Abang ada tak "bunga" macam Adik? 

Jawapan: 
Tak. Abang ada "burung". 

USIA 4 HINGGA 6 TAHUN

Soalan: 
Macam mana nak buat baby? 

Jawapan: 
Baby dibuat daripada benih istimewa yang ada dalam badan Ba Bah bersama telur yang memang sudah ada dalam perut Mommy. Apabila benih Ba Bah jumpa dengan telur Mommy, terbentuklah baby yang kecil. Baby ini akan membesar dalam perut Mommy sampailah dilahirkan. 

Soalan: 
Macam mana telur boleh ada dalam perut Mommy? 

Jawapan: 
Semua orang perempuan memang sudah ada telur dalam perut mereka sejak dilahirkan. Tapi, telur hanya boleh jadi baby kalau perempuan itu sudah besar macam Mommy. 

Soalan: 
Macam mana baby boleh hidup dalam perut Mommy?

Jawapan: 
Baby tinggal dalam satu tempat istimewa dalam perut Mommy yang sangat selesa. Baby dapat makanan daripada Mommy. Setiap makanan yang Mommy makan, baby pun makan. Selain makan, baby pun boleh bergerak-gerak, tidur dan berehat dalam perut Mommy. 

Soalan: 
Macam mana baby keluar dari perut Mommy? 

Jawapan: 
Baby boleh keluar dari 2 tempat. Satu daripada "bunga" dan satu lagi dari perut. 

USIA 6 HINGGA 8 TAHUN 

Soalan: 
Dari mana datangnya benih dan telur? 

Jawapan: 
Benih Ba Bah biasanya dipanggil sperma. Sperma dalam badan Ba Bah dan telur pula memang sudah ada dalam perut Mommy. Apabila Ba Bah beri sperma pada Mommy, sperma tu terus cari telur dalam perut Mommy. Bila dah jumpa, sperma tu terus melekat pada telur dan tidak lama kemudian, jadilah baby kecil.

Soalan: 
Macam mana baby keluar dari perut Mommy? 

Jawapan: 
Apabila baby sudah besar, dia dah tak muat lagi untuk tinggal dalam perut Mommy. Jadi baby tu akan keluar dari perut Mommy ikut saluran yang memang sudah ada dalam badan Mommy. Saluran tu pula bersambung dengan "bunga" Mommy. 

Di situlah baby akan keluar nanti. Sebenarnya, memang susah baby nak keluar sebab baby besar dan "bunga" Mommy kecil. Jadi kalau baby tak dapat nak keluar sebab sempit, doktor akan tolong buat lubang pada perut Mommy dan keluarkan baby.

Tu diaaaa... Soalan daring dengan contoh atau panduan jawapan yang daring. Amacam??? Agak-agak boleh tak susun struktur ayat nak memahamkan anak-anak kita? Agak-agak ada rasa berpeluh dingin? tidak tahu untuk menyusun struktur ayat? ataupun macam tak terkeluar suara bila nak menjawab? rasa segan bila anak bertanya? Pendidikan seksualiti awal ke atas anak-anak. Sifat ingin tahu dan ingin bertanya itu memang sesuatu yang menjadi kebiasaan di kalangan anak-anak yang sedang berkembang dan membesar. Soalan sebegini akan terkeluar dari mulut anak-anak sebab sifat ingin tahu dan rasa pelik mereka tentang dari mananya datangnya sesuatu itu dan juga diri mereka sendiri. 

Bagi ibu bapa Muslim, peringatan untuk diri Farah sendiri nih! Jangan lupa untuk menerangkan serta menjelaskan dan juga menekankan tentang hukum hakam, suruhan serta larangan agama ke atas perkara yang berkaitan. Faham kan? Penting tu! Sebab tentunya akan terbit rasa bimbang di hati kita sebagai ibu ataupun bapa bila maklumat sebegini telah didedahkan pada peringkat usia yang terlalu awal. Masalah sosial semasa yang semakin meruncing menambahkan lagi kerisauan kita sebagai ibu bapa. Kena sentiasa mengambil tahu dan mengambil berat serta memantau sebab takut kalau-kalau ada perasaan ingin mencuba. Tepuk dahi! Moga-moga dijauhkanlah... In Shaa Allah, kalau betul caranya tidak akan terjadi perkara yang tidak kita ingini. Moga-moga anak-anak kita semua terhindar dari segala yang negatif. In Shaa Allah... Amin. 

Ini adalah sekadar panduan berdasarkan artikel yang Farah baca. Mungkin juga anda mempunyai jawapan yang lebih baik berbanding kepada versi jawapan yang telah diberikan oleh artikel yang Farah kongsikan? Kongsi-kongsilah ilmu sikit... Farah pun nak belajar juga dari anda yang mungkin lebih berpengalaman dari Farah? Kannn? 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Nice sharing untuk ibubapa yang panik dengan soalan daring anak2. Teringat pulak dulu slumber je pergi tanya arwah opah pasal tu.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !