- PEMBAYARAN DAN MAKLUMAT PENGHANTARAN ANDA DISIMPAN JADI TIDAK PERLU BUANG MASA.
- CUMA GUNAKAN KAD DEBIT ATAU KAD KREDIT SEDIA ADA SAHAJA.
- PEMBELIAN ATAS TALIAN MENGGUNAKAN VISA CHECKOUT BOLEH DILAKUKAN MELALUI KOMPUTER, TABLET DAN JUGA TELEFON PINTAR.
Home »
Featured
,
gadget applications
,
gadget info
,
gadget news
,
lifestyle
,
online shopping
,
shopping info
,
shopping news
,
technologies
,
technologies info
» Selamat, Mudah & Pantas Urusan Pembelian Atas Talian Dengan VISA CHECKOUT
Selamat, Mudah & Pantas Urusan Pembelian Atas Talian Dengan VISA CHECKOUT
Setiap kali sesi membeli-belah melalui atas talian atau
kebiasaannya disebut serta dikenali umum sebagai online shopping, perkara
yang paling macam pfffttt...Kenapalah setiap kali membeli atas talian, setiap
kali bila tiba di bahagian pembayaran macam rasa jemu, letih nak menaip macam-macam jenis
maklumat yang diperlukan. Setiap kali membeli, setiap kali tu jugalah perlu
menaip segala bagai informasi mengenai kad debit atau kad kredit sebelum
pembayaran diproses.
Ermmm, ada tak caranya untuk meringkaskan serta memudahkan proses pembelian
atas talian ini tetapi selamat? Ada ke tak? Tiba-tiba Farah
terfikir... Kalau benar-benar ada, memang itulah yang Farah tercari-cari selama
ini! Tak perlu nak jadi kompleks sangat bila setiap kali melakukan pembelian
atas talian. Kalau boleh nak macam ala-ala digital wallet services
seperti PayPal. Yang mana, untuk pertama kali kita cuma perlu
daftar, kemaskini segala jenis maklumat yang diperlukan dan daftarkan sebarang
kad debit atau kredit untuk instant access.
Rupa-rupanya memang ada... ia dinamakan sebagai VISA
CHECKOUT... Konsepnya adalah sama seperti digital wallet services
seperti PayPal yang Farah nyatakan di atas dan apabila kita melayari laman
web yang menyediakan perkhidmatan VISA CHECKOUT, kita dengan mudahnya
cuma perlu klik pada LOGO VISA CHECKOUT untuk melakukan pembayaran ke
atas barangan yang kita beli melalui atas talian tersebut.
Jika anda dapat lihat, logo VISA CHECKOUT yang
dimaksudkan oleh Farah adalah sepertimana yang Farah paparkan di atas yang dapat
anda lihat di dalam seleksi cara pembayaran atas talian untuk setiap pembeli
atas talian. Itulah dia logonya untuk VISA CHECKOUT yang bakal memudahkan
hidup semua orang.... Muahahaha...
Mungkin ada yang masih tidak dapat gambaran yang sebenar
tentang VISA CHECKOUT ini dan mungkin juga ada yang beranggapan ianya
masih sama seperti proses pembayaran atas talian sedia ada dengan menggunakan
kad debit atau kad kredit. Cuma nama produk jer lain... Takkkk.... Jika
penjelasan Farah di atas agak mengelirukan anda atau mungkin anda kurang
faham... Farah jelaskan sekali lagi di sini bahawa VISA CHECKOUT adalah
perkhidmatan pembayaran pantas dan mudah yang membolehkan pengguna membayar
untuk barangan dalam talian dengan mana-mana peranti dengan hanya beberapa klik.
VISA CHECKOUT membantu mengatasi kesukaran pembeli dalam talian dan mudah alih
dengan MENGURANGKAN JUMLAH
LANGKAH yang diperlukan untuk melengkapkan sesuatu pembayaran atas
talian.
Contohlah contoh yer Farah cuba tunjukkan di sini supaya anda
lebih faham dan jelas... Katakan, Farah ingin melakukan pembelian di atas
talian, contohnya di laman web Superbuy.
Farah pergi ke laman web yang berkenaan, kemudiannya, Farah
pilih produk apa yang Farah nak beli. Contohnya seperti di bawah, Farah memilih
untuk membeli produk yang dipaparkan di dalam gambar di bawah:
Dan seterusnya, apa yang perlu Farah lakukan adalah klik pada
Checkout Now yang mana ianya akan membawa Farah ke satu halaman lagi di
mana, di halaman tersebut akan terpapar seperti gambar yang di bawah ini pula:
Ini adalah halaman di mana anda perlu memilih bagaimanakah cara
pembayaran atas talian yang anda ingini. Dulu sebelum kenal dengan VISA
CHECKOUT ni, macam biasa, pilih pilihan yang ada yang tersenarai di bawah
halaman tu... Inilah di mana, bila anda pilih salah satu cara pembayaran melalui
senarai yang anda nampak di barisan terakhir tu yang memerlukan anda menaip satu
persatu maklumat perbankan dan juga kad debit atau kad kredit anda sebelum
pembayaran anda dapat diproses.
Nampak tak logo VISA CHECKOUT tu? Untuk pembayaran
sepantas kilat! Silalah klik pada logo VISA CHECKOUT itu yer kawan-kawan.
Perlu ada kad kredit baru boleh guna perkhidmatan VISA CHECKOUT? TIDAK SEMESTINYA!!!
PERKHIDMATAN VISA CHECKOUT ADALAH BERFUNGSI UNTUK SEMUA JENIS KAD DEBIT DAN KAD
KREDIT UTAMA. Makanya, jika anda tidak mempunyai kad kredit pun tak
mengapa, anda masih boleh menggunakan perkhidmatan VISA CHECKOUT untuk
memudahkan urusan pembelian atas talian anda. Lagipun, perkhidmatan VISA
CHECKOUT ini boleh digunakan ke atas kesemua gajet yang mempunyai akses ke
laman web... Boleh guna pada telefon pintar, tablet ataupun komputer.
Setelah Farah klik pada logo VISA CHECKOUT tersebut, ia
akan membawa Farah ke satu halaman baru sepertimana yang dapat anda lihat pada
gambar yang dipaparkan di atas. Untuk menggunakan VISA CHECKOUT, pengguna
hanya perlu memasukkan
'username' dan log-masuk
untuk membuat pembayaran tanpa perlu memasukkan nombor kad kredit 16-digit dan
tarikh akhir di setiap urusan pembelian. Tak perlu nak isi macam-macam jenis
maklumat lagi dah. Mudah pun mudah, ringkas pun ringkas. Tak perlu nak melalui
semua hassle setiap kali beli setiap kali nak mengisi banyak maklumat dan
terpaksa keluarkan kad debit atau kad kredit sebab tak ingat nombor kad dan
sebagainya. Tapi jika anda belum lagi mendaftar dengan VISA CHECKOUT,
anda klik pada bahagian yang berwarna kuning tu iaitu Baru dengan VISA
CHECKOUT.
Dari halaman tadi, setelah anda klik Baru dengan VISA
CHECKOUT ia akan membawa anda kepada halaman di mana anda perlu mengisi
butiran kad debit atau kad kredit anda dan juga beberapa maklumat yang lain yang
diperlukan. Isi sekali jer...Tak perlu isi banyak-banyak kali dah. Selepas ni
cuma perlu masukkan username dan log masuk sahaja...
Tu dia... dengan gambar kad sekali dia bagi ok... Bila dah
lengkap segala ni, memang mudah jer proses pembayaran, sebab cuma perlu klik
untuk membayar dengan VISA CHECKOUT dan masukkan username kemudian
log masuk... Ia akan terus membantu anda untuk memproses bayaran dengan cepat,
selamat dan pantas...
Tunggu sehingga kod MSOS dihantarkan ke telefon bimbit anda,
kemudian masukkan... Tadaaaa... Selesai sudah urusan pembayaran atas talian
setelah anda diberikan notifikasi bahawa pembayaran anda telahpun selamat
diterima.
Pada masa kini, pihak VISA CHECKOUT telah menjalankan
kerjasama dengan lebih 200 MERCHANT ATAU PENIAGA UTAMA di Malaysia
sebagai sebahagian daripada penyedia perkhidmatan VISA CHECKOUT di
peranti mereka. Antaranya, kini VISA CHECKOUT diterima oleh peniaga dalam
talian di Malaysia seperti Malindo Air, GSC Cinema, Superbuy.com,
SweetSpot Digital, Little Whiz, Twenty3, Avenue86 dan CUTI. Untuk
senarai penuh kesemua peniaga dalam talian dengan VISA CHECKOUT, anda
boleh merujuk kepada https://checkout.visa.com/shopping/index.jsp?country=MY&locale=en_MY.
Untuk Maklumat dan Informasi Lanjut:
Sekiranya terdapat sebarang soalan atau pertanyaan, sila
hubungi VISA CHECKOUT:
Terimakasih telah membaca artikel Selamat, Mudah & Pantas Urusan Pembelian Atas Talian Dengan VISA CHECKOUT. Jangan lupa share ya
Share
3 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
baru taw pasal visa check out.. mudah laa utk org yg slalu sgt online shopping kan..:)
ReplyDeleteWow..good sharing....
ReplyDeleteWowww....lagi senang sopim ni
ReplyDelete