PRE-SCHOOLER: Tips Bagi Mewujudkan Suasana GOODBYE WITHOUT TEARS…

Farah Waheda Wahid
2
PRE-SCHOOLER_TIPS BAGI MEWUJUDKAN SUASANA GOODBYE WITHOUT TEARS

Asyik terbayang-bayang di ruang legar mata Farah ni tentang fasa separation anxiety yang bakal dilalui oleh Iman Firash apabila sesi tadika bermula pada tahun 2017 nanti. Apa yang Farah dapat bayangkan adalah situasi di mana dia akan menangis-nangis dengan dahsyatnya apabila terpaksa ditinggalkan di tadika – TIADA NEK MA, TIADA MOMMYBerdebar-debar juga hati ini bila berulang-kali memikirkan keadaan dan situasi yang bakal berlaku nanti. Hakikatnya, dia sememangnya tidak pernah berpisah walau seketika pun dari Nek Ma dan juga Mommy. Taunya, kami berdua ni akan ada dengan dia. Mau tak cuaknya Farah? Entah bagaimanalah keadaan dia nanti… Tambahan pula nanti… pendekatan yang digunakan oleh pihak tadika adalah, sewaktu hari pertama persekolahan bermula – semua blinds di pintu dan juga tingkap akan ditutup dan ibu bapa tidak akan boleh melihat langsung anak-anak yang sedang berada di dalam kelas. Bagus juga, fikir Farah kerana anak-anak kecil ni bila nampak ibu bapa atau ahli keluarga yang rapat dengan mereka, akan jadi manja… Bila tak ada depan mata, mereka tak nampak, mungkin lebih mudah untuk guru-guru mengendalikan dan mungkin lebih mudah anak-anak kecil ini untuk menyesuaikan diri.

Hati kena kuat Mommy! Hati kena kuat! Mula-mula memanglah begitu yer tak? Nanti lama kelamaan alah bisa tegal biasa yer tak? Hurmmm… Bagi Farah, Farah tidak ada masalah bab menangis tu… Sungguh… Bab menangis tu tak ada masalah bagi Farah… Cumanya yang Farah risau, Firash terlebih-lebih reaksi pula bila menangis nanti… Thinking smileTakut-takut dia berlari ke pintu kelas dan mengetuk-getuk pintu serta minta agar pintu kelas dibuka… Anak kakak ni Drama King sikit dik non oiii… Rolling on the floor laughing Ya Allah! Aku bermohon kepadaMu Ya Allah… Sesungguhlah kau hindarilah Iman Firash anakku dari bersikap seagresif itu, kau tenangkanlah hatinya dan kau berilah kekuatan kepada dia untuk menghadapinya nanti… Sungguh Farah doa… Haippp! Yang dah pernah melalui tu janganlah nak gelakkan Farah… Kita taulah tahap manja anak kita tu macam mana? Sebab tulah kita risau… Bha ha ha… Tapi kalau senyum simpul macam gambar di atas tu… hati Mommy pun banyak senang oooo….

Adakah mustahil untuk mewujudkan suasana goodbye without tears sewaktu hari pertama permulaan tadika atau sekolah di kalangan anak-anak kecil kita? Farah tak ada jawapan itu, akan tetapi otak dalam kepala ni tak berhenti memikirkan apakah yang boleh dilakukan bagi melancarkan hari pertama persekolahan dan mewujudkan tear free zone serta melapangkan hati Farah sebagai seorang ibu. Gigih memikir sampaikan boleh jadi pelupa Farah ni sejak kebelakangan ini… La la la la… Tu terlalu memikirkan sangat lah tu… Over nau perilaku ko Farah oiii… Orang lain pun ada juga yang pertama kali menghantar anak ke sekolah tahun hadapan tetapi taklah macam awak tu… Banyak sangat fikir! Ke memang macam ni perasaannya? Betul tak kalau Farah simpulkan bahawasanya… Ianya adalah disebabkan kita mengenal karakter dan siapa anak kita yang sebenarnya berbanding orang lain…Jadi apa yang kita rasa adalah berdasarkan karakteristik anak kita yang kita tahu serta kenal selama ini…Kita menjangka apakah kemungkinan yang boleh berlaku berdasarkan sikap, sifat serta kelakuan mereka di hadapan mata kita. Apa yang kita fikirkan adalah disebabkan mentaliti kita sebagai seorang ibu yang sudah terbiasa selama kelahiran, bayi dan peringkat usia sebelum memulakan alam tadika yang kita lalui setiap hari yang telah mempengaruhi pemikiran kita sebagai seorang ibu. Jadi dari situ, kita tend untuk menjangka bermacam jenis jangkaan yang berkemungkinan boleh berlaku tanpa was-was! Smile.

Makan masa juga Farah nak memikirkan apakah yang boleh dilakukan bagi membantu Iman Firash untuk menghadapi “hari dengan cuaca cerah” dan bukannya “hujan lebat” mahupun “ribut taufan” sewaktu hari pertama persekolahan bermula nanti… #ehhh, kalau boleh Mommy dia ni, hari pertama tu nak pergi kerja dah ok? Untuk minggu pertama tu, mungkin akan berbincang dengan boss, minta keizinan untuk dapatkan sedikit waktu time-off di waktu pagi selama sejam ke if possible dan Farah akan hantar Iman Firash di waktu pagi… Hantar dia sehingga dia masuk ke kelas, kemudiannya tunggu selama 10-15 minit seketika sebelum ke pejabat. Konon-konon, acah-acah nak bagi dia settle down dulu lah kononnya… Hurmmm… Banyak betul awan atas kepala ni kannn? Dah macam bercerita angan-angan Mat Jenin pun ada juga ni…Ahaksss… Filmstrip. Adoilahhh haiiii…Agaknya memang macam ni yer? Perasaan mak-mak bila anak baru nak masuk sekolah? Ke Farah jer? Uhuksss…

Bila fikir punya fikir, mungkin apa yang Farah senaraikan di bawah ni dapat membantu kot?

Tips Untuk Mewujudkan Tear Free Zone Penerangan
Program Reading Class di Bulan Disember 2016.
Pada bulan Disember 2016 nanti, Iman Firash bakal menghadiri program Reading Class yang telah disediakan khas oleh pihak tadika. Pengetua tadika telah memberikan jemputan khas kepada semua pelajar-pelajar tadika yang tersebut di mana kelas tersebut adalah kelas complimentary tanpa sebarang bayaran yuran kecuali bagi pelajar-pelajar yang bukan merupakan pelajar di bawah tadika yang berkenaan.

Menurut pengetua tadika, kelas tersebut bakal berlangsung selama 2 minggu di bulan Disember 2016 ini nanti dan waktu itu adalah sebenarnya peluang untuk Iman Firash membiasakan diri dengan suasana tadika serta berkenal-kenalan dengan rakan-rakan sebaya. Farah terfikir yang Farah boleh gunakan peluang itu sebagai tempoh masa untuk melatih dia membiasakan diri dengan tadika dan belajar hakikat yang dia terpaksa tinggal di tadika TANPA NEK MA, TANPA MOMMY selama beberapa jam. Mungkin ini satu peluang yang baik. Winking smile

Banyakkan Bercerita, Memberi Bayangan atau Gambaran Bagaimana Seronoknya Persekolahan dan Bagaimana Keadaannya Di Sekolah. Cerita Yang Seronok-Seronok Ajer.
Secara psikologinya, ini adalah bagi membangkitkan semangat dan memotivasi si anak untuk merasa seronok ke sekolah. Untuk merasa teruja hendak memulakan persekolahan. Kerapkan diri sebagai ibu bapa, bercerita serta memberikan gambaran tentang betapa seronoknya sekolah dan apa yang ada di sekolah. Kenalah gunakan kuasa mempengaruhi sehinggakan anak jadi benar-benar seronok untuk memulakan persekolahan. Cerita yang positif-positif ajer… Bagi dia naik syok!

Comfort Object dari Rumah yang Boleh Dibawa atau Sesuai Dibawa Ke Tadika
Aspek psikologi juga… sesuatu yang dapat menenangkan dia bila ada sesuatu yang dia suka atau sayang bersama. Hurmm… Tapi yang pastinya bantal “papam” tu memang tak boleh bawa yer Firash? Mungkin, bekalkan dia dengan “cat” dia yang menjadi peneman setia walau ke mana saja dan apa saja selama ini. Sebab saiznya ngam-ngam boleh masuk ke dalam beg sekolah dia nanti kot? Lagipun dia bukannya bawa buku balik, semua buku akan disimpan di sekolah.
Belikan dan Beri Dia Bawa Beg Sekolah, Botol Air, Bekal dan Alat Tulis dengan Watak Kartun Kegemaran Dia
Di dalam perkara  ini, kalau tidak Thomas & Friends, ianya akan menjadi Mickey Mouse. Memang ini sudah ada di dalam perancangan Farah kerana nak memotivasikan dia. Bukannya sebab nak menunjuk-nunjuk yang dia ada set beg sekolah itu ini, dengan harga itu ini… Ini semua adalah semata-mata untuk membuatkan dia merasa seronok ke sekolah. Ada juga perancangan nak kata kepada dia… Kalau menangis, kalau tak mahu pergi ke sekolah, kalau tak nak tinggal di sekolah sekejap, Mommy tak nak bagi Firash barang-barang ni semua. Uhuksss… Bukanlah niat nak ugut atau cuba melatih anak mengharapkan material atas pengorbanan mereka dan kesanggupan mereka… Sesekali rasanya perlu begini… Jangan selalu kot? Kalau selalu nanti mereka akan mengharap yang bukan-bukan pula dari kita…
Perasaan Mommy Kena Stabil Dulu!
#selfreminder #notetoself…. Yang Farah ni pun kena persiapkan diri…Sekarang ni cuak tak apa, tapi pada hari kejadian, Farah sepatutnya kena Smile senyum dan kena gembira. Riak wajah pun kena ceria-ceria macam mana Farah selfie selama ini… Sebabnya, jika kita ada aura yang positif, anak juga akan mendapat aura yang positif itu. Jika kita tunjukkan muka kelat semacam atau muka cuak semacam ataupun hati kita ni merasa berdebar-debar…Anak tu boleh rasa tau, bukannya tak boleh rasa… Percayalah…Ini sedikit sebanyak akan mempengaruhi kelakuan, sikap dan perangai mereka…

Jadi silalah ceria-ceriakan hari anda yer Mommy pada hari kejadian…kosongkan pemikiran dan jangan fikir yang bukan-bukan…Emosi ibu memainkan peranan yang penting terhadap perkembangan serta reaksi anak!

Hang Around But Don’t Hover. Lepaskan Anak Kepada Guru Sepenuhnya Sepanjang Sesi Persekolahan dan Percaya Kepada Guru.
Macam Farah katakan di permulaan entri, elok juga bila pihak tadika akan tutup semua blind ketika hari pertama persekolahan dan tidak memberi peluang kepada kedua-dua pihak iaitu sama ada ibu bapa ataupun anak-anak untuk meninjau antara satu sama lain. Anak-anak, bila kita tiada mungkin lebih baik keadaannya… Bila nampak kita, perasaan manja tu automatik akan terpancar dan nanti macam-macam kisah.

Nak tunggu dari awal mula persekolahan sehingga tamat tempoh persekolahan tak ada masalah. Tapi tolong jangan sibuk nak tertinjau-tinjau yer Mommy? Biarkan, lepaskan pada guru dan percaya kepada guru. Taulah guru nak kendalikan bagaimana nanti.

Jangan Curi-Curi Tinggalkan Anak Tanpa Mengucapkan Selamat Tinggal dan Berikan Ciuman. Keep It Short and Sweet and Please Leave Promptly.
Janganlah macam buatkan anak tu terasa yang kita ni tinggalkan dia out of nowhere di satu tempat asing dengan menghilangkan diri secara tiba-tiba. Sentap dia nanti. Nanti dia ingat ibu bapa dia sengaja tinggalkan dia dan dia jadi takut. Sebelum nak tinggalkan dia, ucap selamat tinggal dan berikan ciuman sepenuh kasih sayang. Jangan terlalu lama dan dragging serta menampakkan reaksi kita sukar untuk melepaskan dia seketika atau berat nak tinggalkan dia… Ringkas dan manis…Tinggalkan mereka pada waktunya…

Apa lagi yer? Ada tips lain lagi tak? Rolling on the floor laughing wa ka ka ka…. Itu jer yang dapat Farah fikirkan dan senaraikan buat masa sekarang dan itu jer yang dapat Farah kongsikan… Harap-harapnya semua yang telah disenaraikan tu, dapat membantu melancarkan hari pertama persekolahan nanti lah… In Shaa Allah, Amin… Mommy doa yang baik-baik sahaja untuk Firash yer? Dan Mommy pun doa banyak-banyak untuk diri Mommy sendiri supaya Mommy tidak menyukarkan keadaan sebaliknya membantu Firash untuk memudahkan keadaan serta menghadapi hari pertama persekolahan nanti… In Shaa Allah…Amin…

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hah..Mmg susah nk jmp bdk yg x nangis time 1st day.Qaisara dulu even dh bwk tawaf 1 school(utk naikkn semangat bersekolah),1st day still nangis jgk..Tapi kena tgk cara cikgu cool down kan bdk2..Kalo cikgu teror kejab je nangisnya..Time blk, kalo tgk muka anak ada senyum..means, cikgu tu power dlm bab memujuk..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !