PRE-SCHOOLER | Pre-Kindergarten Goals

Farah Waheda Wahid
4

Is it time for school already? Belum lagiii... Masih ada masa beberapa bulan lagi yang perlu dihabiskan sebelum bermulaya rutin lima hari seminggu di tadika yang telah didaftarkan untuk Iman Firash. Cumanya, Mommy dia ini sedang banyak sangat berfikir serta susun-menyusun banyak perkara di dalam kotak pemikiran ini. Gelabahlah pula kannn? Ibu bapa lain yang mempunyai anak seusia Firash yang mana akan anak-anak kecil itu mungkin akan turut dimasukkan ke tadika tahun 2017 akan datang semua cool ajer. Yang Farah ni??? Dah kalut dah... Dah macam-macam fikiran, aturan atau susunannya.... Wakakakaka.... Ini anak yang teruja nak sekolah ke? Atau Mommy dia yang lebih ni??? 

Ya ampunnn! Maafkanlah Farah di atas kekalutan Farah yang sekarang ini oiii.... Orang pertama kali katakan... Memang begini gamaknya. Cuma diakui, Farah ni sememangnya seseorang yang boleh dikatakan kompleks sedikit pemikirannya. Contoh paling senanglah kannn? Hujung minggu hadapan ada satu undangan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Saat dari menerima undangan majlis perkahwinan tersebut, Farah dah mula fikir dah... Lokasi di mana? Perlu pakai WAZE atau tidak? Pukul berapa nak bersiap? Pukul berapa nak bertolak? Baju mana yang nak dipakaikan untuk Firash? Baju mana yang Farah nak pakai? Shawl mana yang matching? Walaupun? Walaupun jauh lagi tarikh majlis tu... Nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Betapa kompleksnya pemikiran Farah? Muahahaha.... 

Bukannya sebab Farah ni tak menyabar, akan tetapi Farah memang suka peningkan diri awal-awal, selepas itu nanti bila dah hampir tiba masa, bila dah dekat Farah nak berada di dalam keadaan bersedia dan tenang-tenang ajer... Di saat? Di saat ibu bapa lain sedang sibuk melakukan persiapan untuk anak-anak kecil masing-masing. 

Farah juga kerap mendengar pengalaman serta pandangan ibu bapa lain di sekeliling Farah yang mengatakan, bila mana kita sudah mempunyai nawaitu atau bercadang untuk menghantar anak kecil kita ke alam persekolahan atau memulakan alam tadika mereka, sebenarnya kita perlu mempersiapkan anak kecil kita untuk menempuh alam itu dengan selancar mungkin. Ini juga kita panggil sebagai school readiness. Antara perkara-perkara yang menjadi topik perbincangan serta pandangan ibu bapa yang sudah mempunyai pengalaman sebelumnya, ramai yang Farah dengar mengatakan atau menasihatkan agar anak seharusnya dilatih untuk memegang pensil ataupun pensil warna sedari peringkat awal agar jari jemari mereka lembut dan biasa dengan pensil ataupun pensil warna. Ada yang menyuarakan kasihan jika anak tidak dilatih sedari awal, jari-jemari mereka masih keras dan guru mengalami masa yang agak sukar atau panjang untuk melatih anak-anak kecil supaya biasa. Sedangkan rakan-rakan mereka yang lain sudah biasa dengan pensil dan pensil warna.

Iyalah, mungkin ada kebenarannya di situ dan mungkin juga sampai maksud yang ingin disampaikan... Pendidikan adalah bermula dari rumah. BIla kata bermula dari rumah ni, terang, jelas lagi nyata yang ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting di dalam perkembangan serta pendidikan awal anak-anak. Ibu bapa tidak boleh ada pemikiran, tak apa, cikgu ada, tak apa, memang tugas cikgu kena didik anak murid. Tak apa, semua cikgu boleh lakukan... Takkkk!!! Mana boleh? Anak kita semua nak serah pada orang bulat-bulat macam tu ajer??? Ibu bapa memainkan peranan penting di dalam mendidik anak-anak dan guru-guru pula bekerjasama di dalam mendidik anak-anak. Tak semua aspek guru-guru boleh cover yer tak? #selfreminder #notetoself

Menurut satu artikel yang Farah baca mengenai school readiness di SINI

Definition of school readiness is that - "children are ready for school, families are ready to support their children's learning and schools are ready for children". 

Atas pelbagai faktor dan sebab, mulalah Farah dengan pre-kindergarten goals checklist dan menyemak satu persatu perkara yang terdapat di dala senarai tersebut. Apa yang telah selesai? Apa yang masih belum selesai? Berapakah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan apa yang patut diselesaikan? Apakah sememangnya semua perkara yang tercatat di dalam senarai itu WAJIB diselesaikan sebelum bermulanya sesi persekolahan ataupun TIDAK WAJIB? Apakah perancangan serta strategi Farah untuk membantu Firash? Apa yang perlu dan boleh dilakukan? Bagaimana cara yang terbaik tanpa memberikan tekanan serta bebanan pada Firash? Ha nampak tak? Nampak tak? Punyalah banyak cabang pemikiran untuk satu-satu perkara. Belum lagi perkara-perkara lain... Entah berapa banyak cabang daaaa.... Ha ha ha... 

Contoh pre-kindergarten goals yang Farah gunakan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:

Sumber dari Google
Maafkanlah kemunculan gambar khinzir yang secara tidak disengajakan itu di dalam gambar di atas. Hu hu hu... Template yang diambil dari laman sesawang antarabangsa, macam tulah jadinya. Terpulang pada ibu bapa sama ada hendak gunakan terus template ini ataupun mengubahsuai dan menghasilkan template anda yang tersendiri. Di dalam kes ini, Farah sekadar menjadikannya sebagai panduan serta contoh, dan Farah telahpun menghasilkan pre-kindergarten goals checklist Farah sendiri sepertimana yang di bawah ini pula. 


Hasil analisis seorang Mommy ke atas Iman Firash adalah seperti yang di bawah berikut:


Owhhh... Rupa-rupanya masih ada lagi perkara yang mungkin Farah terlepas pandang di dalam mempersiapkan Iman Firash untuk tadika. Itulah gunanya senarai semak ni kan? Mengingatkan kita sebagai ibu bapa perkara yang penting di dalam persiapan anak-anak sebelum memulakan alam persekolahan yang mungkin kita terlepas pandang ataupun selama ini tidak terfikir tentangnya. Sebenarnya menurut pandangan peribadi Farah, lebih baik kita hasilkan sendiri pre-kindergarten goals yang tailor-made mengikut kesesuaian perkembangan dan keadaan semasa anak-anak kita masing-masing kerana perkembangan setiap anak itu adalah berbeza-beza dan tidak sama. 

Bukanlah Farah katakan yang kita perlukan anak-anak ataupun menekan anak-anak untuk menjadi terlalu cemerlang ataupun apa. Cumanya tidak salah kita mempersiapkan anak-anak kita terlebih awal sebelum memulakan alam persekolahan mereka. Persiapan dan pengetahuan untuk anak-anak melalui cara santai, bermain sambil belajar dan BUKAN SEMESTINYA DENGAN MENGHARAPKAN KECEMERLANGAN MELAMPAU ATAUPUN PERFECT! Sekurang-kurangnya mereka tahu dan ada serba sedikit asas yang dapat membantu mereka sewaktu bersekolah nanti. Nanti sekolah, tugas guru pula kannn? Untuk membantu mendidik dan mengasah apa-apa yang perlu diasah. Kemudian ibu bapa tak bolehlah lepas tangan jer...Masih perlu memantau dan mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak dari semasa ke semasa. 

Mungkin ini adalah cara Farah dan mungkin ada yang tidak berkenan dengan cara Farah ini. Namun begitu, sekiranya ada di antara ibu bapa di luar sana yang berminat untuk menggunakan template sebegini untuk panduan dan juga panduan perancangan pendidikan serta perkembangan anak-anak kecil anda, anda boleh dapatkan template ini melalui pautan yang Farah dah sediakan di bawah, Farah dah customised mengikut apa yang Farah lakukan untuk Ash dan anda boleh terus muat turun dan cetak sahaja. ;-) 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Jgn risau sgt Farah..Nnt kite x yakin dgn ape yg cikgu ajar..Once kite dh mula dari rumah, anggap la teacher2 dkt school tu bertindak utk memperkukuhkn lagi kebolehan anak kita.If anak kite still lemah even dh htr g school &kite pun dh ajar dr rumah,itu baru kite kena amik langkah2 lain..huhu

    ReplyDelete
  2. risau jugak dgn anak2 buah ejulz.. harap2 mereka dipermudahkan dalam pembelajaran..

    ReplyDelete
  3. penah jugak terfikir bab ni, tapi tak buat checklist. bolehlah curi checklist Farah ye ;D

    anak kita belum sekolah lagi. ada plan nak start next year tapi tu lah, dia macam tak ready. pelat and kaler pun baru kenal yellow,merah, itam. hahaha.

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !