![]() |
Sumber dari Google |
Home »
ash
,
fatherhood
,
mommyhood
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting info
,
parenting sharing
,
parenting tips
,
preschool
,
preschool guide
,
preschool sharing
,
preschool tips
,
preschooler
» PRE-SCHOOLER | Pre-Kindergarten Goals
PRE-SCHOOLER | Pre-Kindergarten Goals
Is it time for school
already? Belum
lagiii... Masih ada masa beberapa bulan lagi yang perlu dihabiskan sebelum
bermulaya rutin lima hari seminggu di tadika yang telah didaftarkan untuk Iman
Firash. Cumanya, Mommy dia ini sedang banyak sangat berfikir serta
susun-menyusun banyak perkara di dalam kotak pemikiran ini. Gelabahlah pula
kannn? Ibu bapa lain yang mempunyai anak seusia Firash yang mana akan anak-anak
kecil itu mungkin akan turut dimasukkan ke tadika tahun 2017 akan datang semua cool ajer. Yang Farah ni??? Dah kalut
dah... Dah macam-macam fikiran, aturan atau susunannya.... Wakakakaka.... Ini
anak yang teruja nak sekolah ke? Atau Mommy dia yang lebih ni???
Ya ampunnn! Maafkanlah Farah di atas kekalutan Farah yang
sekarang ini oiii.... Orang pertama kali katakan... Memang begini gamaknya.
Cuma diakui, Farah ni sememangnya seseorang yang boleh dikatakan kompleks
sedikit pemikirannya. Contoh paling senanglah kannn? Hujung minggu hadapan ada
satu undangan majlis perkahwinan yang perlu dihadiri. Saat dari menerima
undangan majlis perkahwinan tersebut, Farah dah mula fikir dah... Lokasi di
mana? Perlu pakai WAZE atau tidak? Pukul berapa nak bersiap? Pukul berapa nak
bertolak? Baju mana yang nak dipakaikan untuk Firash? Baju mana yang Farah nak
pakai? Shawl mana yang matching? Walaupun? Walaupun jauh lagi
tarikh majlis tu... Nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Betapa
kompleksnya pemikiran Farah? Muahahaha....
Bukannya sebab Farah ni tak menyabar, akan tetapi Farah memang
suka peningkan diri awal-awal, selepas itu nanti bila dah hampir tiba masa,
bila dah dekat Farah nak berada di dalam keadaan bersedia dan tenang-tenang
ajer... Di saat? Di saat ibu bapa lain sedang sibuk melakukan persiapan untuk
anak-anak kecil masing-masing.
Farah
juga kerap mendengar pengalaman serta pandangan ibu bapa lain di sekeliling
Farah yang mengatakan, bila mana kita sudah mempunyai nawaitu atau bercadang
untuk menghantar anak kecil kita ke alam persekolahan atau memulakan alam
tadika mereka, sebenarnya kita perlu mempersiapkan anak kecil kita untuk
menempuh alam itu dengan selancar mungkin. Ini juga kita panggil sebagai school readiness. Antara perkara-perkara
yang menjadi topik perbincangan serta pandangan ibu bapa yang sudah mempunyai
pengalaman sebelumnya, ramai yang Farah dengar mengatakan atau menasihatkan
agar anak seharusnya dilatih untuk
memegang pensil ataupun pensil warna sedari peringkat awal agar jari jemari
mereka lembut dan biasa dengan pensil ataupun pensil warna. Ada yang
menyuarakan kasihan jika anak tidak dilatih sedari awal, jari-jemari mereka
masih keras dan guru mengalami masa yang agak sukar atau panjang untuk melatih
anak-anak kecil supaya biasa. Sedangkan rakan-rakan mereka yang lain sudah
biasa dengan pensil dan pensil warna.
Iyalah, mungkin ada kebenarannya di situ dan mungkin juga
sampai maksud yang ingin disampaikan... Pendidikan
adalah bermula dari rumah. BIla kata bermula dari rumah ni, terang, jelas
lagi nyata yang ibu bapa sememangnya memainkan peranan yang sangat penting di
dalam perkembangan serta pendidikan awal anak-anak. Ibu bapa tidak boleh ada
pemikiran, tak apa, cikgu ada, tak apa, memang tugas cikgu kena didik anak
murid. Tak apa, semua cikgu boleh lakukan... Takkkk!!! Mana boleh? Anak kita
semua nak serah pada orang bulat-bulat macam tu ajer??? Ibu bapa memainkan
peranan penting di dalam mendidik anak-anak dan guru-guru pula bekerjasama di
dalam mendidik anak-anak. Tak semua aspek guru-guru boleh cover yer tak? #selfreminder
#notetoself
Menurut satu artikel yang Farah baca mengenai school readiness di SINI
Definition of school
readiness is that - "children are
ready for school, families are ready to support their children's learning and
schools are ready for children".
Atas pelbagai faktor dan sebab, mulalah Farah dengan pre-kindergarten goals checklist dan
menyemak satu persatu perkara yang terdapat di dala senarai tersebut. Apa yang telah selesai? Apa yang masih
belum selesai? Berapakah masa yang diperlukan untuk menyelesaikan apa yang
patut diselesaikan? Apakah sememangnya semua perkara yang tercatat di dalam
senarai itu WAJIB diselesaikan sebelum bermulanya sesi persekolahan ataupun
TIDAK WAJIB? Apakah perancangan serta strategi Farah untuk membantu Firash? Apa
yang perlu dan boleh dilakukan? Bagaimana cara yang terbaik tanpa memberikan
tekanan serta bebanan pada Firash? Ha nampak tak? Nampak tak? Punyalah
banyak cabang pemikiran untuk satu-satu perkara. Belum lagi perkara-perkara
lain... Entah berapa banyak cabang daaaa.... Ha ha ha...
Contoh pre-kindergarten
goals yang Farah gunakan adalah seperti yang tertera di bawah berikut:
Maafkanlah kemunculan gambar khinzir yang secara tidak
disengajakan itu di dalam gambar di atas. Hu hu hu... Template yang diambil dari laman sesawang antarabangsa, macam tulah
jadinya. Terpulang pada ibu bapa sama ada hendak gunakan terus template ini ataupun mengubahsuai dan
menghasilkan template anda yang
tersendiri. Di dalam kes ini, Farah sekadar menjadikannya sebagai panduan serta
contoh, dan Farah telahpun menghasilkan pre-kindergarten
goals checklist Farah sendiri sepertimana yang di bawah ini pula.
Hasil analisis seorang Mommy ke atas Iman Firash adalah
seperti yang di bawah berikut:
Owhhh... Rupa-rupanya masih ada lagi perkara yang mungkin
Farah terlepas pandang di dalam mempersiapkan Iman Firash untuk tadika. Itulah
gunanya senarai semak ni kan? Mengingatkan kita sebagai ibu bapa perkara yang
penting di dalam persiapan anak-anak sebelum memulakan alam persekolahan yang
mungkin kita terlepas pandang ataupun selama ini tidak terfikir tentangnya.
Sebenarnya menurut pandangan peribadi Farah, lebih baik kita hasilkan sendiri pre-kindergarten goals yang tailor-made mengikut kesesuaian
perkembangan dan keadaan semasa anak-anak kita masing-masing kerana
perkembangan setiap anak itu adalah berbeza-beza dan tidak sama.
Bukanlah Farah katakan yang kita perlukan anak-anak ataupun
menekan anak-anak untuk menjadi terlalu cemerlang ataupun apa. Cumanya tidak
salah kita mempersiapkan anak-anak kita terlebih awal sebelum memulakan alam
persekolahan mereka. Persiapan dan pengetahuan untuk anak-anak melalui cara santai,
bermain sambil belajar dan BUKAN
SEMESTINYA DENGAN MENGHARAPKAN KECEMERLANGAN MELAMPAU ATAUPUN PERFECT! Sekurang-kurangnya mereka
tahu dan ada serba sedikit asas yang dapat membantu mereka sewaktu bersekolah
nanti. Nanti sekolah, tugas guru pula kannn? Untuk membantu mendidik dan
mengasah apa-apa yang perlu diasah. Kemudian ibu bapa tak bolehlah lepas tangan
jer...Masih perlu memantau dan mengambil tahu perkembangan pembelajaran anak
dari semasa ke semasa.
Mungkin ini adalah cara Farah dan mungkin ada yang tidak
berkenan dengan cara Farah ini. Namun begitu, sekiranya ada di antara ibu bapa
di luar sana yang berminat untuk menggunakan template sebegini untuk panduan dan juga panduan perancangan
pendidikan serta perkembangan anak-anak kecil anda, anda boleh dapatkan template ini melalui pautan yang Farah
dah sediakan di bawah, Farah dah customised
mengikut apa yang Farah lakukan untuk Ash dan anda boleh terus muat turun
dan cetak sahaja. ;-)
Terimakasih telah membaca artikel PRE-SCHOOLER | Pre-Kindergarten Goals. Jangan lupa share ya
Share
4 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Jgn risau sgt Farah..Nnt kite x yakin dgn ape yg cikgu ajar..Once kite dh mula dari rumah, anggap la teacher2 dkt school tu bertindak utk memperkukuhkn lagi kebolehan anak kita.If anak kite still lemah even dh htr g school &kite pun dh ajar dr rumah,itu baru kite kena amik langkah2 lain..huhu
ReplyDeletepndainya ash...
ReplyDeleterisau jugak dgn anak2 buah ejulz.. harap2 mereka dipermudahkan dalam pembelajaran..
ReplyDeletepenah jugak terfikir bab ni, tapi tak buat checklist. bolehlah curi checklist Farah ye ;D
ReplyDeleteanak kita belum sekolah lagi. ada plan nak start next year tapi tu lah, dia macam tak ready. pelat and kaler pun baru kenal yellow,merah, itam. hahaha.