PRE-SCHOOLER | Fun Apple Tree ABC Matching Game

Farah Waheda Wahid
1
Gambar Hiasan Entri Ini Adalah Diubahsuai Dari SINI
Sebenarnya sedari berminggu-minggu lepas lagi Farah ni nak berkongsi tentang aktiviti homeschooling dan juga aktiviti pre-schooler yang satu ini dengan para pembaca di Bubblynotes.Com. Cumanya, waktu yang ada sejak akhir-akhir ini, membataskan Farah untuk menyediakan serta memuatnaik beberapa jenis entri yang sudah Farah catatkan untuk dikongsikan bersama anda semua. Nak curi ruang, tak tercuri-curi ruang. Akhirnya, pagi Sabtu ni juga bila mana Iman Firash masih lagi lena dibuai mimpi, Mommy dah menghadap laptop untuk menaip entri. Muahahaha... Nak tunggu hari Isnin? Memang tak akan ada kesempatanlah... Tugasan hakiki jer dah cukup padat mudat dah menanti...Ihiksss... Jika ada entri yang terlepas itu bermakna ianya telah siap-siap didraf terlebih awal sewaktu hujung minggu. 

Dengan waktu yang terhad dan singkat ini, baiklah...tanpa membuang masa berceloteh dengan lebih panjang lebar dan lebih melalut lagi di Bubblynotes.Com, jom kita terus ke intipati entri yang sebenarnya.... Mukadimah sikit-sikit cukup ler kannn? 

Objektif aktiviti ini disediakan untuk aktiviti homeschooling dan juga untuk anak-anak di tahap pre-schooler adalah bagi: 
  • Memperkasakan kemahiran abjad di kalangan anak-anak di tahap pre-schooler. 
  • Kepelbagaian di dalam aktiviti pembelajaran secara santai supaya anak-anak tidak mudah merasa bosan serta agar ianya dapat memberikan impak perkembangan yang positif melalui kepelbagaian yang menarik minat anak-anak. 
  • Melatih daya ingatan, daya pengecaman, koordinasi mata dan juga tangan anak-anak. 
  • Menarik minat anda terhadap pembelajaran. 
Sebagai seorang ibu, pandangan peribadi Farah, aktiviti ini adalah bersesuaian untuk semua ibu bapa yang bercadang untuk meningkatkan lagi kemahiran abjad di kalangan anak-anak di tahap pre-schooler. Ianya juga adalah bersesuaian untuk semua ibu bapa yang tercari-cari aktiviti yang menarik untuk dilakukan oleh anak-anak di tahap pre-schooler. Jika anda berada di dalam kebuntuan... Nahhh... Ini Farah kongsikan satu idea untuk anda yang mungkin boleh anda sediakan serta lakukan bersama anak-anak anda di rumah pada hujung minggu ini ataupun pada bila-bila masa yang dirasakan bersesuaian. 

Penyediaan bahan aktiviti pembelajaran secara santai ini tidaklah sesusah mana dan sesulit mana. Ianya sangat mudah disediakan dan bahan-bahan pun tidak susah untuk diperolehi. 

Bahan-Bahan Material Aktiviti Yang Diperlukan:

Apple Tree ABC Printable
Untuk ini anda boleh dapatkan template Apple Tree ABC Printable dari sumber di SINI ataupun anda boleh dapatkan template kosong Apple Tree ABC Printable dari sumber di SINI mengikut kesesuaian anda. 

Pelekat Berbentuk Bulat - ini boleh diperolehi dengan mudah di kedai-kedai alat tulis. Dapatkan beberapa jenis warna. 

Sumber dari Google
Permanent Marker Berwarna HITAM

Itu sahaja, tiga jenis bahan material sahaja yang diperlukan. 

Arahan Penyediaan Medium Pembelajaran:

1. Cetak template Apple Tree ABC Printable sama ada yang INI atau yang INI

2. Tuliskan abjad yang berpadanan dengan abjad yang telah disediakan di template sedia ada atau abjad yang berpadanan dengan abjad yang anda tulis pada template kosong yang dicetak pada pelekat berbentuk bulat. 

Sumber dari SINI
Sepertimana yang dapat anda lihat di dalam gambar dari sumber di atas, apa yang disediakan adalah abjad berhuruf besar untuk dipadankan dengan abjad berhuruf kecil. Uppercase to be matched with the lowercase letters. Sebagaimana yang Farah nyatakan di dalam entri ini terlebih awal, ianya bergantung kepada kreativiti anda sebagai ibu bapa dan apakah objektif aktiviti anda. Sama ada anda ingin anak memahirkan pengenalan uppercase and lowercase letters atau anda ingin anak memahirkan suaipadan abjad yang sama? Itu semua terpulang dan bergantung kepada apa yang anda fikirkan dan rancangkan.  

3. Bila telah tersedia, sekarang anak-anak anda dapat memulakan aktiviti menyuaipadan huruf-huruf di template dan juga pelekat. 

Sumber dari SINI
Sumber dari SINI
Aktiviti yang sama yang pernah Farah lakukan bersama-sama Iman Firash melalui perkongsian yang disediakan oleh pemilik blog yang berkenaan ini yang telah menjadi sumber rujukan Farah di dalam pencarian bahan-bahan pengajaran Farah kepada Iman Firash. Kredit adalah kepada pemilik blog iheartcraftything.com. Sememangnya, bahan-bahan atau idea-idea aktiviti yang disyorkan bersesuaian dengan peringkat usia Iman Firash dan Alhamdulillah setakat ini, Iman Firash enjoying the activities so much dan dia suka. Ini juga Farah ulangi selang beberapa minggu untuk memahirkan lagi Firash. 

Ianya tidaklah restricted atau terhad kepada abjad dan juga bentuk pokok epal ini sahaja, malah sebenarnya banyak lagi yang boleh diolah. Ibu bapa juga boleh melatih kemahiran nombor dengan menggunakan template yang sama ataupun... Selain dari pokok epal ini, ibu bapa juga boleh dapatkan template lain yang ada di laman sesawang seperti contoh di bawah: 

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Sumber dari Google

Sumber dari Google
Memang banyak sumber yang boleh digunakan dan dijadikan sebagai material aktiviti dan juga pembelajaran anak-anak yang berada di tahap pre-schooler yang boleh didapati di laman sesawang yang boleh diperolehi melalui enjin carian seperti Google. Farah selalunya akan jadi rambang mata dan teruja sampaikan tak tau nak lakukan aktiviti yang mana satu dulu! Ha ha ha... 

Semoga perkongsian ini dapat menjadi sesuatu yang bermanfaat buat pembaca Bubblynotes.Com dan sekurang-kurangnya anda memperoleh sesuatu dari Bubblynotes.Com melalui apa yang telah dikongsikan. Selamat mencuba dan selamat berhujung minggu semua! ;-) 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !