Kulihat Hijau! Sekejap Jer Siap...

Farah Waheda Wahid
4

Inilah bekal paling simple dan paling cepat siap di waktu pagi! Main letak-letak jer dan main kepit-kepit jer apa yang ada. Paling murah pun yer... Bekal untuk lunch hari ini di pejabat. Konon-kononnya healthy food and balanced diet lah konon! Konon jer konon... Bercita-cita nak hidup dengan makan sandwich sahaja di tengah hari berbanding dengan makan makanan lain. Ha ha ha... 

Bahan-bahan yang sangat senang dan tidak menyusahkan kotak pemikiran Farah nak fikir apa pun... Hee... 

 

Chicken Sandwich Square (Toast) - ada 5 kepingan di dalamnya yang berharga RM5.38 sepaket yang dijual di pasar raya. 

 

Daun salad yang sangat murah dan banyak dari Cameron Highland siap dengan akar-akar sekali yang dijual di pasar raya dalam satu bungkusan plastik yang amat besar berharga RM2.60 sebungkus pukul rata. Tahun bila lah nak habis ni kan? Silap-silap buat ulam dan gunakan sebagai salah satu bahan hidangan Nasi Ayam. 

 

Kepingan roti yang sedia ada di rumah yang dibeli oleh Nek Ma Ash sebelum ini dan juga kepingan keju kepunyaan anak yang beli jer lebih tapi tak makan. Maklah tolong habiskan kepingan keju tu kannn? Takkan nak biarkan macam tu jer dan kemudian buang macam tu jer. Sayanggg oiiii.... 

 

 

Sediakan apa yang patut. Kita main letak-letak ikut rasa hati jer... Kepit-kepitkan dan siap! 


Bungkus dalam zipper bag khas untuk sandwich yang memang ada di rumah. Masuk dalam bag kertas. Mudahnya hidup. Wakakaka... 

 

Lepas tu nanti kita sulam jer dengan gigit sebiji epal merah yang ranum, ranggup serta lagi sedap! Cukup kenyang dah rasanya tu! Masa memula jer... Wakakaka...

Farah ni memang ada satu tabiat PEMALAS nak keluar waktu lunch. Tidak kira di mana sahaja Farah bekerja, sememangnya cukup tak berapa nak gemar untuk keluar sewaktu lunch kecuali kalau benar-benar terpaksa iaitu lapar. Jika tidak... Sama ada bawa bekal ataupun paling tidak bila tak ada apa yang nak dibekalkan atau malas nak sediakan bekal, Farah sanggup tahan lapar sehingga balik rumah demi tak nak keluar. Cuaca panas terik sangat kat luar tu! Dahlah jenis yang kuat berpeluh. Tak nak aihhh... Nanti berlengas... Ha ha ha... Bila berlengas tak selesai oii nak kerja... 

Makan apa untuk lunch tadi uolsss??? Konon healthy food and healthy lunch sangat... Lepas tu kebulurannn... Balik-balik tadi terus cari nasi... Nek Ma masak lauk lemak cili api ayam kampung hari ni! Slurpppp... Ha ha ha 

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Perghhhh sedap tu! Clean lunch habis! Ena tak boleh la nak makan tu je time lunch.. Time breakfast okay.. heheh

    ReplyDelete
  2. Mmg sangat hijau melihat sandwich tu Farah ... mesti sedap gigit salad tu krup krap krup krap .. hehe

    ReplyDelete
  3. Biasanya kalau Yani mesti gemuk-gemuk sandwich tu disumbat-sumbat... Maklumlah masa tengah buat tu lapo...haha

    Salam Perkenalan dari Yani...

    ReplyDelete
  4. Wah..Sedap..Simple & Sihat..Boleh try nih..huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !