Cara Orang Lewat Bersolek Ringkas!

Farah Waheda Wahid
3
 

"Dikkk... Bangunnn! Dah pukul 6.30 dah!"... Saat dengar jer Nek Ma Ash dah bersuara, kelam kelibut Farah bangun dari alam indah empuknya bantal selama lebih kurang sejam dua macam tu. Entah pukul berapa terlelap di depan laptop pun tak perasan. Skrin laptop pun dah gelap saat Farah sedar dari tidur sekejap tu. Tekan papan kekunci laptop dan lihat, Microsoft Outlook masih terbuka... E-mel office lettew... Kita berjaga malam semalam siapkan kerja office yang urgent... Ahaksss... Ting tong dah kepala ni sekarang ni... 

Capai tuala dan rutin-rutin lain yang sepatutnya dan wajib dilaksanakan, capai jer alat solek yang mana nak guna dan keluar rumah dengan muka tak siap! Tanpa secalit bedak punnn... Memang raw jer muka pagi ni tadi. Ha ha ha... Ni nak ceritalah ni tentang cara Farah bersolek ringkas bila dah kelewatan... Cara nak maintain konon-kononnya supaya tak nampak macam tak proper dan tak presentable untuk ke office. Uhuksss nanti orang kata PA boss datang office serabai pula... Kesian reputasi boss, nama dia juga yang naik.... Bha ha ha, jadi kenalah pandai-pandai bawa diri. 

 

Nahhh... Setempek muka raw tanpa sebarang calitan alat solek. Sempat sapu serum Ephyra jer. Pucat lesi! Adoiii... Masa ni rasa macam tak lengkap jer diri ni dan rasa macam tak bersedia jer untuk bekerja. Poyo tak? Iyaaa... Kalau tak bersolek beriya at least bersolek sikit, motivasi dan penggerak semangat di pagi hari sewaktu nak memulakan kerja. Lepas tengah hari dan dah nak ke petang tu, lantak lerrr kamu... Kalau nak touch-up, buat ler, kalau tak nak biar jer macam tu... Dah nak balik dah kan? Langkah pertama tempek bedak! Sikat kening... Ahakss sikat kening Farah panggil? Yerlah bagi nampak kening tu rapi sikit dan tak berterabur benor... Dahlah kening tu halus-halus panjang... Bukannya tebal dan terbentuk semulajadi. Ooopsss sebelum tu, Farah tak terlibat dalam acara cabut-mencabut kening yer? Kening Farah memang gittew... Hu hu hu... 

 

Haaa... Dah ada rupa dah tu, dah ada rupa... Selepas selesai langkah kedua kita masuk ke langkah ketiga yang mana di dalam langkah solekan, langkah ketiga ni lah yang memerlukan tumpuan serta kosentrasi yang paling mendalam. Iyaaa... Memang kena sangat berhati-hati dan cermat serta teliti. Kalau tidak, alamatnya bukan bertambah cepat tetapi bertambah lambat jadinya. 

 
Untuk bahagian yang ini, sebenarnya kalau anda tanya preferences Farah, Farah lebih sukakan eyeliner yang berbentuk cecair berbanding gel. Tapiii... Farah memang standby satu eyeliner berbentuk cecair dan satu lagi berbentuk gel. Eyeliner berbentuk gel ni berguna di saat-saat kecemasan sebegini dan di saat-saat Farah nak cepat! Kalau nak tunggu Farah pakai eyeliner berbentuk cecair tu? Alamatnyaaa... Kerja tak jalanlahhh nanti... Memang akan ambil masa yang agak lama sebab kena sangat berhati-hati menggunakan eyeliner berbentuk cecair. Nak pastikan garisan yang terbentuk sempurna, tak ada cacat cela, nak pastikan kering sebelum meneruskan langkah yang seterusnya. Bila dah kelewatan, jadi sayang dan perlukan eyeliner berbentuk gel. Muahahaha... 

 

Tengah-tengah khusyuk melukis garisan tiba-tiba... Opocot ko! "Haaa..."... Kena sergah dengan boss yang entah dari mana muncul secara tiba-tiba. Hari ni dia awal berbanding kebiasaan sebab hari ni dia ada tugasan menjaga exam pada awal pagi. Ihiksss... Katanya... "Awak tak tidur yer semalam?"... Menjawab Personal Assisstant dia yang sorang ni... "Ate, teman nak tidur macam mana, kalau teman tidur tak siap ler itinerary China yang 40 kali ubah tu boss...". Sambung boss lagi... "Meeker main telefon baru teman satu malam?" Sambung diri ini... "Mana ada Yop... Teman siapkan itinerary tu dan check semua e-mel Yop lerrr... Nak travel hari xxx... Masa dah suntuk dah... Tak sempat nanti meeker marah teman..."

Kisahnya semalam dia trade-in tablet dia... Sebab katanya payah nak bawa sana sini nak semak e-mel dia. Besar sangat katanya dan selepas itu kerap hang dan bateri pula cepat habis. Akhirnya, dia ambil keputusan untuk jual tablet yang berkenaan dan beli telefon baru satu untuk kegunaan khas dengan tujuan untuk semak e-mel dan juga kalendar yang Farah kemaskini sahaja. Bukan untuk tujuan-tujuan lain. Satu untuk What's App, panggilan telefon serta kegunaan lain. Satu lagi untuk e-mel sahaja. Farah kena konfigurasi e-mel dia dalam telefon baru tu dan Farah kena sync kalendar kami supaya mudah untuk dia sentiasa updated dengan movement dia. Tak perlu Farah sentiasa nak telefon atau What's App ingatkan dan ganggu dia sangat waktu dia tengah ada something else. Bila dah sync ini akan melancarkan lagi komunikasi antara kami supaya tidak ada percanggahan yang berlaku. 

Dengan mata sebelah terlukis, sebelah lagi belum, masuk bilik boss dan terangkan bagaimana penggunaan serta tunjukkan pada dia di mana dia nak semak kalendar yang Farah dah set-kan. Selamba jer kannn? Sebelah mata ada garisan eyeliner sebelah lagi tidak. Ha ha ha... Farah memang macam tu... Memang jenis redah jer... Selesai dengan sesi penerangan dengan boss, kembali semula ke workstation dan sambung lukis garisan atas kelopak mata. 

 

Langkah keempat? Maskara! Ini pun tak adalah sampai nak melentik ala ala bulu mata Che'Ta. Cukup sekadar yang memadai jer. Bukan nak pergi function setakat office jer pun. 


Langkah kelima, kita teruskan dengan mengoles blusher dengan gaya sederhana dan bukan seperti badut sarkis. Hu hu hu... Bukan nak naik pentas pun... 


Langkah keenam... Yeayyy dah nak hampir selesai... Bahagian terakhir untuk selesaikan dan sempurnakan solekan orang lewat... Oleskan lip balm. 

 

 
Lengkapkan solekan dengan gincu atau lipstick untuk penutup sesi solek menyolek orang kelewatan. 


Tadaaa... Sebelum dan juga selepas... Dari muka pucat lesi tak ada seri, sudah bertukar.... Terus transform, terus rasa berkobar-kobar nak siapkan kerja semua bagai dan sampai la ni dok juggling with itinerary for my boss long business trip to China yang asyik bertukar-tukar arrangement-nya. Ha ha ha... Tak merungut punnn, seronok bila banyak kerja sebab masa di office terisi dengan jayanya tapi tak taulah baliknya tepat waktu dan sambung di rumah semula atau stay kalau ada yang masih stay di office. Jumaat kannn? Tak ada maknanya orang lain nak stay melainkan yang benar-benar overloaded with tasks and chasing for dateline. 

Till then, ta ta... Till we meet again in the next entry. Ada cerita lain nak cerita tapi yang sempatnya bebel yang ni jer dulu. Belum berkesempatan lagi. Nanti dah sempat Farah cerita yer? Bye for now! 


Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Auccchhh akak dah cantik, makin bertambahhh cantik kalau bermakeup... aauummm

    ReplyDelete
  2. Kalau akak cukup tepek base, foundation ngan compact powder..oleskan lipstick..hehheh..cukup...

    ReplyDelete
  3. Bila dah jadi rutin...mudah je...zup zap zup zap dah siapkan mommy..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !