Bermula SEPTEMBER 2016! Passport Boleh Diperbaharui Secara Atas Talian

Farah Waheda Wahid
6

Wahhh... Ini yang dinanti-nantikan selama ni  sebenarnya ni! Pembaharuan passport secara atas talian! Berita baik khususnya buat traveller tegar dan juga bagi semua kakitangan yang jatuh di bawah kategori Personal Assistant / Secretary yang menguruskan hal ehwal perjalanan boss masing-masing termasuk juga dengan passport. Bagi agen-agen percutian serta yang mengambil tugasan daripada syarikat-syarikat di dalam hal ehwal penerbangan perniagaan syarikat pun akan jadi lebih mudahlah nampaknya ni. Yang empunya passport apatah lagi kannn? Haruslah boleh menarik nafas lega dari menunggu giliran di pejabat Imigresen Malaysia untuk tujuan pembaharuan passport.  Bagus-bagus! Kakak suka! 

Melalui sumber di SINI...

Bermula 1 SEPTEMBER 2016, orang ramai yang ingin memperbaharui passport sudah boleh menarik nafas lega apabila tidak perlu bersesak-sesak, menunggu lama dan beratur panjang di Pejabat Imigresen Malaysia lagi dah! Sebabnya? Sistem MyOnline Passport akan bermula di 4 buah negeri dalam Malaysia yang telah dipilih dan juga 2 buah pusat Urban Transformation Centre (UTC). 4 buah negeri tersebut adalah di PAHANG, SARAWAK, PULAU PINANG dan PUTRAJAYA. Manakala 2 buah pusat UTC yang dimaksudkan adalah UTC Pudu Sentral, Kuala Lumpur dan juga  UTC Galleria@Kotaraya, Johor. 
Sangat mudah dan sangat memenuhi kehendak pemohon pembaharuan passport masing-masing. Caranya? 
  • Pembaharuan boleh dilakukan melalui semua medium termasuk telefon pintar. 
  • Pemohon dibenarkan untuk memilih mana-mana pusat pungutan iaitu Pejabat Imigresen  yang bersesuaian. Sebagai contoh; permohonan dilakukan di negeri Johor, dan pengguna memilih untuk memungut passport di Pulau Pinang. Pun boleh! 
  • Gunakan sistem MyOnline Passport, isikan segala butiran yang diperlukan untuk tujuan pembaharuan passport, muatnaik gambar mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan, lakukan pembayaran dengan menggunakan kad debit ataupun kad kredit dan pungut passport di mana-mana lokasi yang menyediakan perkhidmatan ini pada masanya. 
Yippie yeayyy! Mudah memang mudah serta di dalam masa yang sama dapat juga menjimatkan masa. Walaupun Farah ni bukanlah traveller tegar, akan tetapi berita sebegini tentunya sudah membuatkan ini muka ada banyak senyum! Sekurang-kurangnya, bila passport boss hampir tamat tempoh nanti, bolehlah memulakan urusan pembaharuan melalu atas talian. Ini sangat efektif untuk penjimatan masa dan tenaga seorang Personal Assitant yang mana hanya dengan hujung jari kerja hakiki untuk bab ini sudah boleh diselesaikan dengan mudah tanpa perlu Farah menghabiskan masa ke sana ke mari untuk selesaikan urusan ini! ;-) wink wink I loikeee! 

Psssttt... Yang suka bercuti dan melancong tu pun... Pasti rasa gembira kannn? Sebab urusan jadi lebih mudah selepas ini! 

*#ehhh, passport kita pun dah nak kena perbaharuilah! Dah lama mati daaa... Walaupun belum ada perancangan nak ke mana-mana atau perlu ke mana-mana, dah mudah begini, bolehlah curi masa sikit untuk perbahurui passport kannn? 

Post a Comment

6Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah...senang keja gue..x yah sibuk2 nak uruskan hal boss pi renew passport...buat online je..dulu pernah kot diorang buat renew thru online..pas tu dh x de dh..

    ReplyDelete
  2. wah..seronok..tak yah nak beratur panjang lg

    ReplyDelete
  3. KALAU TAK SEMPAT BOLEHLAH ONLINE JE MUDAH DAN CEPAT

    ReplyDelete
  4. x pyh beratur pnjg smata2 nk ambik nombor

    ReplyDelete
  5. sekarang dah banyak guna online je nak renew . lagi mudah .

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !