DISCLAIMER: WARNING!!! THIS ENTRY IS AN ENTRY WITH AN OVERLOADED
PICTURES THAT FULL OF EXCITEMENT!!!
Apa yang anda bayangkan bila membaca atau mendengar nama tempat ini? Shhhh... Yang dah tau tu, diammm... Jangan nak sibuk-sibuk menyampuk! He he he... Pada mulanya, Farah sangkakan MIGHTY UTAN tu adalah sebuah tempat ibarat seperti zoo dan menempatkan Orang Utan. Sungguh... Farah tak tau apa pun tentang MIGHTY UTAN. Berialah Farah ni fikirkan yang Iman Firash bakal melihat Orang Utan secara live di depan mata. Ha ha ha... Haippp!!! Jangan gelak!!!
Salah rupanya apa yang Farah fikirkan dan jangkakan... Bila Farah Google dulu sebelum pergi menerjah ke MIGHTY UTAN hari Sabtu yang lepas... Laaaa... Rupa-rupanya ianya adalah kedai menjual LEGO! Adoiii, jauh sangat MIGHTY UTAN dengan LEGO tu kaitannya! Ha ha ha... Tak terfikir pula yang MIGHTY UTAN adalah kedai menjual LEGO! Ahhh... Sudah... Ini semua punca-puncalah ni! Ada yang silap-silap haribulan tak nak balik dan berkampung di situ. Heee... Risau juga tu... Sebab tarikh nak ke MIGHTY UTAN tu, tarikh yang bulan belum nak mengambang dan harimau belum nak mengaum lagi. Dibuatnya Iman Firash nakkk jugaaaa? Agak-agak macam mana? Hurmmm... Kena betul-betul kentalkan jiwa, cekalkan hati dulu sebelum pergi ni. Kalau tidak risau pula kalau-kalau bertukar menjadi raksasa gorgon di MIGHTY UTAN tu nanti.
Aktiviti di petang Sabtu yang baru sahaja berlalu untuk si anak kecil, diwarnakan dengan lawatan serta menghabiskan masa di MIGHTY UTAN yang lokasinya terletak di Dataran Prima, Petaling Jaya. Ada sebuah lagi cawangan yang sebenarnya, iaitu di Cheras.
What do you expect? Bila anak kecil melihat lambakan set permainan LEGO di hadapan mata?
Tu diaaa... Melambak-lambak set permainan LEGO dan bermacam-macam jenis LEGO yang ada pada rak di dalam MIGHTY UTAN. Pencinta koleksi set LEGO pasti bersinar-sinar mata ni bila masuk ke MIGHTY UTAN! Kalau tak silap Farah lah kannn? LEGO adalah sejenis permainan yang dikeluarkan, dijenamakan dan dipasarkan di pasaran seluruh dunia yang bertapak paling lama kot? Dari zaman-zaman Farah kecil dahulu. Nama LEGO tu memang semua orang tahu kannn?
Di kawasan tengah-tengah MIGHTY UTAN pula ada dua buah meja yang menempatkan loose bricks yang mana loose bricks ini adalah lambakan pecahan kepingan-kepingan LEGO yang baru dan juga yang terpakai. Sedikit informasi mengenai loose bricks yang terdapat di MIGHTY UTAN adalah seperti petikan dari laman web MIGHTY UTAN yang berikut:
Lots of variety of new and used LEGO bricks that will enable parents and their child to use their creativity and imagination for hours of building fun. MIGHTY UTAN have hand washed the bricks and attempted to remove damaged, discolored and non-LEGO bricks. These lots are random and will vary. MIGHTY UTAN cannot guarantee that any one certain piece or number of certain pieces will be included in any one lot. Strictly non-returnable and non refundable.
Bila nampak jer kawasan loose bricks ni, tanpa disuruh-suruh, Iman Firash dah suruh diri sendiri duduk di meja yang menempatkan loose bricks tersebut dan leka bermain dengan kepingan-kepingan LEGO yang terdapat di situ. Kanak-kanak kannn? Kalau dapat lambakan permainan memanglah seronok dan senyum sokmo! Macam biasa, mulut Iman Firash memanglahhh kannn? Suara dia jer paling banyak berbunyi... Hu hu hu... Orang bingit ke telinga? Orang pandang semacam ke? Orang rimas ke? Ribut ke? Petir ke? Di luar tu... Dia tetap dengan keseronokan dia, tetap dengan urusan dia dan tetap dengan happy go lucky dia.
Macam biasa... Mana nak duduk diam setempat! Lagi-lagi kalau dia sedang dipenuhi dengan rasa penuh keterujaan di dalam diri dia tu. He he he... Nak tengok keadaan dan situasi sebenar yang berlaku pada hari kejadian? Gelagat Iman Firash bersama abang-abang dan kakak? Nahhh... Sedikit video yang dapat Farah sajikan secara ringkas bersama-sama entri ini.
Abang-abang dan kakak, elok jerrr duduk diam-diam main. Dia? Ha ha ha... Mana nak duduk diam setempat? Sekejap ke sana, sekejap ke mari. Habis satu kawasan di dalam MIGHTY UTAN dia explore.
Farah ni nak kata obses dengan LEGO tidaklah juga. Akan tetapi memang suka jugalah bermain LEGO sedari kecil. Sampaikan dah ada anak ni pun, bila anak main LEGO, mak pun samaaa... Sibuk dok main juga. Tapiii... Ada alasan kukuh dan munasabah kannn? Melayan anak bermain dan bermain bersama anak demi membantu perkembangan dan juga kreativiti si anak? Ihikssss... Sambil-sambil dia sibuk bermain bersama abang-abang dan kakak dia, Farah pun cuci-cuci matalah di sekitar MIGHTY UTAN. Amboiii dia punya variety baq anggg!!! Nalaaaa punya... Ada macam-macam jenis LEGO yang ada di rak. Cuma pilih jer... Nak kotak kecil? Nak kotak besar? Nak yang mahal? Nak yang murah? Nak LEGO edisi mana?
Iya sungguh... Meh meh meh, kongsi jenis-jenis atau edisi LEGO yang ada di MIGHTY UTAN, manalah tahu kot-kot ada yang tersangkut berkenan di hati?
![]() |
Koleksi Set LEGO Ninjago |
![]() |
Koleksi Set LEGO Technic |
![]() |
Koleksi Set LEGO City Adventure |
![]() |
Koleksi Set LEGO Super Heroes |
![]() |
Koleksi Set LEGO Speed Champions |
![]() |
Koleksi Set LEGO Scooby-Doo! |
Koleksi Set LEGO Duplo |
![]() |
Koleksi Set LEGO Ghostbusters |
![]() |
Koleksi Set LEGO Angry Birds Movie |
![]() |
Koleksi Set LEGO Creator |
![]() |
Koleksi Set LEGO Jurrasic World |
![]() |
Koleksi Set LEGO Creationary |
![]() |
Koleksi Set LEGO Elves |
Koleksi Set LEGO Education |
Koleksi Set LEGO Star Wars |
Koleksi Set LEGO Juniors |
Koleksi Set LEGO Architecture |
![]() |
Koleksi Set LEGO Disney Princess |
Ada juga jenisnya LEGO berbentuk figura Super Heroes sebesar sejengkal lebih yang sedang-sedang elok dipegang di tangan dilengkapi dengan lampu LED di bahagian tapak kaki setiap figura Super Heroes yang berkenaan.
Ada juga LEGO yang berbentuk key chain yang dilengkapi dengan lampu LED di bahagian-bahagian tertentu. Senang cerita ada macam-macam jenislah. Boleh rambang mata nak memilih. Bayangkannn... Kalau mak budak pun boleh jadi rasa macam semua nak beli kalau boleh, apatah lagi anak-anak kannn?
Yang sorang ni pula, dah sibuk memilih dahhh... Uhuksss... Tiba-tiba terasa macam seolah-olah tak bernafas pula... Macam semput tapi tak! Macam asma tapi tak? Macam lelah tapi tak! Ha ha ha... Adrenaline rush... Berpeluh dingin dah Mommy dia tau tak? Dalam poket ngam-ngam memang ada RM10.00 jer... Ha ha ha... Sungguh... Jujur ni... Bukan sebab nak meraih ke apa... Memang tu jer yang ada di dalam poket pada masa, waktu dan ketika itu. Hu hu hu... Ahaksss cuak dahhh cuak... Haruslah... Dibuatnya pegang tak nak lepas? Tak kes naya dah mak dia nih? Mesti confirm akan berlaku drama punya di MIGHTY UTAN tu.
Memang dia dah aim set LEGO Duplo yang ini dah... Mickey Mouse watak kartun kegemaran dia dan keretapi, permainan kegemaran dia. Perfect combination sangattt kaedahnya. Cukup untuk menguji Mommy dia nih!!! Debar jap jantung! Laju jer berdegup... Cubalah, cuba pujuk dia... Alhamdulillah, nak pula dia behave pada hari kejadian tu. Cakap lembut-lembut dengan dia... "Firashhh... That one is not yours. Put back on the shelf..." pinta dan rayu si Mommy pada si anak. Nasib nak ikut kata. Hu hu hu... Nasib nak bertolak ansur si anak bujang manja Mommy ni. Kalau tak??? Haiihhhh entahlah... Pasti jenuh agaknya...
Itulah dia serba sedikit, petang Sabtu kami yang dihabiskan di MIGHTY UTAN yang membuatkan hati anak berbunga-bunga keriangan bila dapat peluang untuk bermain dengan skil kreativiti dan mencuci-cuci mata di MIGHTY UTAN. Ok juga sebenarnya, sebab ko nak berlegar? Berlegarlah sepus-puasnya dalam MIGHTY UTAN tu sepuas-puasnya sebab kawasannya agak mudah untuk dikawal. Tidak terlalu besar, tidak terlalu kecil, yang sedang-sedang saja. ;-). Itulah juga serba sedikit perkongsian Farah mengenai MIGHTY UTAN kepada para pembaca Bubblynotes.Com tentang apa yang ada di dalam? bagaimana suasana di dalam? jenis LEGO yang bagaimana? selain set LEGO, ada apa lagi yang menarik di dalam MIGHTY UTAN.
Oh ya. Sebelum Farah hampir terlupa... MIGHTY UTAN juga mempunyai laman web jualan atas talian yang mana selain daripada berkunjung ke MIGHTY UTAN anda juga boleh melakukan pesanan atau tempahan LEGO melalui laman web jualan atas talian mereka. Ibu bapa yang tidak berkesempatan untuk membawa anak-anak berkunjung ke MIGHTY UTAN, ataupun para pencinta LEGO tegar yang tidak berkesempatan untuk berkunjung sendiri ke cawangan-cawangan MIGHTY UTAN bolehlah melakukan pembelian melalui atas talian. Jika berada di luar Kuala Lumpur dan Selangor, luar dari lokasi cawangan MIGHTY UTAN, tetapi berminat untuk mendapatkan produk LEGO dari MIGHTY UTAN, anda juga boleh melakukan pembelian melalui atas talian.
Lokasi Cawangan MIGHTY UTAN:
MIGHTY UTAN Petaling Jaya
A07-03, Menara Prima
Jalan PJU 1/39
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
A07-03, Menara Prima
Jalan PJU 1/39
47301 Petaling Jaya
Selangor Darul Ehsan, Malaysia
No. Telefon: +60378869369
Waktu Operasi:
Isnin sehingga Jumaat
12.00 PM - 7.00 PM
Isnin sehingga Jumaat
12.00 PM - 7.00 PM
Sabtu dan Ahad
11.00 AM - 7.00 PM
11.00 AM - 7.00 PM
MIGHTY UTAN CHERAS SENTRAL MALL
1F-23A, Cheras Sentral Mall
Jalan 2/142A
56000 Cheras
Kuala Lumpur, Malaysia
1F-23A, Cheras Sentral Mall
Jalan 2/142A
56000 Cheras
Kuala Lumpur, Malaysia
No. Telefon: +60391081269
Waktu Operasi:
Isnin sehingga Khamis
11.00 AM - 9.00 PM
Isnin sehingga Khamis
11.00 AM - 9.00 PM
Jumaat, Sabtu dan Ahad
11.00 AM - 10.00 PM
11.00 AM - 10.00 PM
KHAS BUAT ANDA:
MIGHTY UTAN has a wide range of LEGO sets, LEGO minifigures and LEGO bricks. Sign up on MIGHTY UTAN website to enjoy 10% on LEGO sets today!
Tengok word UTAN terus memang ingat ORANG UTAN ! hahaha... Seronok la Ash dapat main2 LEGO... Aunty Auni pun suka dengan lego.. Suka sangat ! Tapi dah kawin ni, tengok je la Ash yang main.. lalalalala
ReplyDeleteHye..you can come to our store. Your kids can play the Lego for free and enjoy it.
Deletebestnya main LEGO
ReplyDeleteHye.. you can visit our store. Your kids also can play for free and enjoy it.
Deletethanks for sharing Farah...cawangan yang Cheras Sentral tu dah dekat dah, tapi kena pasang strategi ni kalau bawak Amir...huhu
ReplyDeleteHye..you can visit to our store. Your kids can play for free the Lego and enjoy it.
DeleteWahhhhh...Boleh la bawak che mek time bday dia nnt...Che mek dh request nk lego Friends..hoho..
ReplyDeleteHye..you can visit to our store. Your kids can play for free the Lego and enjoy it
DeleteHahahaha bahaya bawak adik2 datang sini nanti seguni dia nak borong. Kopak poket. Anyway salam perkenalan :)
ReplyDeleteHye..you can visit to our store. Your kids can play for free the Lego and enjoy it
Deletewow. kalu la dpt bwk ijat nanti.
ReplyDeletepasti menarik meng explore :)
Hye..you can visit to our store. Your kids can play for free the Lego and enjoy it
Deletenice
ReplyDelete