Salam Syawal 1437H Dari Bubblynotes.Com

Farah Waheda Wahid
3
 

Salam 2 Syawal 1437H... Hari Raya Aidilfitri yang kedua buat umat Islam dan Ramadhan bagi tahun 1437H telahpun melabuhkan tirainya. Di malam terakhir Ramadhan, menangislah tujuh petala langit dan tujuh petala bumi dan para malaikat kerana akan berlalunya Ramadhan dan juga keistimewaannya. Semoga dipanjangkan umur oleh Allah SWT dan dimurahkan rezeki oleh Allah SWT untuk kita semua bertemu kembali Ramadhan akan datang. 

Boleh? Terlupa pula Farah nak buat entri bebelan khas sempena Aidilfitri? Ha ha ha... Walhal itu adalah rutin tahunan di Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog. Tak adalah kata diri bajet retis atau acah-acah diri ni Top Blogger Malaysia ke apa. Sekadar menyampaikan ucapan Syawal kepada semua kan? Sekadar menyampaikan permohonan kosong-kosong kepada semua. Iyalah tempoh setahun yang berlalu sejak Syawal yang lepas, terkadang mungkin kita ni tak sedar jika kelakuan, perbuatan serta penulisan kita telah menyakiti ataupun mengguris mana-mana pihak sama ada dengan cara yang kita sedari ataupun tidak. Kita semua kan manusia yang tak lari dari khilaf? 

Sebelum tu, rajin pula nak bercerita mengenai Syawal, Puan empunya Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog di tahun 2016 ini. Rajin sebab ada masa terluang yang sangat banyak... Ekekekeke... 

Persiapan Menyambut Syawal 2016
Secara jujurnya, tiada sebarang pembelian pakaian baru untuk diri sendiri, untuk Iman Firash. Tiada perabot baru, tiada langsir baru, tiada permaidani baru dan tak ada aktiviti membakar kuih raya mahupun pembelian kuih raya tunjuk pun. Macam tak nak sambut raya jer lagaknya yer? Ha ha ha... 

Pakaian raya Iman Firash pada kali ini semuanya adalah rezeki dia dari pihak pengiklan di Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blog. Top to toe. Alhamdulillah. Begitu juga halnya dengan Farah. Di saat-saat akhir, ada yang sudi menghantar sepersalinan pakaian raya supaya berpeluang raya sedondon dengan si anak. Syukran Ya Allah di atas rezeki yang Engkau sampaikan kepada kami. 

Sangat minimal dan sangat jauh lebih bersederhana dari tahun-tahun sebelumnya. Bagi Farah cukuplah sekadar bersederhana sahaja. Lagipun Farah baru sahaja bekerja semula setelah lama mengulit anak 24/7 di rumah. Makanya, perbelanjaan adalah sangat terhad. Perlu kambus kembali lubang-lubang yang besar terbuka tu. Ha ha ha. Tambahan pula 29 Jun 2016 baru-baru ini, cukai jalan dan insurans kereta tamat riwayat dan perlu dihidupkan semula, faham-faham ajerlah kannn? Persiapan raya seadanya sahajalah. Tengah susun kembali kehidupan dan struktur kewangan kaedahnya. 

Sambutan Raya 2016
Tidak ada apa-apa yang istimewa untuk Syawal 2016 ini. Biasa-biasa dan sederhana yang amat jer. Berjalan raya pun tidaklah ke mana sangat pun. Keluar dari Selangor pun tidak. Kebanyakan pada masa banyak menghabiskan waktu-waktu terluang dengan anak bujang yang seorang tu. Masa nilah pun nak bonding pun. Ada kesempatan cuti panjang bersempena Syawal. Selain tu, makan ketupat dengan kuah kacang (favourite Farah), melayari laman media sosial, pusing-pusing kawasan taman perumahan kami, cuci mata di TESCO, layan anak bujang ke 7-Eleven sebab dia nak berbelanja macam Mommy dia ni tauke 7-Eleven atau punya share dengan 7-Eleven tu... Ha ha ha... Tonton televisyen tengok rancangan apa yang ada di rumah dan berehat. Ahaksss macamlah rehat sangat. 

Cuti Raya 2016
Farah cuma ambil 1 hari sahaja untuk cuti raya pada tahun 2016 ini. Iaitu, Jumaat, 8 Julai 2016. Isnin 11 Julai 2016 dah mula bertugas semula di pejabat. Alamak... Tiba-tiba teringat, banyak tugas hakiki yang perlu diselesaikan. Memang sibuk ni nanti Isnin nanti ni. Orang sibuk dengan raya, Farah sibuk dok mengingat tugas hakiki yang menanti. Sibuk juga menyusun satu persatu ni. Tahun ni sebenarnya, tarikh Aidilfitri tu cantik! Membantu sesiapa yang bekerja menjimatkan cuti tahunan. Annual leave optimizer gittew. 

Lain-lain cerita berkenaan dengan sambutan raya untuk tahun 2016 ini, nantilah Farah sambungkan di dalam entri yang lain. Walaupun tak adalah semenarik mana pun, walaupun sangat bersederhana dan jauh lebih bersederhana dari tahun-tahun sebelumnya... Tetap masih ada yang ingin dikongsikan dan diceritakan di Bubblynotes.Com. 

Sebelum Farah tutup entri ni, bersempena dengan Syawal 1437H pada kali ini, Farah ingin menyusun sepuluh jari memohon ampun dan maaf kepada semua yang mengenali Farah, Iman Firash, suami, Nek Ma Ash dan Atuk Ash di atas segala khilaf selama ini sama ada dengan cara yang disedari ataupun tidak disedari. Jika ada sepanjang penulisan maya Farah, kemunculan Farah di media sosial yang menyinggung, menyakiti hati serta perasaan anda yang Farah sedari mahupun tidak Farah sedari, ataupun secara kebetulan dengan sengaja atau tidak disengajakan, Farah memohon seribu kemaafan kepada anda semua. 

Maaf dipinta andai ada terkasar bahasa, tersilap bicara, termarah yang tak kena, tertanya yang tidak tentu hala, tersasul yang tidak sengaja, tersindir atau terpukul kata yang mana-mana... Untuk lisan yang tidak terjaga, janji yang tidak terpenuhi, hati yang mungkin berprasangka... Maaf zahir dan batin ikhlas dari hati yang paling dalam. Selepas ini adalah diharapkan agar kita semua sama-sama dapat membuka buku yang baru dengan catatan perjalanan yang lebih indah dan bermakna buat kita semua. 

Semoga anda semua menikmati sambutan hari raya pada tahun 2016 ini dengan sebaiknya dan bahagia juga ceria di samping keluarga tersayang. Berhati-hati memandu di musim perayaan. Ja’alanallahu minal aidzin wal faizin... 

Farah Waheda Wahid 
2 Syawal 1437H

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. salam cik farah...SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI juga buat cik farah nn family
    moga raya kali ni lebih bermkna... Aminnn InsyaAllah.. =D

    ReplyDelete
  2. Selamat hari raya kak...lama sungguh tak jenguk sini

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !