Perbandingan Antara Perodua BEZZA Dan Proton SAGA Baru...

Farah Waheda Wahid
1
Sumber diubahsuai dari Google
Sememangnya dah perasan tentang hu ha hu ha mengenai keluaran terbaru atau produk terbaru pihak Perodua ini iaitu Perodua BEZZA. Tentulah Farah ambil tahu dan sibuk nak tahu tentang produk terbaru keluaran Perodua kerana Farah adalah pelanggan Perodua yang setia dari kereta Farah yang pertama dahulu iaitu Perdua Kelisa dan juga kereta Farah yang kedua yang Farah gunakan pada masa kini iaitu Perodua MyVi S.E. Entah kenapa, memang minat Farah tertumpu kepada kenderaan keluaran pihak Perodua berbanding Proton semenjak mula-mula berkereta dahulu. Lagipun, itulah yang Farah rasakan kenderaan yang mampu Farah miliki dan Farah rasakan kenderaan keluaran pihak Perodua adalah yang paling suit dengan Farah. 

Sedang hangat kini di media sosial netizen membanding Perodua BEZZA dan Proton SAGA baru yang bakal dilancarkan tidak lama lagi... Ada sesuatu yang menarik minat Farah pada entri kali ini dari status seseorang di laman media sosial Facebook yang Farah baca pada pagi ini yang ingin Farah kongsikan di dalam entri ini. Menurut status yang terbabit:

Tidak adil bagi saya bercakap atas kapasiti kakitangan dan pelatih di Perodua, bagi mengelakkan "bias" izinkan saya memberi komen atas sentimen yang mewakili majoriti rakyat Malaysia. Ada 5 kriteria paling penting bagi pembeli kenderaan khususnya bagi rakyat tempatan... 

- Pertama: penjimatan minyak dan semestinya Perodua BEZZA adalah kenderaan paling jimat minyak bukan sahaja dalam segment "compact sedan" tetapi kenderaan paling jimat yang menggunakan "gasoline" sepenuhnya... "more distance with less fuel!".

- Kedua: servis selepas jualan dan terbukti Perodua BEZZA mempunyai nilai kos penyelenggaraan paling rendah dengan servis setiap 10 ribu km tanpa servis seribu km pertama berserta jaminan 5 tahun dan perkhidmatan pusat servis terbaik di lebih 200 pusat servis seluruh Malaysia... Malah Perodua menyediakan akses untuk kesemua alat ganti... "Totally peace of mind!".

- Ketiga: semestinya Perodua terkenal kerana mempunyai harga selepas jualan yang terbaik dengan pengurangan harga kurang dari 15% selepas 5 tahun pemilikan... Perodua BEZZA bakal mempunyai "trade-in value yang tinggi... "reduce loss for long term ownership".

- Keempat: Perodua BEZZA dibina atas platform rekaan tempatan yang dilengkapi dengan kombinasi teknologi Toyota yang cukup terkenal dengan reputasi ketahanan enjin... Perodua BEZZA dijanakan dengan enjin dual vvt-i 1 NR-VE iaitu sama seperti yang digunakan oleh Toyota Avanza... "low price with outstanding quality".

- Kelima: Perodua BEZZA merupakan kenderaan yang diiktiraf sebagai "all rounder winner...low ownership cost, practicality, safety, affordable, great features and superb performance..." banyak kenderaan dalam pasaran memilik kelemahan di sebalik kelebihan. Perodua BEZZA lebih seimbang kerana pertama kalinya "safety 5 star Asean Ncap..." prestasi menyamai 1.5cc disebabkan binaan enjin alumnium dengan "compression ration 11.5 iaitu tertinggi dalam sejarah Perodua... Paling mampu milik dengan harga serendah RM37k... Memiliki ciri-ciri seperti "non national car"  yang berharga lebih dari 80k seperti vsc, "hill start, push start, traction control" dan macam-macam lagi...ruang dalaman antara terluas dalam segmen yang sama... "perfect in all aspects!"

Farah rasakan produk terbaru keluaran Perodua kali ini adalah sesuatu yang menarik perhatian, namun tidaklah Farah katakan yang Farah bercadang atau bercita-cita nak menukar kenderaan yang sedang dipakai pada waktu sekarang ini. Cuma tertarik dan masih lagi mencari bahan pembacaan bagi menambah informasi mengenai produk terbaru Perodua BEZZA ini. Namun, Farah dapati ia sememangnya mendapat reaksi yang positif dari pihak netizen sejak kebelakangan ini. Ramai seakan sememangnya berminat dengan Perodua BEZZA. Untuk diri Farah, jujurnya kereta jenis compact sedan seperti rekabentuk Perodua BEZZA belum pernah Farah miliki. Memandu tu adalah... Namun jika iya pun Farah nak bertukar... Bukan pada waktu terdekat, dan bukan sekarang...Belum ada kemampuan kerana ada perkara yang perlu difokuskan yang lebih utama yang perlu diselesaikan, dilangsaikan serta ada perkara yang perlu difokuskan untuk permulaan Januari 2017. 

*Selepas ini jalanraya bakal dibanjiri dengan Perodua BEZZA pula-lah yer? ;-) 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !