Panduan Menziarahi Ibu Yang Baru Melahirkan Anak...

Farah Waheda Wahid
5

Bila mendengar sahaja perkhabaran sama ada sahabat handai, rakan taulan, adik-beradik, saudara mara, rakan sekerja atau sesiapa sahaja yang mungkin kita kenali telah selamat melahirkan anak, budaya yang kebiasaannya dipraktikkan di kalangan masyarakat adalah menziarahi ibu serta bayi yang baru dilahirkan. Jika yang baru melahirkan dan dilahirkan itu adalah seseorang yang rapat dengan kita, kita akan turut merasakan kegembiraan yang sukar nak digambarkan ketika bertambahnya umat Nabi Muhammad SAW dan juga bertambahnya penyeri anggota keluarga yang baru. 

Tetapi, sedikit perkongsian menarik yang mungkin sesetengah dari kita terlepas pandang selama ini adalah tentang panduan, tips, cara, adab ketika menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. Mungkin juga ada di antara kita tidak menyedari tentang adanya perkara ini. Sukalah kiranya Farah untuk turut sama berkongsi informasi yang Farah baca di Facebook tempoh hari untuk makluman dan juga pengetahuan kita bersama. 


Buat para tetamu yang ingin menziarahi ibu yang baru sahaja melahirkan anak, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diambilkira serta digunapakai ketika anda bercadang untuk menziarahi ibu yang baru melahirkan anak:

1. Telefon sebelum datang, dapatkan keizinan. Sebaiknya waktu untuk menziarah adalah selepas dua minggu beliau melahirkan dan sila jangan datang melepasi pada pukul jam 8.00 malam!

2. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, anda boleh menziarah SETELAH sihat sepenuhnya. Jangan bahayakan nyawa bayi!

3. Bertanya khabar ibu, jangan terus terjah nak tengok baby.

4. Bawa buah tangan yang sesuai.

5. Elakkan dari mengangkat dan memegang bayi jika tiada keperluan.

6. Jika teringin nak pegang bayi, minta izin daripda ibunya terlebih dahulu.

7. Jangan mencium bayi di mulutnya.

8. Pastikan pakaian yang kita pakai adalah bersih dan jangan lupa basuh tangan sebersih-bersihnya dengan sabun terlebih dahulu.

9. Jangan terlalu bising dan riuh. Apatah lagi ketawa berdekah-dekah di rumah orang.

10. Jangan terlalu lama menziarah. Si ibu mungkin keletihan dan perlukan rehat yang secukupnya walaupun beliau mengatakan tidak mengapa. Common sense kan?

Begitulah sedikit sebanyak panduan untuk menziarah ibu yang baru sahaja melahirkan anak. Semoga ianya menjadi satu ingatan dan membuka minda kita tentang perkara yang perlu kita fikirkan serta fahami ketika kita bercadang untuk menziarahi mereka. 




 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !