Home »
baby delivery
,
culture
,
lifestyle
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting alert
,
parenting info
,
parenting knowledge
,
parenting sharing
,
people
,
pregnancy
,
society
,
surroundings
» Panduan Menziarahi Ibu Yang Baru Melahirkan Anak...
Panduan Menziarahi Ibu Yang Baru Melahirkan Anak...
Bila mendengar sahaja perkhabaran sama ada sahabat handai,
rakan taulan, adik-beradik, saudara mara, rakan sekerja atau sesiapa sahaja
yang mungkin kita kenali telah selamat melahirkan anak, budaya yang
kebiasaannya dipraktikkan di kalangan masyarakat adalah menziarahi ibu serta
bayi yang baru dilahirkan. Jika yang baru melahirkan dan dilahirkan itu adalah
seseorang yang rapat dengan kita, kita akan turut merasakan kegembiraan yang
sukar nak digambarkan ketika bertambahnya umat Nabi Muhammad SAW dan juga
bertambahnya penyeri anggota keluarga yang baru.
Tetapi, sedikit perkongsian menarik yang mungkin sesetengah
dari kita terlepas pandang selama ini adalah tentang panduan, tips, cara, adab
ketika menziarahi ibu yang baru melahirkan anak. Mungkin juga ada di antara
kita tidak menyedari tentang adanya perkara ini. Sukalah kiranya Farah untuk
turut sama berkongsi informasi yang Farah baca di Facebook tempoh hari untuk
makluman dan juga pengetahuan kita bersama.
Buat para tetamu yang ingin menziarahi ibu yang baru sahaja
melahirkan anak, berikut adalah beberapa panduan yang boleh diambilkira serta
digunapakai ketika anda bercadang untuk menziarahi ibu yang baru melahirkan
anak:
1. Telefon sebelum datang, dapatkan keizinan. Sebaiknya waktu
untuk menziarah adalah selepas dua minggu beliau melahirkan dan sila jangan
datang melepasi pada pukul jam 8.00 malam!
2. Bagi yang mempunyai masalah kesihatan, anda boleh menziarah SETELAH sihat sepenuhnya. Jangan
bahayakan nyawa bayi!
3. Bertanya khabar ibu, jangan terus terjah nak tengok baby.
4. Bawa buah tangan yang sesuai.
5. Elakkan dari mengangkat dan memegang bayi jika tiada
keperluan.
6. Jika teringin nak pegang bayi, minta izin daripda ibunya
terlebih dahulu.
7. Jangan mencium bayi di mulutnya.
8. Pastikan pakaian yang kita pakai adalah bersih dan jangan
lupa basuh tangan sebersih-bersihnya dengan sabun terlebih dahulu.
9. Jangan terlalu bising dan riuh. Apatah lagi ketawa
berdekah-dekah di rumah orang.
10. Jangan terlalu lama menziarah. Si ibu mungkin keletihan dan
perlukan rehat yang secukupnya walaupun beliau mengatakan tidak mengapa. Common sense kan?
Begitulah sedikit sebanyak panduan untuk menziarah ibu yang
baru sahaja melahirkan anak. Semoga ianya menjadi satu ingatan dan membuka
minda kita tentang perkara yang perlu kita fikirkan serta fahami ketika kita
bercadang untuk menziarahi mereka.
Terimakasih telah membaca artikel Panduan Menziarahi Ibu Yang Baru Melahirkan Anak... . Jangan lupa share ya
Share
5 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
salam aidilfitri akak...
ReplyDeletealhamdullilah
ReplyDeleteThat's Rite...Jgn simply2 pegang baby..Tgk dekat xpe...huhu
ReplyDeleteInshaAllah. Thanks for reminding.
ReplyDeleteYa, sokong sokong.
ReplyDelete