Ini Baru Raya!!!

Farah Waheda Wahid
1
 

Gambar atas ni, gambar favourite Farah untuk raya pada kali ini. Suka dengan aksi bersahaja dan kelakar si anak bujang, Iman Firash yang sudah semakin pandai melakukan aksi bersahaja di hadapan kamera dan juga yang sudah semakin pandai menyakat. Ada sense of humour juga anak bujang ni rupanya. Sambungan cerita Syawal kami yang sederhana pada tahun ini dan sambungan dari entri yang sebelumnya. Kira-kira macam cerita selanjutnyalah selepas sarapan Mc'Donalds Iman Firash di pagi raya sebelum ini. 

Akhirnya! Selepas Zohor kami menyarungkan juga uniform raya kami pada tahun ini yang bertemakan oren! Tahun ni oren, ikut warna kegemaran si anak bujang... Ha ha ha... Boleh? Tiba-tiba terus terfikir warna untuk raya tahun depan pula? Walhal jauhhh lagi perjalanan tu... Semoga panjang umur dan murah rezeki untuk bertemu dengan Ramadhan sekali lagi di tahun akan datang dan juga tahun-tahun yang mendatang. Baru mood beraya dan nak beraya tu masuk ok? Dapat juga melaram baju raya kami akhirnya! Destinasi pertama untuk Syawal 1437H pada tahun ini bukannya rumah Aunty Nurul dia sebab Aunty Nurul beraya di Kelantan tahun 2016 ni. Giliran raya di kampung Uncle pula. Destinasi pertama adalah ke rumah Mama Rozi dan Papa Raja dia. Salah satu destinasi wajib setiap tahun pabila Hari Raya Aidilfitri dan Hari Raya AidilAdha. Lagipun memang dah berjanji dengan Abah untuk jumpa di rumah Mama Rozi dan Papa Raja. 

 

Kami sampai dulu! Abah, Ibu, abang-abang, kakak dan adik baby belum sampai lagi. Makanya, sebelum beri salam dan masuk ke rumah Mama Rozi, haruslah selfie raya dulu. Ha ha ha... Belum ada sebarang selfie raya yang dimuatnaikkan ke laman media sosial kan? Rasa macam kurang sesuatu pula... Boleh? Elehhh dulu-dulu raya tak ada selfie raya punnn... Zaman sekarang ni jer trending kan selfie raya? Yang Farah pun sama up juga... Nak juga muatnaik selfie raya... Kenang-kenangan... 

 

Bila dah masuk rumah Mama Rozi, kemain dia bila nampak Papa Raja dia... Iman Firash memang... Entah kenapa suka sangat dengan Papa Raja sedari kecil. Kalau nampak Papa Raja dia, mulalah dia nak bermanja-manja. Mungkin dia tahu, Mama Rozi dan Papa Raja memang sayang dia. Walaupun boleh dikira dengan jari berapa kali dalam setahun bertemu dan melawat Papa Raja dan Mama Rozi dia, tetapi dia tetap buat macam dia dah biasa sangat dengan rumah Papa Raja dan Mama Rozi dia. Mommy dialah kena kawal dan pantau. Bukan apa, perilaku anak semasa berada di rumah orang memang tugas dan tanggungjawab ibu bapa untuk pantau kan? Tapi tulah budak ni, habis diaudit segala celah mak nenek kabinet rumah tu. Puas Mommy dia mengekor dari belakang dan tegah dia walaupun Mama Rozi dia kata biarlah. Dia bukan audit apa pun! Dia cuma buka pintu kabinet dan tengok, selepas tu dia tutup balik. Biasa ni! Kecik-kecik ni adalah ampun sikit... Tapi jangan dibiasakan sampai besar yer tak? 

Sebenarnya Papa Raja dan Mama Rozi dia memang dah macam adik beradik sendiri dah pada Farah. Dari sebelum bernikah dengan Abah Ash. Kami sepejabat dulu di SYABAS. Papa Raja dan Mama Rozi ni adalah pasangan yang positif dan sangat baik. Senantiasa menasihati untuk kebaikan diri dan juga ambil berat tentang perkembangan kami berdua beranak. Sebab tu tidak boleh tidak, memang kami tak akan miss berkunjung dan melawat mereka. Setiap tahun without fail! Sama ada dengan kehadiran Abah Ash ataupun tidak. Itupun selepas diizinkan oleh Abah Ash lah. Takkan nak main redah jer macam tu tanpa minta keizinan kan? 

Tahun ini, arrangement agak berbeza dari tahun-tahun lepas. Kami berjanji untuk berkumpul dan berjumpa bersama-sama di situ. Bila Abang Kimi bagi salam jerrr... Iman Firash orang pertama yang sangat teruja sebab nampak Abang Kimi... Kemudian nampak pula Abang Qhalif, Kakak Qahirah dan Abah bawa adik baby Harraz. Memang seronoklah dia sebab tengok ramai. Terjerit-jerit dia memanggil Babah...Babah... Gembira sungguh tu... Dia bukan apa, cukup sekadar nampak muka Abah pun dia dah menggeletis dah budak ni. 

 

Sambil-sambil tu... Awak baru jumpa suami di hari raya pertama kannn? Haruslah selfie raya wajib setiap tahun. Bezanya, Iman Firash tak nak duduk diam, jadinya gambarnya bergoyang sampai hidung pun hilang. Pengsannn nak selfie raya dengan dia tahun ni oiii... Sebab fokus sibuk nak main. 

 

Tengoklah tu! Meronta-ronta minta dilepaskan sebab nak join Abang Qhalif main. Penatlah Abah, Mommy dan Abang Kimi sengih depan kamera. Redha jerlah kannn? Nak kata apa yer tak? Ikut jer rentak dia. 




 

Yang benarnya memang sibuk dan leka nak main! Ramai kan? Seronoklah dia... Selalu sorang-sorang jer kat rumah. Risau juga bila dia sibuklah nak dekat dengan adik baby Harraz. Orang tak biasa beradik kat rumah. Takutttt kalau dia apa-apa kan Harraz. Memang bisinglah mulut Mommy dia ni melarang. Sebelum apa-apa baik tegah dulu. Suruh dia kiss adik baby Harraz dia kiss. Jujurnya lega bila dia sayang adik-beradik yang lain dan tak canggung bercampur dengan mereka. Lega hati Mommy. Memang Mommy nak dia berbaik-baik dengan adik beradik lain walaupun jarang sekali berjumpa. Adik beradik tetap adik beradik. Hubungan sesama mereka tetap perlu dipupuk dan dipelihara tak kira apa pun. Biar dia ada rasa sayang, kasih, hormat dan juga melindungi adik beradik yang lain. Belajar dari kecil. 

Warna tema baju raya mereka pun secara kebetulan atau secara Abah atur memang kena dan sedondon tahun ini. Tapi tulahhh... Rugiii... Sebab sibuk nak main sangat, sampai tak sempat atur mereka untuk bergambar bersama-sama. Firash lagilah mana nak duduk diam. Dia kot yang paling sibuk naik tangga turun tangga. Phewww... Macam rumah sendiri tak bertangga (bertangga tapi berpagar... Ahaksss). Berkawan baik dengan Abang Qhalif tu. Karakter pun dah nak hampir-hampir sama, bentuk tubuh badan memang samalah. Tak apa bagi diaorang main bersama-sama puas-puas. Cumanya abang-abang dan kakak main badminton di porch dia memang kena kurunglah. Lega juga rasa di hati sebab dia ok dengan Ibu walaupun baru pertama kali jumpa Ibu dia. Memang nak ajar dia hormat pada Ibu dia macam mana dia hormat pada Mommy. Nak ajar dia supaya tiada beza Ibu dengan Mommy. Jauh kat sudut hati, touching bila dia salam Ibu dia. 

 

Lebih kurang dalam pukul 5 petang macam tu, kami pun beransur meminta diri. Abah, Ibu, abang-abang, kakak dan adik baby Harraz ada destinasi lain lagi nak dituju. Kami pula, nak balik berehat. He he he... Belum ada perancangan nak beraya ke mana-mana lagi buat masa dan ketika itu. Dah letih kannn? Seharian tak tidur siang... Dalam perjalanan balik ke rumah, terlelap sambil berkeruh ko... Kemainnn... Sampai rumah terjaga, kemain cergas dia bermain. 

Itu cerita Syawal pertama kami! Ini baru raya!!! Masih ada lagi cerita Syawal kedua dan ketiga... Walaupun tak adalah beraya sakan mana, berjalan raya ke mana sangat... Tetapi cerita raya tetap cerita raya kan? 

*Gigih cerita berkisarkan raya bersiri-siri yer? Ha ha ha... Ada lagi... Ada... Tunggu sat naaa... Nanti Farah sempat Farah membebel lagi draf entri. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah...Orange Ash raya tahun nie ye..Byk dpt duit raya x?huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !