Rasulullah SAW bersabda, "Tidaklah seorang Muslim
menderita sakit kerana sesuatu penyakit dan juga lainnya, melainkan Allah
menggugurkan kesalahan-kesalahan (dosa) nya dengan penyakit itu, sebagaimana
pohon yang menggugurkan daun-daunnya" HR Bukhari Muslim.
Down with fever and
quite a bad cough since the last two (2) days, plus... flu which seems started
to wave a hello this early morning. Perkara yang palingggg kalau boleh Farah tak nak hinggap pada
Farah adalah BATUK!!! Seksa weiii!!!
Bila batuk jerrr mesti badan ditundukkan dan salah satu lengan tangan mesti
diletakkan di bahagian perut kawasan pembedahan melahirkan Iman Firash hampir 3
tahun yang lalu. Walaupun, sudah hampir 3 tahun berlalu, terkadang tu bila
batuk dan Farah terlupa nak tundukkan badan dan letakkan lengan di bahagian
perut kawasan pembedahan yang berkenaan, terasa seolah-olah sedikit tegang
kawasan pembedahan tersebut walaupun lukanya kelihatan telah kering sepenuhnya
dari luar. Dalam tak taulah kannn? Sesiapa yang melahirkan anak secara
pembedahan, pastinya akan faham dengan keadaan dan situasi yang Farah cuba
terangkan ini. Walaupun bertahun-tahun sudah berlalu, tetapi pasti masih terasa
kesannya tidak banyak sedikit.
Hari Sabtu malam Ahad, tidur lena Farah dikejutkan dengan
rasa gatal merenyam di tekak yang teramat sangat dan diikuti oleh batuk
berpanjangan yang sangat teruk. Demi tak nak anak kecil yang menempel di
sebelah Mommy dia terjaga, Farah terpaksa tekup mulut dengan bantal supaya
batuk itu tidak terlalu kuat dan mengganggu tidur dia. Ingatkan sekejap jer,
tapi berlarut-larutan pula, dan seakan-akan macam tak nak berhenti pula.
Terpaksa bangun naik ke bilik tidur di tingkat atas dan tutup pintu bilik tidur
serta lepaskan batuk sepuas-puasnya. Teruk!!! Lama dah tak batuk macam ni,
sangat-sangat lama... Sampai nak terbelahak-terbelahak... Mata berair disebabkan
batuk teruk tu, tekak toksah nak ceritalah...sangat merenyam gatalnya... Ritma
pernafasan pula sudah mula menjadi tidak teratur, tercungap-cungap dan laju. Lain
macam pula penangan batuk kali ni.
Sejarahnya memang Farah pernah ada penyakit asma yang mild sewaktu kecil dulu, tetapi dah lama
dah tak dihinggapi asma. Ini gayanya macam nak kena asma balik jer ni? Hu hu
hu... Batuk sampai meleleh air mata ko... Dengan tidak semena-mena terus
teringat pada MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang
Farah baru jer dapat pada petang Jumaat yang lepas. MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tu sebenarnya dihantar pada Farah oleh
Pn. Ain untuk tujuan review produk di
Bubblynotes.Com. Memang sepatutnyalah Farah kongsikan bersama anda semua
tentang MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tu.
Itulah dianya, seolah-olah, Allah tu susun cantik jer... Diberi satu penyakit
yang berkaitan dengan fungsi MINYAK
HERBA ASMA MUJARAB dan teringat Farah untuk mencuba keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang
dikatakan merupakan sebagai penawar
asma, batuk dan lelah yang sangat berkesan.
Disebabkan keadaan batuk berpanjangan yang teruk itu, Farah
berpeluang untuk mencuba dan menguji keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tersebut dengan sendiri. Apa yang Farah
lakukan adalah, sapukan MINYAK HERBA
ASMA MUJARAB di sekitar kawasan dada (haippp!!! jangan nak fikir yang
bukan-bukan... ini sekadar penerangan cara penggunaan yer? katok kepala kang!),
di bahagian tengkuk dan juga leher. RASA BERANGIN! Tidak panas dan cooling. Secara perlahan-lahan ritma
pernafasan sudah mula kembali normal, tidak lagi tercungap-cungap... rasa gatal
merenyam di dalam tekak sudah seakan hilang dan batuk juga telah berhenti. Alhamdulillah,
sememangnya betul berkesan MINYAK HERBA
ASMA MUJARAB ni sepertimana testimonial yang dikongsikan oleh para pengguna
sebelum ini. Jika dibaca dari testimoni para pengguna sebelum ini, sememangnya
ramai yang mengakui bahawasanya MINYAK
HERBA ASMA MUJARAB ini adalah sangat berkesan. Dan ada juga Farah terbaca
yang ada seorang pengguna tu, disebabkan berpuas hati dengan keberkesanan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB, beliau akan
menyimpan sekurang-kurangnya 10 botol sebulan stok MINYAK HERBA ASMA MUJARAB di rumah.
Selain sebagai penawar
asma, batuk dan lelah, MINYAK HERBA ASMA MUJARAB juga adalah dikatakan mujarab
untuk:
- Menghilangkan kembung perut.
- Sakit perut.
- Luka.
- Terkena api.
- Digigit binatang berbisa.
- Sakit gigi dan lain-lain penyakit.
Pada mulanya, Farah syorkan pada Atuk Ash untuk gunakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ni, sebab
Atuk Ash adalah penghidap asma yang bergantung dengan inhaler bila dia semput. Kesian tengok dia bila setiap kali dia
mengepam inhaler tu. Semuanya kesan
daripada berhenti merokok berpuluh tahun yang lalu. Atuk Ash memang kuat
merokok dulu. Bila dia berhenti, asma tu bukan dapat serta merta, tetapi bila
dia dah berusia begini baru asma tu datang hinggap. Memang dia sangat sensitif
dengan bau asap rokok sekarang. Bau jerrr...Pasti dia akan terbatuk-batuk
sehingga semput. Kalau inhaler tu
toksah cakaplah, sememang akan ada stand
by di dalam kereta atau di rumah pada setiap masa. Dikatakan ramai, yang
dah berjaya sembuh dari asma atau lelah dengan penggunaan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Jadi Farah naklah juga Atuk Ash mencuba
kannn? Manalah tahu kalau-kalau serasi juga dengan dia. Jika serasi dengan
Farah, In Shaa Allah, akan serasi juga dengan Atuk Ash dan seisi rumah.
Bila dah gunakan dari tengah malam hari Sabtu malam Ahad,
sehinggalah ke hari ini, dah ibarat jadi sahabat setia pula dah... Ha ha ha... Macam
diri sendiri sorang-sorang nak conquer MINYAK HERBA ASMA MUJARAB tu. Memang
pada Farah sangat efektif untuk memberikan kelegaan. Kalau tak ada MINYAK HERBA ASMA MUJARAB mungkin tak
berhenti lagi kong kong kong Farah ni. Sekurang-kurangnya hari ini di pejabat,
Farah tak adalah batuk teruk sangat walaupun masih batuk.
Kisahnya, malam semalam, Nek Ma Ash pula sakit dada
mencucuk-cucuk, mungkin disebabkan angin kot? Farah sarankan Nek Ma Ash untuk
sapukan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB di
kawasan dada dia, Alhamdulillah, tidak berapa lama selepas itu nampak Nek Ma
Ash sudah mula lega dan selesa. Iman Firash? Setakat ini masih belum digunakan
lagi ke atas dia, tetapi jika diikutkan pada preskripsi sememangnya ia boleh
digunapakai oleh semua ahli keluarga termasuk bayi dan anak-anak kecil. Ada
ibu yang telahpun mengamalkan MINYAK
HERBA ASMA MUJARAB untuk anak
kecilnya yang menghidap semput, lelah, asma dan batuk sehingga muntah-muntah. Anda
boleh membaca perkongsian dari pengalaman sebenar ibu tersebut melalui jaringan
di SINI.
Dan ini adalah sedikit contoh testimoni oleh para pengguna yang telah menggunakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB:
Dan ini adalah sedikit contoh testimoni oleh para pengguna yang telah menggunakan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB:
SATU PERKARA YANG PERLU
FARAH INGATKAN PADA DIRI FARAH DAN JUGA ANDA SEMUA YANG BERMINAT UNTUK MENCUBA
MINYAK HERBA ASMA MUJARAB!!! Berhati-hati sewaktu membeli produk MINYAK HERBA
ASMA MUJARAB... Sebab
ada pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab yang mengambil kesempatan untuk
mengaut keuntungan yang daripada sambutan hangat MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Jadi sebagai pengguna, kita perlu
berhati-hati dan perlu ada sedikit ilmu pengetahuan supaya tidak tertipu
sewaktu membeli produk MINYAK HERBA ASMA
MUJARAB. Kita sangkakan yang asli, akan tetapi rupa-rupanya ianya adalah
yang tiruan. Hurmmm...
Ramai yang telah membuat aduan bahawasanya produk tiruan yang
mereka beli tersebut TIDAK BERKESAN dan
BERBAU SEPERTI ASAP ROKOK. WARNA JERNIH,
CAIR DAN KURANG BERANGIN. Sila ingat betul-betul ya, jika katalah anda dah
dapatkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB dan
secara tiba-tiba semua ciri-ciri yang dinyatakan ini terdapat pada produk yang
anda beli itu, bermakna itu adalah produk tiruan.
Untuk panduan kita bersama, supaya kita semua tidak tertipu,
berikut adalah serba sedikit panduan yang boleh digunapakai:
TIRUAN PERINGKAT
PERTAMA
TIRUAN PERINGKAT
KEDUA
CARA UNTUK MEMASTIKAN
YANG ASLI?
Anda boleh mengimbas QR
Code ini dengan menggunakan telefon pintar anda dan setiap produk yang
diimbas akan mempunyai nombor siri yang berbeza di dalam sistem laman web MINYAK
HERBA ASMA MUJARAB.
Hologram beserta sistem QR
Code ini sudah dilekatkan dan sudah dipasarkan dari peringkat ke
peringkat. Pastikan yang ASLI,
baru beli.
Untuk mendapatkan kepastian boleh hubungi :
Puan Nurul : 017 623 9935 (Pemilik Produk)
En. Hafiz : 013 480 6787 (Bahagian Pemasaran)
Harga
sebotol MINYAK HERBA ASMA MUJARAB yang berisipadu 30ml adalah RM39.00 .
Untuk
lebih jelas, mengenai CARA MENGENAL PASTI PRODUK ASLI dan juga PRODUK
TIRUAN, adalah disarankan agar anda menonton video di bawah juga:
Untuk RUJUKAN dan
INFORMASI LANJUT:
*Pagi tadi pun, sewaktu dalam perjalanan ke pejabat, BFF Farah berminat nak dapatkan MINYAK HERBA ASMA MUJARAB. Dia pun tahu
yang MINYAK HERBA ASMA MUJARAB ni,
sememangnya berkesan tetapi belum ada kesempatan untuk mencuba lagi. Dia memang
menghidap asma. Farah beriya-iya syorkan supaya dia cuba sebab dah cuba sendiri
dan rasa kesan kan? Akhirnya dia bersetuju nak mencuba juga... Heeee...
Wah. Kena cuba juga ni in case kena batuk kan. Sebelum ni ada juga nampak kat FB rasanya.
ReplyDeleteAkak baru beli petang tadi...kalau tak kerana anak akak batuk2...takkan tahu keberkesanan ubat ini...
ReplyDeleteGood info...anak buah 14month asma dari kecil,asyik warded jek...dah try guna minyak ni juga...now dah ok sikit,mybe kena teruskan guna sampai betul2 ok
ReplyDelete