The Hooked Up & Protective Boy...

Farah Waheda Wahid
1
 

Dia anak tunggal. Dia tiada adik-beradik. Dia hanya seorang sahaja. Maka seluruh kasih sayang, sentuhan, belaian, perhatian dan manja memang tertumpu kepada dia. Marah dan ketegasan juga tertumpu kepada dia juga. Pesanan khidmat masyarakat dari suami, jangan mewahkan sangat anak. Pesanan khidmat masyarakat dari Nek Ma, jangan ikut sangat rentak dia, nanti esok kau yang teruk... Yang mana, sebenarnya adalah lebih kepada untuk diri sendiri juga... Takut-takut nanti pada waktu akan datang bila dia meminta sesuatu bila tidak dapat dia akan memberontak, bila katalah kewangan tidak mengizinkan atau keadaan tidak mengizinkan pada masa akan datang, anak akan jadi memaksa kita untuk mengadakan juga. 

Manja memang manja... Belikan dan berikan memang Farah akan selalu cuba memberikan yang terbaik yang mampu Farah lakukan untuk dia. Sehinggakan, Farah tidak malu untuk mengaku bahawasanya, pakaian Farah sendiri adalah lebih murah harganya berbanding pakaian dia. Pakaian serta keperluan Farah sendiri tidak berganti sejak sekian lamanya kerana setiap kali teringin atau ada hati untuk membeli pakaian yang baru bagi menggantikan pakaian yang telah koyak ataupun lusuh. Farah ketepikan hasrat hati tu nak merasa berpakaian baru atau mengganti ataupun teringin nak membeli sesuatu yang baru semata-mata meletakkan keperluan anak di hadapan. 

Bila sememangnya tak ada duit di dalam poket. Hanya ada RM50.00 untuk perbelanjaan harian yang mana kita tahu nilai RM50.00 adalah sangat kecil pada waktu dan ketika ini, RM50.00 itupun kalau ada Farah rasa sangat bernilai harganya bagi Farah tetapi mungkin tidak kepada sesetengah orang. Jika ke mana-mana, dia mahukan sesuatu, Farah akan mengalah dan berkorban untuk memenuhi. Parenthood... Sesuatu perkara yang sebenarnya bukan Farah sahaja yang melalui, tetapi juga orang lain di luar sana. Sikapnya Farah, Farah tidak ingin anak Farah tidak merasa dan menjadikan dia seolah-olah tidak pernah dapat sesuatu itu bila dia ada peluang untuk mendapatkannya. Ya, itulah Farah. Bukan disebabkan ikut-ikutan mahu menunjuk itu dan ini, yang Farah mampu untuk anak. 

Cumanya, yang mungkin sesetengah pihak tidak memahami... Bukan sewenang-wenangnya Farah memanjakan. Farah juga tegas... Ada masa dan ketika, ada satu-satu perkara Farah tidak akan memenuhi kehendak dan permintaan dia. Tegas Farah bermula dengan cuba mengalihkan perhatian dia, mengatakan tidak dan alasan kepada perkataan tidak itu untuk cuba memahami dia, dan ada kalanya boleh sehingga ke tahap pura-pura tidak mendengar apa yang diminta dan dikatakan, sehingga ke akhirnya, dia akan menangis, dan Mommy-nya ada capability untuk tidak menghiraukan atau mengendahkan tangisan itu biar sekuat mana pun untuk beberapa ketika. Dia faham... Bila Mommy dah buat tak pandang, Mommy diam bermaksud Mommy marah dan memang tidak akan memenuhi kehendak dia. 

Contoh lain... Sama juga halnya tentang isu masuk tidur... Dia sememangnya telah dilatih waktu tidurnya... Paling tinggi permission Mommy kepada dia adalah sehingga 11.00 malam. Itupun dah terlalu lewat untuk dia sebenarnya. Sayang anak, harus sayang diri sendiri juga sebab Farah harus kekal sihat untuk menghidupkan dan membesarkan dia. Harus menjaga prestasi kerjaya untuk menghidup, membesarkan dia dan untuk kelangsungan hidup. Tidak mahu perkara yang lepas berulang kembali. 

Cumanya pattern dia sejak beberapa minggu kebelakangan ini, dia ada isu sedikit. Mata dia tahan sehingga 2.00-3.00 pagi tidak tidur walaupun hakikatnya diri dia dah letih dan mengantuk. Bila dah letih dan mengantuk, tapi lawan mata untuk tidur, sememangnya "tantrum" lah. Tak boleh silap sikit... Sikit jer isunya, kecil jer isunya boleh jadi melarat-larat dan berpanjang-panjangan. Bila dragging itu yang tak larat nak layan tu. Kena jadi betul-betul ada peringkat kesabaran yang tertinggi dan akal fikiran yang waras. Kena latih diri begitu sebagai ibu. Walaupun hakikatnya emosi anda terganggu, ada banyak perkara dalam kotak pemikiran ataupun ada masalah lain. 

Bermula dengan minta dukung, minta berendoi sambil dukung seperti waktu bayi. Hek hek hek suaranya menyatakan kesedihan. Farah tak tau apa sebenarnya yang disedihkan oleh dia. Dah puas berjam-jam pujuk. Tak jalan juga. Pukul 2.00 pagi kebiasaannya suara Farah akan meninggi sedikit kepada dia. Apa yang Farah lakukan adalah baringkan dia di atas tilam... Dan sebenarnya tak mahu pun nak meninggi suara kepada dia... Dengan nada sedikit tinggi dan tegas, "Ambil susu ni... Hisap susu... Tidur"... Dia faham tahap kesabaran Farah telah mula teruji. Dia terus minum susu dan akhirnya lelap setelah ditepuk-tepuk. Tak ingin lakukan begitu pada dia, tetapi terpaksa tegas! Demi nak ajar anak. Demi tak nak dia melayan kesedihan yang tak tau punca dari mana. Hati kering! 

Namun begitu, setegas mana pun Mommy dia ni, dia tetap seorang yang sangat hooked up dengan Mommy dia. 

Hooked Up
Dia seseorang yang bila nampak Mommy, dia akan jadi hooked up ataupun dalam olahan bahasa yang lainnya adalah clingging. Tidak boleh Mommy hilang dari pandangan mata dia jika ke mana-mana. Contohnya, Mommy pergi ke rumah kawan... Dan Mommy perlu ke tandas. Tinggalkan dia seketika bermain di ruang tamu dengan anak kawan. Hilang jer Mommy, dia akan menangis teresak-esak sambil memanggil... Mommy... Mommy... Separation anxiety gamaknya... Hik hik hik... Takut sangat kena tinggal dengan Mommy ni kannn? Jangan risau... Mommy ada ajer dengan Ash... 

Bila nampak muka Farah, memang Firash tak nak lepaskan. Istilah "ME Time" itu tidak ada bila adanya Firash di sini. Tak ada istilah "ME Time", boleh bersendirian dan fokus kemaskini blog, melayari medis sosial, like sana like sini, komen sana komen sini... Yang ada juggling dan struggling dengan dia... Dia hooked up and dia nak Mommy dia pay attention pada dia... Memang sepatutnyalah kan? Ahaksss sebab tu kalau ke tandas pun, telefon ada dalam tangan. Bukan sebab ada apa-apa rahsia di dalam telefon. Hati nak jenguk blog dan media sosial, tapi keadaan dan waktu sangat membataskan. Bukan merungut, tetapi inilah sebabnya kena pandai-pandai curi masa. Dalam tandas pun jadi ko nakkk draf entri melalut dalam Bubblynotes.Com ni. 

Orang yang tidak memahami keadaan dan situasi semasa tidak akan tahu kenapa sampai begitu sekali hooked up? Orang yang faham tahu kenapa.... Senang cerita, disebabkan Abah jauh dan jarang dapat opportunity untuk jumpa dia dan menghabiskan masa bersama dia... Hari-hari dia adalah penuh dengan Mommy depan muka dia. Jadi dia tahu dia tak ada tempat lain selain bermanja untuk kasih sayang Abah dan Mommy. Mommy jer yang selalu ada dekat dengan dia. Bukan Abah tak sayang... Abah terbatas ruang masa dan waktu. Cuma dia akan bermanja dengan orang yang selalu mendampingi dia. Tu yang jadi hooked up tu. 

Protective
Alhamdulillah, protective sangat dia pada Mommy dia. Jika Mommy sedih, Mommy menangis... Dia akan usap air mata Mommy dan dia akan peluk Mommy sambil dia menangis sama. Dia tak boleh tengok mak dia sedih dan hati dia rasa sedih. 

Itu satu, satu lagi, jika ada sesiapa mengasari atau trying to be funny dengan Mommy dia, walaupun badan tu kecik molek dia ada keberanian untuk menolak orang tu dan marah orang itu walau siapa pun sahaja orang itu. Garang nih! 

Alhamdulillah, nampak dah sifat melindungi insan yang lemah dan melindungi ibunya sedari kecil. Moga-moga berkekalan begitu sehingga dewasa dan sampai bila-bila hendaknya. Fikirannya seolah matang. Dia tahu. Dia merasa. Terharu Mommy dengan Ash! Ha ha ha... 

Walaupun dia hooked up dia tidaklah dimanjakan sehingga tidak dilatih untuk berdisiplin dan juga membenarkan dia melakukan sesuatu mengikut kehendak hati dia. Yang merisaukan dan yang Farah anticipate... Bila dia bersekolah nanti-nanti.. Bagaimana gaya nak meninggalkan dia sendirian di sekolah... Itu kena Mommy fikirkan cara mengatasi. Protective? Baguslah... Alhamdulillah... Semoga berkekalan hendaknya sebegitu. 

Post a Comment

1Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Alhamdulillah...dah besar anak bujang ni...Insya Allah, dah besar nanti dia ingat sangat ke mommy dia ni nanti...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !