Home »
ash
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting chat
,
parenting info
,
parenting sharing
,
parenting stories
,
sembang parenting
» The Best Time For Ice-Cream??? Always...
The Best Time For Ice-Cream??? Always...
Bukan kira pagi Subuh ataupun
tengah hari ataupun petang ataupun senja mahupun tengah-tengah malam. Bila dia
rasa nak "aishhh kringgg" - which refers to ice-cream, dia akan
request ikut sesuka hati dia... Kalau semua orang tengah sibuk dan ada hal
masing-masing, dia sendiri akan menuju ke peti ais dan buka bahagian sejuk beku
itu sendiri untuk mencari aiskrim. Kebetulan bahagian peti sejuk beku peti ais
kami di bahagian bawah, memang mudahlah dia nak buka kan? Nak tak nak sesiapa
yang terdekat akan berhenti seketika dengan apa yang dikerjakan atau disibukkan
demi membantu dan memenuhi selera tekak dia... Tak sampai hati nak tengok dia
terkail-kail nak mengambil bekas aiskrim tu... Sedih pula rasa hati bila
menengoknya... Ha ha ha... Mommy dia memang mudah sedih, mudah touching, mudah
sendu... Air mata pun memang amat-amat mudahlah mengalir... Jiwa tu jiwa...Jiwa
tu memang dah fragile sangat dahhhh....
Itu bila dia betul-betul
nak...Bila dia tak nak? Sualah macam mana sekalipun... Pujuklah macam mana
sekalipun... Buatlah macam-macam cara... Memang dia takkan nak layan punya...
Ha ha ha...He has the capability of ignoring what he is not interested to
entertain... Stailnya... I tak nak you jangan nak paksa-paksa I ok? Ha lebih
kurang macam tulah... No means no... Fullstop! No negotiation allowed...
Malam semalam macam tu juga, nak
makan aiskrim waktu malam...Akok - which refers to Atuk suap. Malam semalam
adalah malam bermanja dia dengan Atuk agaknya. Ahaksss... Terpaksalah Atuk
bertabah melayan kerena dan ragam si cucu sulung dan cucu tunggal.
Walaupunnn... walaupun pada hakikatnya Atuk nak sangat duduk depan kaca
televisyen dan menonton rancangan apa entah di televisyen malam semalam. Mak
dia? Ada jer sebelah dia tu... Dok perhati jerrr gelagat dia... Nak diletakkan
di dalam mangkuk tak nak katanya... "Mommy, no bol - which refers to bowl
obviously!"... Tak nak! Nak makan dalam bekas besar gedabak tu juga!
Ada sebahagian ibu bapa yang
kurang selesa atau kurang gemar kalau anak-anak makan aiskrim terutama di waktu
malam. Ada Farah pernah terjumpa dengan sepasang suami isteri yang cukup marah
dan tak berkenan kalau anak=anak request nak makan aiskrim tak kira siang tak
kira malam. Relevan di sebalik itu? Farah kurang pasti! Firash? Farah tak ada
pula nak larang setakat ini... Bila-bila masa nak makan, makanlah. Kecuali
kalau dihinggapi selsema atau badan tidak sihat tu, Farah akan kawal sedikit.
Kanak-kanak dan aiskrim amat
sinonim. Pertama kali merasai kesedapan aiskrim, kanak-kanak terus jatuh cinta.
#ehhh ko dah kenapa Mommy-nya tetiba terbayang aiskrim Magnum Pink tu. Ha ha
ha.... Siapalah nak belanja ni...Teringin oiii... Lama dah tak rasa... Mommy
dia pun penggemar aiskrim juga ok? Kalau boleh setiap hari pagi dan petang nak
makan aiskrim. Namun seperti biasa, sebagai ibu bapa pasti kita melarang anak
kecil makan terlalu banyak aiskrim.
Alasannya, tak elok makan aiskrim
banyak-banyak sebab nanti boleh mengakibatkan batul? Haaa ini ada sesuatu yang
menarik yang Farah terbaca dan Farah nak kongsi petikan artikel dari SINI
dengan anda semua...
Proses pencairan aiskrim lebih
pantas berlaku dengan pengaruh susu badan. Sebaik aiskrim masuk ke dalam
kerongkong, suhunya sudah tidak sesejuk suhu ais. Larangan untuk anak-anak
kecil yang demam, batuk dan selesema daripada makan aiskrim juga satu mitos.
Bahkan ketika anak sakit,
tubuhnya kehilangan banyak cecair dan mudah mengalami dehidrasi. Keengganan mereka
menjamah sebarang makanan atau minuman boleh menyebabkan sakit menajdi semakin
teruk.
Aiskrim yang mengandungi air boleh digunakan sebagai pembekal untuk
mengembalikan cairan yang hilang. Rasa dan teksturnya yang lazat sudah pasti
digemari oleh kanak-kanak, sekali gus pengambilannya mampu membantu proses
penyembuhan sakit anak-anak kecil.
Sebagai makanan kudapan, aiskrim
tidak seharusnya menjadi makanan larangan. Pendapat
yang mengatakan jika ibu hamil tidak boleh makan aiskrim kerana alasan akan
menyebabkan bayi obes adalah salah.
Aiskrim tidak akan menambah terlalu banyak tenaga jika diambil
secara wajar. Jumlah pengambilan aiskrim yang sesuai untuk ibu hamil adalah dua
hingga tiga cawan setiap minggu.
Fakta Aiskrim
*Dalam bahan utama aiskrim iaitu
susu ada lebih daripada 100,000 jenis molekul. Selain air dan lemak,
molekul-molekul itu merangkumi protein, karbohidrat, mineral, enzim-enzim, gas
serta vitamn A, C dan D.
*Susu mengandungi beberapa
komponen bioaktif berupa protein susu, laktosa, asid lemak dan mineral terutama
kalsium. Itu sebabnya produk-produk hasil tenusu termasuk aiskrim memberi
sumbangan yang tinggi kepada kesihatan tubuh.
*Kandungan kalsium dalam aiskrim
berfungsi menjaga kepadatan tulang, mencegah osteoporosis, kanser dan
hipertensi.
Even kalau tonsil pun doktor akan
suruh makan aiskrim berperisa vanila kan? So, the best time for ice-cream???
Always... Di rumah memang Atuk Ash sentiasa bekalkan sebekas aiskrim vanila
yang merupakan kegemaran Ash... Memang Atuk rajin beli makanan untuk
cucunya...Ada-ada sahaja yang Atuknya belikan kalau dah habis... Kadang tu Kit
Kat, kadang tu Puding, kadang tu aiskrim... Setakat makan kan? Berapa sangatlah untuk si kecil tu... Sebekas
aiskrim vanila tu pun paling-paling tinggi bawah RM10.00 dan sebekas yang besar
tu tahannya boleh jadi berbulan-bulan sebab memang tak ada orang lain yang
sentuh selain dia... Tak nak ganggu bekalan makanan dia...Tak apa, biarlah dia
makan kan? Dia baru nak rasa nikmat makan itu ini, awak ni dah bertahun-tahun
dah...sampaikan tembun payah nak turun dah...Ahaksss...
Terimakasih telah membaca artikel The Best Time For Ice-Cream??? Always.... Jangan lupa share ya
Share
2 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
SELAMAT BERPUASA FARAH :)
ReplyDeleteThanks for sharing...Bkn bdk2 je suka..Kite yg dewasa ni pun x terkecuali..huhu
ReplyDelete