Home »
lifestyle
,
motherhoood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting events
,
parenting info
,
parenting news
,
parenting sharing
» Teruja Sangat Dengan Set LEGO® CITY ADVENTURES!
Teruja Sangat Dengan Set LEGO® CITY ADVENTURES!
Buka-buka jer pintu rumah malam
dulu semalam pada lebih kurang jam 10.00 malam, #ehhh masih berjaga lagi
rupanya budak kecik ni? Macam tulah dia, memang tak akan tidur selagi tak
nampak muka maknya... Macam mana pun, mesti wajib nak ada maknya di sebelah dia
sebelum tidur. Dah namanya pun satu-satunya permata hati kan? Memang kasih
sayang dan manja anak tu sepenuhnya tertumpah kepada dialah pun... Pada siapa
lagi kalau bukan pada dia kannn? Sebab tu agak keberatan hati kalau-kalaulah
terpaksa tinggalkan dia untuk kerja di luar kawasan... Macam manalah agaknya
malam-malam dia kalau Mommy terpaksa berhari-hari bertugas di luar kawasan
agaknya yer? Ha ha ha...
Nampak jer Mommy dia bawa
kotak-kotak set LEGO® CITY ADVENTURES yang terbaru dikeluarkan oleh pihak LEGO®
di pasaran Malaysia tu... Terus melompat-lompat kegembiraan dan teruja dia,
sambil berkata dengan nada yang cukup untuk membuatkan seisi rumah pecah dengan
gelak ketawa... "Oh mannn..."... Kemain dia punya "Oh
mannn..." tu kannn? Alahaiii anak... Macam tulah kanak-kanak bila dah
faham ada sesuatu yang baru untuk dia, dan macam tulah kanak-kanak suka pada
permainan kan? Besar hati tu kalau ada permainan baru...
Memang sedari usia Iman Firash
beberapa bulan lagi Farah dedahkan Firash dengan permainan LEGO®. Bermula
dengan LEGO® DUPLO lah semestinya... Pernah Farah kongsikan di dalam entri
Farah sebelum ini yang bertajuk:
Ada ibu bapa yang agak bimbang
untuk mendedahkan anak-anak kecil dengan permainan LEGO® kerana memikirkan
risiko-risiko negatif yang bakal berlaku seperti tertelan kepingan-kepingan
kecil LEGO®, berlaku kecederaan yang tidak dijangka dan sebagainya. Akan
tetapi, bagi Farah, apa yang ditawarkan oleh pihak LEGO®sudah cukup baik kerana
LEGO® menyediakan peralatan permainannya bersesuaian
dengan peringkat umur anak-anak itu sendiri. Disebabkan memikirkan
semua risiko yang bakal berlaku itulah pihak LEGO® ciptakan LEGO® DUPLO yang
didatangkan khas di dalam bentuk blok-blok yang besar berbanding dengan LEGO®
untuk peringkat umur lain. Tugas ibu bapalah untuk membelikan serta memberikan anak-anak permainan LEGO® yang
bersesuaian mengikut peringkat umur. Apa yang paling penting, tidak
kira permainan jenis apa sekalipun, sebenarnya bila melibatkan anak-anak kecil,
ibu bapa tidak boleh terlepas dari pantauan. Jangan sesekali alpa ataupun leka.
Bukan disebabkan LEGO® sahaja yang berisiko, tetapi sebenarnya
permainan-permainan lain pun sama jika kita leka membiarkan anak-anak kecil
kita bermain tanpa pemantauan.
Kenapa Farah memilih LEGO®
sebagai alat permainan untuk Ash? Farah melihat dari sudut positif di mana LEGO®
adalah sejenis permainan yang boleh
memberikan banyak impak positif terhadap perkembangan Ash. Bukannya
sekadar cakap-cakap kosong, ini adalah melalui apa yang Farah lihat melalui
pengalaman ibu bapa sebelum-sebelum ini dan juga melalui pengalaman Farah
sendiri sewaktu membesar. Permainan LEGO® sebenarnya membantu menjana IQ serta kreativiti anak-anak kecil di samping
membantu di dalam perkembangan skil motor, sensori dan juga mendedahkan anak
dengan perbezaan bentuk serta warna. Daya kreatif, imaginasi dan juga inovatif
anak-anak juga dapat diasah ketika mereka membina blok-blok LEGO® menjadi
sesuatu hasil yang hidup!
Sasaran Farah adalah untuk
menyediakan platform yang ideal bagi Ash mengasah kreativiti, imaginasi dan
mempunyai minat atau tarikan untuk beriadah dengan cara bermain selain daripada
aplikasi interaktif di gajet dan juga kaca televisyen. Dengan LEGO® CITY
ADVENTURES, apa yang Farah dapat lihat pada pandangan Farah adalah Ash bebas
untuk melatih imaginasi dia dan menggambarkan bagaimanakah kehidupan imaginasi
di dalam LEGO® CITY ADVENTURES dengan "role-play" watak hero di
dalamnya.
Kanak-kanak lelaki kan? Tentunya
minat sesuatu yang mencabar, ekstrem dan lasak... LEGO® CITY ADVENTURES boleh
membina dan bermain dengan watak hero di alam realiti dengan dua sub-tema iaitu
lapangan terbang dan juga gunung berapi. Tugas Ash? Dia harus bercerita kepada
Mommy dia apa yang dia bina dan apakah cerita versi imaginasi LEGO® CITY
ADVENTURES dia melalui apa yang telah dibina. Memang menarik. Lihat sajalah
hasil usahasama ibu dan anak yang dikongsikan di dalam entri ini.
Bercerita tentang LEGO® CITY ADVENTURES ni, ini ada sesuatu yang menarik untuk semua ibu bapa dan anak-anak di luar sana. Meh-meh sini Farah nak kongsi sesuatu yang akan menarik minat anak-anak anda... Lagipun cuti sekolah ni kannn? Sedang elok sangatlah kalau ini menjadi salah satu aktiviti musim cuti sekolah ni...
Jika anda peminat LEGO®, anak
anda peminat LEGO®, anda ingin mendedahkan anak-anak anda dengan permainan LEGO®
dan ingin melihat koleksi-koleksi permainan LEGO® terutamanya LEGO® CITY
ADVENTURES di pasaran yang terkini, LEGO® Malaysia akan memperkenalkan koleksi
terbaru LEGO® CITY yang diminati ramai beserta majlis pelancaran LEGO® CITY
ADVENTURES - A World Inspired by Imagination di GF CENTRE ATRIUM, QUEENSBAY MALL, PULAU PINANG, yang mana ianya telah
dijadualkan berlangsung dari 10.30 PAGI
SEHINGGA 10.30 MALAM SETIAP HARI bermula dari 31 MEI 2016 SEHINGGA 12 JUN 2016.
Yang pasti, acara yang
dilangsungkan oleh pihak LEGO® ini akan memberikan peluang kepada semua
kanak-kanak untuk mengekplorasi satu kawasan yang dikhaskan bagi mereka yang
menampilkan "real-life heroes" dengan dua sub-tema baru LEGO® CITY
iaitu Volcano dan Airport yang mana ianya akan dilancarkan pada bulan Jun 2016.
AGENDA CABARAN YANG MENARIK DI ACARA LEGO® CITY ADVENTURES, QUEENSBAY
MALL, PULAU PINANG
Para pengunjung iaitu kanak-kanak
berpeluang untuk mencipta perjalanan LEGO® CITY ADVENTURES mereka dengan
membina kenderaan yang bersesuaian berdasarkan misi imaginasi mereka, di mana
mereka akan mempunyai peluang untuk memilih dari 4 misi yang telah ditetapkan:
Balai Polis, Balai Bomba, Volcano Explorer dan juga Lapangan Terbang. Mereka
boleh memilih sama ada untuk memainkan peranan sebagai polis yang mengejar
penjahat? menjadi seorang ahli bomba? menggali lava keluar dari gunung berapi? ataupun
mengisi minyak kapal terbang sebelum berlepas? Dengan melengkapkan
sekurang-kurangnya minimum 2 aktiviti, kanak-kanak yang terbabit layak untuk
diberikan sijil - personalized certificate kerana telah menjadi hero di CITY
ADVENTURES dan juga satu set stiker lencana untuk passport mini mereka.
Selain daripada misi yang telah
disediakan untuk para pengunjung, para pengunjung juga akan berpeluang untuk
menemui maskot dari LEGO® CITY UNiVERSE dan juga bermain di dalam aktiviti yang
sangat menarik seperti acara membina sesuatu dengan LEGO® dan juga
mengeksplorasi misi LEGO® CITY secara digital melalui iPad.
Yang menambahkan tarikan acara LEGO®
CITY ADVENTURES di QUEENSBAY MALL, PENANG ini lagi adalah... pihak LEGO® juga
menganjurkan "Unleash Your Kid's
Imagination" yang mana aktiviti ini adalah untuk satu TEMPOH WAKTU YANG TERHAD. Para pengunjung
yang ingin menyertai aktiviti ini PERLU MENINGGALKAN KOMEN DI LEGO® CITY
ADVENTURES EVENT POST DI LAMAN FACEBOOK RASMI LEGO® BERMULA DARI 25 MEI 2016.
Peserta juga boleh MEMUATNAIK GAMBAR MANA-MANA ELEMEN LEGO® CITY YANG
TELAH DIBINA OLEH ANAK-ANAK MASING-MASING DENGAN CAPTION TIDAK MELEBIHI 30
PATAH PERKATAAN. 100 PESERTA PERTAMA YANG MEMBAWA ANAK-ANAK MEREKA KE ACARA LEGO®
CITY ADVENTURES DI QUEENSBAY MALL DAN MENUNJUKKAN POSTING MEREKA DI FACEBOOK
KEPADA KREW ACARA AKAN BERPELUAN UNTUK MENEBUS HADIAH MISTERI DARI LEGO®.
Untuk anak-anak, bagi pandangan Farah, ini adalah salah
satu acara yang menarik dan bermanfaat. Sekurang-kurangnya terisi dengan
aktiviti yang bakal membuatkan mereka merasai keseronokan, teruja dan sesuatu
kelainan di dalam aktiviti riadah mereka. Kalau dekatlah dengan lokasi Farah,
memang nak juga turut serta ke acara LEGO® CITY ADVENTURE ni... Yang
berada di sekitar QUEENSBAY MALL, PENANG tu ataupun akses nak ke sana mudah, bolehlah
untuk tidak melepaskan peluang ni kan? Nanti dah pergi kongsi dengan Farah tau,
Farah pun nak tau juga, apa yang menyeronokkan di sana. :-).
Maklumat Lanjut Mengenai LEGO® CITY
Maklumat Lanjut Mengenai Acara LEGO® CITY ADVENTURES
Terimakasih telah membaca artikel Teruja Sangat Dengan Set LEGO® CITY ADVENTURES! . Jangan lupa share ya
Share
5 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
wah..kemain seronok ash dapat permainan lego tu kan...
ReplyDeleteamboi..siap "oh..mannn ' lagi..heheheh
ReplyDeletebudak-budak yg didedahkan dgn mainan lego biasanya mempunyai daya imaginasi yg tinggi..
ReplyDeleteKhusyuk dia ya..
ReplyDeleteKhusyuk sangat dah ash dengan lego tu .... hehe
ReplyDelete