Pilihan Koleksi Pakaian Kanak-Kanak Menarik Di PONEY!

Farah Waheda Wahid
7

Alhamdulillah, dah pun jejak hari keempat Ramadhan - 4 Ramadhan 1437H. Sekejap jer kan? Ibu-ibu, bapa-bapa sekalian... Ada yang telah selesai menyediakan persiapan raya yang sepenuhnya untuk anak-anak anda? Ataupun nak menambah lagi? Manalah tau ... kalau-kalau ada rezeki terpijak yang datang bertamu untuk anda kan? Alhamdulillah, Farah tumpang happy untuk rezeki anda. Semoga anda terus dimurahkan rezeki oleh Allah SWT hendaknya. Ataupun, ada yang baru separuh sahaja persiapan Syawal untuk anak-anak, ataupun masih belum berkesempatan lagi untuk melakukan persiapan? Ataupun pilihan anda sebenarnya adalah lebih gemar untuk melakukan persiapan di saat-saat akhir yang genting? Sebab nakkan mood suasana raya tu? Aura suasana raya tu? Berapa banyak atau daaaa... :-).... 

Sepertimana yang anda tahu (bagi yang telah lama mengikuti entri-entri di Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger)... Untuk sebarang jenis persiapan, tak kira apa pun jenis persiapan, Farah adalah salah seorang individu yang jatuh pada kategori, tidak suka untuk terlalu bersesak-sesak dengan duyunan manusia dan lebih gemar menyediakan persiapan raya untuk anak secara berperingkat-peringkat. Bulan ni beli sepasang, bulan depan beli sepasang, bukan lagi satu beli lagi sepasang... Lama-lama, jadilah berpasang-pasang... Ahaksss... Tak ada sesiapa pun meletakkan syarat wajib pakaian raya mesti kena ada 2,3,4 pasang yer tak? Ikut kemampuan seseorang individu itu jugalah. 

Kalau berkemampuan dan tiada masalah lain... Tak ada masalah pun kalau nak beli sekaligus mana pun... Akan tetapi, jenisnya macam Farah yang komitmen tak cukup tangan ni... Memang tak berkemampuan untuk beli sekaligus semua. Memang terpaksa beli secara berdikit-dikit. Bila hati berkeinginan untuk membeli sesuatu jenama pakaian yang mahal atau sesuatu jenis pakaian yang kualitinya memang diakui ramai, terpaksalah buat cara begini. Orang kata, jangan seksa diri sendiri semata kerana keinginan dan juga semata kerana nak terlalu yang terbaik untuk anak. Bagi pandangan Farah pula, tak apa, memang Farah mahu berikan yang terbaik untuk Iman Firash... Jika tidak berkemampuan begini, mungkin ada alternatif lain untuk mampu membelinya walaupun hanya sepasang sekali melangkah masuk ke kedai tersebut. Biar Farah tak makan, tak berganti keperluan serta kepakaian sendiri, asalkan Iman Firash dapat yang berkualiti serta bagus itu sudah cukup menggembirakan hati Farah. 

Pada awalnya, agak sedih dan hiba sedikit untuk Syawal 2016 ini. Kini? Farah tau bagaimana perasaannya ibu bapa yang tidak berkemampuan di merata tempat luar sana pabila Ramadhan dan Syawal menjelma, memikirkan ketidakmampuan poket mereka untuk menyediakan sesuatu untuk anak-anak untuk sambutan Syawal dan sekadar dengan apa yang ada sahaja. Farah juga faham serta mengerti bagaimana rasa syukur dan gembiranya mereka mendapat sumbangan untuk meraikan Syawal walaupun jumlah sumbangan tersebut tidak seberapa. Allah ketuk pintu hati Farah di dalam situasi yang Farah alami... Untuk Farah sentiasa bersyukur dengan apa yang ada dan lebih rajin bersedekah sekiranya Farah mempunyai kemampuan walau tidak banyak sedikit dengan seikhlasnya. Bila Allah SWT meletakkan kita di dalam satu-satu keadaan tidak kira senang atau susah ada yang Allah SWT ingin sampaikan kepada kita. 

Jujurnya, dari pertengahan Julai 2015 sehinggalah ke akhir Mei 2016, kehidupan Farah sangat penuh dengan ujian, dugaan serta cabaran yang sangat-sangat tidak tercapai dek akal pemikiran yang mana ada juga suara yang berbunyi takkanlah... Terkadang hati rasa ingin menjerit sekuat-kuatnya dan terfikir kalaulah kamu berada di dalam keadaan dan situasi yang aku alami, barulah kamu tahu betapa sukarnya yang aku alami. Tersenyum gembira... Bergelak ketawa... Kemaskini blog seperti tiada apa yang mengganggu fikiran... Pergi ke sana ke mari, makan itu dan ini, ada barang baru itu dan ini... Tiada siapa tahu bagaimana keadaannya dan bagaimana boleh jadi dapatnya itu semua. Tetapi tidak mengapalah... Biarlah sesiapa sahaja ingin mengatakan apa sahaja, biarlah apa pun pandangan yang dilontarkan Allah SWT lebih mengetahui. Sampaikan ada kalanya, diri sendiri jadi serba salah ingin berkongsi sesuatu yang sepatutnya menjadi tugasan di Bubblynotes.Com. 

Bagi Syawal 2016 ini, jujur Farah katakan... Farah hanya mampu membeli sepasang sahaja pakaian Ash secara berperingkat iaitu pada bulan November 2015 yang lepas. Itupun dah tak jadi baju raya dah pun... Dah dipakai dan diminta dipakaikan sendiri oleh dia sewaktu Farah menghadiri satu sesi food review bulan Mei 2016 baru-baru ni. Kemudiannya rezeki untuk anak itu datang tanpa diduga, tanpa diminta dilengkapi dengan rasa seolah tidak percaya. Alhamdulillah, syukran Ya Allah... Memang sujud syukur dibuatnya... Terima kasih Allah kerana allocate rezeki ini untuk anak kecil yang bernama Iman Firash. Sesungguhnya Allah itu Maha Mengetahui, Maha Pemberi Rezeki dan Maha Mengasihani. Rezeki Iman Firash untuk merasai koleksi pakaian raya dari jenama PONEY. 

Itu yang ingin Farah kongsikan dengan anda semua... Koleksi pakaian kanak-kanak dari PONEY yang sesungguhnya sangat menarik kerana terdapat pelbagai pilihan serta kelainan dengan kualiti serta material pakaian yang sangat baik dan juga bersesuaian dengan kanak-kanak. Kainnya berkualiti dan tidak panas. Tidak hairanlah jika ramai ibu bapa yang suka dengan jenama PONEY. Nak nak lagi jika anak anda adalah lelaki... Memang terdapat banyak pilihan dan rambang mata anda dibuatnya tidak tahu hendak memilih yang mana satu! Secara peribadi, Farah rasakan ianya tidak stereotype dengan seleksi warna yang hampir sama sahaja kesemuanya. Iyalah... Baju kanak-kanak lelaki ni ada masa-masanya tidak terdapat banyak pilihan sangat. 

Berbekalkan nilai baucar hadiah atau token sebanyak RM600.00, Farah bebas memilih mana-mana sahaja koleksi pakaian jenama PONEY yang berkenan di hati ini untuk sambutan SYAWAL Iman Firash. Untuk berkongsi dengan anda, tentang pilihan yang ada di PONEY untuk kanak-kanak lelaki, Farah tampilkan apa yang telah didapatkan untuk Iman Firash untuk Syawal 2016 ini.


Untuk set pakaian yang pertama, Farah telah memilih sehelai T-Shirt Polo dan juga bermuda (itu bermuda tu tetapi bahagian bawahnya telah dilipat, anda boleh buka lipatan itu), yang bertemakan oren. Warna kegemaran Iman Firash. Saat dia terlihat set pakaian itu, bukan kepalang rasa gembiranya, sebab warna kegemaran dia kan? Dipeluk-peluknya set pakaian yang berwarna oren itu. Iya, sememangnya dia sangat berminat dengan warna oren seadanya buat masa ini. Farah akui Farah suka kerana ia adalah kombinasi warna terang yang ceria yang menggambarkan keceriaan seorang anak kecil. Farah kan sukakan warna-warna ceria dan Farah sememangnya suka dengan sesuatu jenis kombinasi pakaian yang nampak naik. Jika ada warna gelap, Farah akan cuba padankan dengan sebaiknya agar bila dipakai warna itu tidak ternampak seolah kusam. Nak kata pandai menyuaipadan sangat tu tidaklah... Tetapi bolehlah...


Koleksi kedua dari PONEY adalah set kemeja dan juga bermuda denim yang Farah pilih atas apa yang Farah kombinasikan dan suka. Ianya adalah kombinasi yang bagi Farah adalah segak dan mata ni sibuk membayangkan Firash memakai set kemeja dan juga bermuda denim ini. Ianya membuatkan Farah tersenyum-senyum sendiri. Diakui, sepertimana Abah dia suka bergaya seperti lelaki metroseksual, begitu jugalah Farah ingin melihat Firash berpakaian. Sentiasa kemas, sentiasa segak dan sentiasa bergaya. Farah nak Iman Firash belajar untuk nampak presentable sedari usia awal. Tu sebab, dia tu memang suka melaram dan bergaya... Ya, ya... Salah satunya mengikut perangai maknya yang sangat memilih tentang pakaian dan sangat mementingkan penampilan. Tu sebabnya dia kalau baju dia tak bergosok hatta baju pakai hari-hari pun dia boleh suruh buka.

Cukuplah tu 2 pasang untuk koleksi Syawal dan hati teringin untuk membeli sepasang sut baju harian untuk dia. Kesian dia, dah lama Mommy dia tak dapat bak belikan set pakaian hari-hari semenjak macam-macam perkara yang menimpa dan datang melanda untuk satu tempoh yang agak panjang. Jadi Farah ambil kesempatan yang ada ini untuk dapatkan dia sepasang. Buat baju basahan harian di rumah.



Yang terakhir adalah sepasang sandal untuk dipakai oleh Iman Firash yang bagi Farah tak perlu tunggu sehingga Syawal kerana kaki dia cepat memanjang. Pakai jer dari sekarang... Dan sememangnya dah rasmi dah pakai hari Ahad yang lalu sewaktu berjalan-jalan menghabiskan masa bersama Abah dia.


Secara peribadi, Farah sememangnya sangat berpuas hati dengan koleksi pakaian kanak-kanak dari PONEY. Memang sangat banyak pilihan dari usia bayi sehingga kanak-kanak. Kanak-kanak perempuan pun koleksinya memanglah terkelip-kelip mata Mommy Ash ni pandang sambil telan air liur. Iyalah... Comel-comel dan sweet sangattt... Yang lagi menarik... Untuk kanak-kanak lelaki anda sebagai ibu ataupun bapa tidak akan terasa hooked up dengan design ataupun warna yang ditawarkan. Tak adalah, balik-balik warna itu, balik-balik warna itu. Sesekali kita inginkan kelainan juga kan? Kelainan yang boleh diterima pandangan mata dan bukannya sesuatu yang nampak terlalu pelik atau sebaliknya. 

Selain melawat ke outlet-outlet PONEY yang terdapat di merata tempat di pusat membeli-belah... Untuk semak di manakah lokasinya... Anda boleh rujuk ke halaman INI yang memberikan informasi secara terperinci mengenai outlet-outlet PONEY di Malaysia, anda juga boleh melakukan pembelian melalui atas talian di LAMAN WEB JUALAN ATAS TALIAN PONEY. 

Bab anak-anak ni kalau dapat diselesaikan lebih awal lebih tenang dan lega rasanya. Pada Farah lah... Mungkin pandangan orang lain berbeza. Lain padang, lain belalang... Lain lubuk, lain ikannya... Yer tak? Alhamdulillah, untuk Iman Firash, yang kini masih belum selesai adalah Baju Melayu atau apa-apa baju yang bersesuaian iaitu sama ada kurta set ke? Jubah ke? yang mengikut warna tema kami anak-beranak tahun 2016 ini... Sampin? Anak saya memang tak disampinkan dari usia bayi sehingga sekarang... Belum rasa nak beri pakai sampin lagi. Kalau 4 tahun tu mungkin jugalah kot? Kasut telah diselesaikan oleh pihak CLARKS tempoh hari. Songkok tak perlu yang baru sebab yang Abah dia belikan tahun lepas masih lagi dalam keadaan elok dan masih lagi kelihatan baru. 

Syukran Ya Allah, di atas rezeki yang telah Engkau kurniakan serta berikan untuk anak kecil ini. Memang dalam lubuk hati yang paling dalam ni, syukur sangat-sangat rasanya tiba-tiba ada yang sudi menaja pakaian raya Iman Firash pada tahun ini. Hanya terima kasih yang mampu Farah ucapkan. Mommy cemburu ke? Tak perlu Mommy nak cemburu malah Mommy bersyukur sangat sangat... Untuk Mommy? Biarlah... Kalau ada rezeki adalah, kalau dah tertulis tiada rezeki, tidak mengapa... Pakai sahaja apa yang ada... Tak hina pun kalau tidak berpakaian raya baru... Bukannya tidak berbaju yer tak? Asalkan masih berbaju... :-). Yang penting, anak manja Mommy... sudah ada bahagiannya yang tersendiri dan cukup serba-serbi... 

*Pssst... Iman Firash... Ingat sampai bila-bila tau macam mana Mommy sayangkan Ash lebih dari nyawa Mommy sendiri... Sebab Ash adalah penguat semangat Mommy untuk terus harung segala liku-liku, ujian serta cabaran dan dugaan yang tak berhenti-henti datang menjelma satu persatu. In Shaa Allah, satu hari nanti hidup kita akan ceria setiap hari dan kita mampu untuk sentiasa tersenyum dengan seikhlas-ikhlasnya di atas kebahagiaan kita berdua... Bahagia itu adalah sesuatu yang kita mahu, berusaha serta berdoa... Pilihan kita dengan keizinan Allah SWT untuk ia berlaku... Ingat tu Ash... 

Post a Comment

7Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. bestnye hehe eka pon suka beli baju Poney. Kadang terus ke website Poney.com.my kalau malas pegi Butik

    ReplyDelete
  2. berkat usaha dan doa mummy Allah sertakan rezeki untuk Firash...itu dia rezeki anak..alhamdulillah.. :)

    ReplyDelete
  3. yeaaaa alhamdulillah firash dah boleh bergaya di pagi raya! ;)

    ReplyDelete
  4. teman baru

    http://840301s.blogspot.my/

    ReplyDelete
  5. Cantiknya kasut raya Ash!!!!...huhu

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !