My Creative Ways Of Getting Him To Brush His Teeth

Farah Waheda Wahid
2
 

Awwww... Cekci-nya diaaa... Sorry bulan-bulan Ramadhan ni terpaksa  melihat gambar sexy Iman Firash di dalam bilik air. Tapi bahagian yang tidak sepatutnya dah disunting kan? kan? kan? Perencah cerita yang ingin disampaikan... Bagi cukup masin, cukup manis, cukup rasanya. :-). Kreatif-lah sangat kannn? Walaupun idea yang biasa-biasa sahaja dan tak ada yang extraordinary pun... Tetapi itulah caranya Farah untuk menggalakkan Firash untuk menggosok gigi. Semata-mata nak pastikan yang gigi telah digosok setiap hari pagi dan juga malam. 

Kalau dengan Mommy, pasti bergema bilik air dengan suara Mommy yang tak cukup nafas tu. Ha ha ha... Mommy kan suka menyanyi... Suka sangat-sangat menyanyi dan aktiviti mingguan sebelum jadi isteri orang dulu, rajin nau pergi berkaraoke dengan kawan-kawan. Kalau tak suka menyanyi masakan tersampuk dengan aplikasi SMULE yer tak? Ha ha ha... Bila dengan anak pun rajin juga menyanyi... Macam-macam lagu dah nyanyi. 

Ada yang berpendapat, nak suruh anak menggosok gigi tak perlu nak menyanyi-nyanyi bagai... Tapi pada Farah, ini adalah pendekatan Farah untuk memastikan Ash konsisten di dalam menjaga kebersihan dirinya termasuk gigi. Kanak-kanak kan? Bab menggosok gigi ni ada yang sangat tak berkenan di hati mereka... Untuk Ash pula, bergantung kepada mood dia... Kalau mood ok, tak perlu suruh pun, dia sendiri pandai minta. Kalau mood tak berapa kena... Memang kena ada sesi memujuk dengan cara menyanyikan lagu untuk dia. Selalunya berjayalah trik dan teknik ini. 

Anak-anak anda, Farah tak pastilah kan? Lain padang lain belalang, lain lubuk lain ikannya... Cara didikan kita kepada anak-anak kita masing-masing dan cara penerimaan serta sikap anak-anak kita semua berbeza dan ada identiti yang tersendiri. Bagi Farah, teknik yang Farah gunakan ini adalah yang bersesuaian dan berkesan ke atas Iman Firash. 

Lagu apa yang selalu Farah nyanyikan dan dia akan ikut menyanyi bersama? Ada beberapa lagu yang sebenarnya... Cumanya yang menjadi kegemaran dia adalah lagu di bawah: 

The Toothbrush Song
(sung to the tune of “Row, Row, Row Your Boat”)

Brush, brush, brush your teeth
Brush them everyday.
We put toothpaste on our brush
To help stop tooth decay.

Floss, floss, floss your teeth.
Floss them every day!
Using the string to clean between
Keeps the plaque away!

Clean, clean, clean your teeth.
Clean them every day!
Your teeth will sparkle for years to come
In the most beautiful way!

Brush, brush, brush your teeth.
Brush them every day!
Happy, healthy teeth you’ll have
If it’s done this way.

Dengan cara ini sebenarnya, Farah dapat menjadikan dia lebih seronok semasa waktu menggosok gigi. Bila dia seronok... Akan mendorong dia suka... Bila dia suka tiadalah lagi kedengaran suara dia menangis bila tiba gosok gigi di dalam bilik air sewaktu mandi ataupun malam sebelum tidur. Abah dia kata, Mommy ni hidup penuh protokol. Mommy jawab, haruslah Babah... Protokol itu penting untuk dia tahu, kenal dan patuh kepada peraturan. Tujuan Mommy? Supaya hidup dia lebih teratur dan organized. :-). 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Rajin berkiraoke mommy ye, bagus berprotokol ni, fadya nak berus sendiri, mama pula tak puas, salam ramadan Farah mohon kemaafan jua :)

    ReplyDelete
  2. Anak2 kena biasakan menjaga kebersihan diri dari kecik lagi .. 😊

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !