Makan Malam Keluarga Di NY Steak Shack, Sunway Pyramid

Farah Waheda Wahid
8

Aktiviti selepas waktu kerja pada hari Selasa, 24.05.2016 iaitu minggu lepas...Tepat 5.30 pm, bergegas memandu pulang dengan kadar sesegera mungkin untuk ambil Iman Firash dan redah kesesakan trafik menuju ke Sunway Pyramid untuk satu sesi makan malam keluarga di NY Steak Shack, Sunway Pyramid yang telah dijadualkan pada jam 7.30 malam. Alhamdulillah, tepat 7.30 malam, sampai juga di Sunway Pyramid. Nak cari parking pun tak adalah sesusah mana. Masuk-masuk jer ke kawasan parking, ada kereta sedang keluar dari parking...Memang rezeki betul... Senang kerja Farah kannn? Tak perlu nak pusing-pusing mencari parking.

Pertama kali sebenarnya, melangkah masuk ke restoran NY Steak Shack ni... Lokasinya? Adalah di paras LG di dalam Sunway Pyramid itu sendiri...Ianya betul-betul dekat dengan kawasan luncur air di Sunway Pyramid. Secara tepatnya adalah NY Steak Shack : LG 2.45 & LG 2.46. Tak susah pun nak cari jika anda sememangnya sudah biasa keluar masuk Sunway Pyramid. Yang mungkin tidak biasa atau mengalami kesukaran, boleh jer bertanya kepada kaunter informasi. Setiap masalah ada penyelesaian kannn?

Dah alang-alang dah makan malam keluarga di NY Steak Shack tu, mestilah nak kongsi serba-sedikit dengan anda apa menu yang ditawarkan yang mungkin boleh menarik minat anda kan?

Menu 1:  D'Bomb @ RM10.50


Ringkasan Menu: Experience the explosion of flavours in every bite! Homemade giant meatball (150 gms) garnered with brown sauce served with toasted oregano bun and grilled corn.

Komen Peribadi:
Meatball gergasi itu memang lain daripada meatball yang kita biasa makan di IKEA ataupun di mana-mana... Bukan keju fillingnya, tetapi yang menarik, ianya digaul dengan rata dengan lobak merah sebagai campuran kepada meatball tersebut. Saiz memang sebesar sebiji bola tennis kot Farah anggarkan...

Untuk anak-anak kecil yang susah nak makan lobak merah, ini mungkin sesuatu yang baik untuk membuatkan mereka makan lobak merah. Sesuai jer untuk anak-anak kecil sebab tidak pedas. Bila dah rasa, ianya tidak kering sebaliknya juicy and tender seperti yang sempat Farah rakamkan di dalam gambar di bawah.

Menu 2: Chicken Wings (Price Unavailable) & D'Chiller @ RM6.25


Ringkasan D'Chiller: Thirst-quenching lemon milkshake combined with a refreshing minty taste.

Komen Peribadi:
Jujur Farah tak minum D'Chiller tu, sebab Farah kan tak minum susu. Yang minum adalah Iman Firash dan juga Abahnya. Kalau tengok reaksi Iman Firash, muka dia macam... Ok tak suka rasa air ni... berkerut.. Tapi kalau menurut komen lagi satu... Ok, boleh tahan rasanya dan boleh diterima tekak... 

Yang Chicken Wings tu pula, rasanya sedap dan juicy. Cukup masak tetapi tetap juicy dan tak kering. Ada rasa-rasa Salsa sedikit.

Menu 3: D' Perfect Match @ RM63.50


Ringkasan D' Perfect Match: A must try for all! Marinated spicy lamb (200gms) and spicy ribeye steak (200gms) topped with brown sauce on a bed of pumpkin mushroom rice served with mixed veggies and corn.

Komen Peribadi:
Satu portion yang besar yang sesuai untuk dikongsi 3 orang. Kalau ikut judgement Farahlah...Bagi yang memang selera makannya besar dan mampu nak makan banyak mungkin boleh kongsi berdua sahaja. Hidangan seimbang dan ada variasi rasa. Nasi tu Farah suka dan memang sesuai juga kalau nak bagi pada anak-anak kecil, bahagian yang mana-mana tak kena gravy.

Menu 4:  Spicy Salsa Lamb Burger @ RM 25.33


Ringkasan Spicy Salsa Lamb Burger: Surely a unique adventure! Sink your teeth into the Lamb Burger (165gms) cooked to order and served with spicy, sweet and sour salsa sauce.

Komen Peribadi:
Patty burger tu rasanya macam patty burger Big Mac dari Mc' Donalds. Yang mewujudkan kelainan adalah saiz patty tu sama tebalnya dengan saiz ketebalan roti burger dan juga sos salsa yang sedap! Satu burger boleh kongsi 2 - 4 orang mengikut selera makan masing-masing... Bagi Farah 1/4 dari potongan burger tu pun dah cukup untuk memenuhi ruang dalam perut ni ha... Ha ha ha... Nampak jer badan tembun, chubby macam tu, tapi tak adalah makan macam tak ingat dunia.

Menu 5: Meaty Affairs @ RM 63.50


Ringkasan Meaty Affairs: A platter for meat lovers. Homemade giant meatballs (300 gms) topped with sauteed mushroom and caramelised onions, lamb leg (200gms) grilled to perfection and buffalo wings. Complemented by pumpkin mushroom rice with mixed veggies and corn. Sure to satisfy your hunger and great for sharing.

Komen Peribadi:
Ini sememangnya satu portion yang amat besar bagi Farah. Satu tu, boleh makan 3-4 orang. Memang sangat mengenyangkan. Gravynya memang boleh terasa rempahnya. Puas makan!

Menu 6: Treasures In A Bag @ RM 63.50



Ringkasan Treasures In A Bag: Who says only seafood comes in a bag? Ribeye steak (200gms) and homemade meatballs (150gms) topped with mixed veggies and corn in their homemade black pepper sauce served from a bag to a bed of pumpkin mushroom rice, sizzling up your appetite!


Kalau tak silap Farah ini cumalah untuk tempoh waktu terhad sahaja. Kalau nak merasa bolehlah singgah sementara mereka menyediakan menu ni kan? Portion tetap sama dengan menu sebelum ini. Dan yang membezakannya adalah, cara masakan dan penyediaan. Rempah ratusnya memang terasa dan tiada istilah tidak cukup rasa.

Untuk tempoh waktu yang terhad, pihak NY Steak Shack sedang giat mempromosi kesemua menu-menu yang Farah kongsikan di atas tadi melalui promosi yang dinamakan sebagai The Gastronomic Adventure. Menerusi promosi ini, anda adalah layak untuk mendapat 1 x Fizzies (bottomless) dan 1 x Sup Cendawan dengan harga hanya RM 5.30 berbanding harga biasa RM 12.50. Jimat RM 7.20 oiii.... dengan setiap pembelian ke atas mana-mana menu main course.

Jika nakkan sesuatu kelainan di dalam menu makanan anda tidak kira siang mahupun malam... Bolehlah rasai kelainan itu di outlet NY Steak Shack yang terdapat berhampiran dengan lokasi anda. Kami dah pergi ke NY Steak Shack, Sunway Pyramid dan Farah dah nampak satu lagi outlet di AEON Mall Shah Alam juga. Pastinya di tempat lain juga kannnn? 

Untuk maklumat lanjut mengenai promosi terkini NY Steak Shack, anda boleh melayari laman web NY Steak Shack atau laman Facebook NY Steak Shack ataupun berhubung terus melalui talian 03-7957 1118.

Psssttt...boleh jadi lokasi untuk iftar juga di bulan Ramadhan nanti kannn? 

Post a Comment

8Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. :o tengok banyak kuantitinya la...kira berpadanan dengan harga ni...

    ReplyDelete
  2. Sedap kan makan dekat sini. Nani selalu pergi cawangan di Mid Valley :)

    ReplyDelete
  3. uih..boleh tahan juga harganya kan.

    ReplyDelete
  4. wah..semua nampak sedap..banyak nya order..berapa orang makan ni??

    ReplyDelete
  5. teringat lak nasi ambeng bila tgk hidangan utk 3/4 org tu ...

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !