Ringkasan Treasures In A Bag: Who says only seafood comes in a bag? Ribeye steak (200gms) and homemade meatballs (150gms) topped with mixed veggies and corn in their homemade black pepper sauce served from a bag to a bed of pumpkin mushroom rice, sizzling up your appetite!
Home »
food
,
food ideas
,
food info
,
food review
,
food sharing
,
food story
,
lifestyle
,
makan place
,
places to eat
» Makan Malam Keluarga Di NY Steak Shack, Sunway Pyramid
Makan Malam Keluarga Di NY Steak Shack, Sunway Pyramid
Aktiviti selepas waktu kerja pada
hari Selasa, 24.05.2016 iaitu minggu lepas...Tepat 5.30 pm, bergegas memandu
pulang dengan kadar sesegera mungkin untuk ambil Iman Firash dan redah
kesesakan trafik menuju ke Sunway Pyramid untuk satu sesi makan malam keluarga
di NY Steak Shack, Sunway Pyramid yang telah dijadualkan pada jam 7.30 malam.
Alhamdulillah, tepat 7.30 malam, sampai juga di Sunway Pyramid. Nak cari
parking pun tak adalah sesusah mana. Masuk-masuk jer ke kawasan parking, ada
kereta sedang keluar dari parking...Memang rezeki betul... Senang kerja Farah
kannn? Tak perlu nak pusing-pusing mencari parking.
Pertama kali sebenarnya,
melangkah masuk ke restoran NY Steak Shack ni... Lokasinya? Adalah di paras LG di dalam Sunway Pyramid itu
sendiri...Ianya betul-betul dekat dengan kawasan luncur air di Sunway Pyramid.
Secara tepatnya adalah NY Steak Shack :
LG 2.45 & LG 2.46. Tak susah pun nak cari jika anda sememangnya sudah
biasa keluar masuk Sunway Pyramid. Yang mungkin tidak biasa atau mengalami
kesukaran, boleh jer bertanya kepada kaunter informasi. Setiap masalah ada
penyelesaian kannn?
Dah alang-alang dah makan malam
keluarga di NY Steak Shack tu, mestilah nak kongsi serba-sedikit dengan anda
apa menu yang ditawarkan yang mungkin boleh menarik minat anda kan?
Menu 1: D'Bomb @ RM10.50
Ringkasan Menu: Experience the explosion of flavours in every bite!
Homemade giant meatball (150 gms) garnered with brown sauce served with toasted
oregano bun and grilled corn.
Komen Peribadi:
Meatball gergasi itu memang lain
daripada meatball yang kita biasa makan di IKEA ataupun di mana-mana... Bukan
keju fillingnya, tetapi yang menarik, ianya digaul dengan rata dengan lobak
merah sebagai campuran kepada meatball tersebut. Saiz memang sebesar sebiji
bola tennis kot Farah anggarkan...
Untuk anak-anak kecil yang susah
nak makan lobak merah, ini mungkin sesuatu yang baik untuk membuatkan mereka
makan lobak merah. Sesuai jer untuk anak-anak kecil sebab tidak pedas. Bila dah
rasa, ianya tidak kering sebaliknya juicy and tender seperti yang sempat Farah
rakamkan di dalam gambar di bawah.
Menu 2: Chicken Wings (Price Unavailable) & D'Chiller @ RM6.25
Ringkasan D'Chiller: Thirst-quenching lemon milkshake combined with a
refreshing minty taste.
Komen Peribadi:
Jujur Farah tak minum D'Chiller
tu, sebab Farah kan tak minum susu. Yang minum adalah Iman Firash dan juga
Abahnya. Kalau tengok reaksi Iman Firash, muka dia macam... Ok tak suka rasa
air ni... berkerut.. Tapi kalau menurut komen lagi satu... Ok, boleh tahan rasanya dan boleh diterima tekak...
Yang Chicken Wings tu pula,
rasanya sedap dan juicy. Cukup masak tetapi tetap juicy dan tak kering. Ada
rasa-rasa Salsa sedikit.
Menu 3: D' Perfect Match @ RM63.50
Ringkasan D' Perfect Match: A must try for all! Marinated spicy lamb
(200gms) and spicy ribeye steak (200gms) topped with brown sauce on a bed of
pumpkin mushroom rice served with mixed veggies and corn.
Komen Peribadi:
Satu portion yang besar yang
sesuai untuk dikongsi 3 orang. Kalau ikut judgement Farahlah...Bagi yang memang
selera makannya besar dan mampu nak makan banyak mungkin boleh kongsi berdua
sahaja. Hidangan seimbang dan ada variasi rasa. Nasi tu Farah suka dan memang
sesuai juga kalau nak bagi pada anak-anak kecil, bahagian yang mana-mana tak
kena gravy.
Menu 4: Spicy Salsa Lamb Burger
@ RM 25.33
Ringkasan Spicy Salsa Lamb Burger: Surely a unique adventure! Sink your
teeth into the Lamb Burger (165gms) cooked to order and served with spicy,
sweet and sour salsa sauce.
Komen Peribadi:
Patty burger tu rasanya macam
patty burger Big Mac dari Mc' Donalds. Yang mewujudkan kelainan adalah saiz
patty tu sama tebalnya dengan saiz ketebalan roti burger dan juga sos salsa
yang sedap! Satu burger boleh kongsi 2 - 4 orang mengikut selera makan
masing-masing... Bagi Farah 1/4 dari potongan burger tu pun dah cukup untuk
memenuhi ruang dalam perut ni ha... Ha ha ha... Nampak jer badan tembun, chubby
macam tu, tapi tak adalah makan macam tak ingat dunia.
Menu 5: Meaty Affairs @ RM 63.50
Ringkasan Meaty Affairs: A platter for meat lovers. Homemade giant
meatballs (300 gms) topped with sauteed mushroom and caramelised onions, lamb
leg (200gms) grilled to perfection and buffalo wings. Complemented by pumpkin
mushroom rice with mixed veggies and corn. Sure to satisfy your hunger and
great for sharing.
Komen Peribadi:
Ini sememangnya satu portion yang
amat besar bagi Farah. Satu tu, boleh makan 3-4 orang. Memang sangat
mengenyangkan. Gravynya memang boleh terasa rempahnya. Puas makan!
Menu 6: Treasures In A Bag @ RM 63.50
Ringkasan Treasures In A Bag: Who says only seafood comes in a bag? Ribeye steak (200gms) and homemade meatballs (150gms) topped with mixed veggies and corn in their homemade black pepper sauce served from a bag to a bed of pumpkin mushroom rice, sizzling up your appetite!
Kalau tak silap Farah ini cumalah
untuk tempoh waktu terhad sahaja. Kalau nak merasa bolehlah singgah sementara
mereka menyediakan menu ni kan? Portion tetap sama dengan menu sebelum ini. Dan
yang membezakannya adalah, cara masakan dan penyediaan. Rempah ratusnya memang
terasa dan tiada istilah tidak cukup rasa.
Untuk tempoh waktu yang terhad,
pihak NY Steak Shack sedang giat mempromosi kesemua menu-menu yang Farah
kongsikan di atas tadi melalui promosi yang dinamakan sebagai The Gastronomic Adventure. Menerusi promosi
ini, anda adalah layak untuk mendapat 1 x Fizzies (bottomless) dan 1 x Sup
Cendawan dengan harga hanya RM 5.30 berbanding harga biasa RM 12.50. Jimat RM
7.20 oiii.... dengan setiap pembelian ke atas mana-mana menu main course.
Jika nakkan sesuatu kelainan di
dalam menu makanan anda tidak kira siang mahupun malam... Bolehlah rasai
kelainan itu di outlet NY Steak Shack yang terdapat berhampiran dengan lokasi
anda. Kami dah pergi ke NY Steak Shack, Sunway Pyramid dan Farah dah nampak
satu lagi outlet di AEON Mall Shah Alam juga. Pastinya di tempat lain juga
kannnn?
Untuk maklumat lanjut mengenai
promosi terkini NY Steak Shack, anda boleh melayari laman web NY Steak Shack atau
laman Facebook NY Steak Shack
ataupun berhubung terus melalui talian 03-7957
1118.
Psssttt...boleh jadi lokasi untuk
iftar juga di bulan Ramadhan nanti kannn?
Label:
food,
food ideas,
food info,
food review,
food sharing,
food story,
lifestyle,
makan place,
places to eat
Terimakasih telah membaca artikel Makan Malam Keluarga Di NY Steak Shack, Sunway Pyramid. Jangan lupa share ya
Share
8 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
wow sedapnya tgk menu
ReplyDelete:o tengok banyak kuantitinya la...kira berpadanan dengan harga ni...
ReplyDeleteSedap kan makan dekat sini. Nani selalu pergi cawangan di Mid Valley :)
ReplyDeleteuih..boleh tahan juga harganya kan.
ReplyDeletewah..semua nampak sedap..banyak nya order..berapa orang makan ni??
ReplyDeletesedapnyaa...
ReplyDeletewahh..menyelerakann! ;)
ReplyDeleteteringat lak nasi ambeng bila tgk hidangan utk 3/4 org tu ...
ReplyDelete