Home »
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting alert
,
parenting info
,
parenting knowledge
» Lindungi Anak Dari Risiko Jenayah Pedophilia Dengan SALAM Browser
Lindungi Anak Dari Risiko Jenayah Pedophilia Dengan SALAM Browser
Buka-buka Facebook jer, terlihat dan terbaca kisah mengenai
gangguan seksual oleh orang dewasa terhadap kanak-kanak. Huh! Marah betul hati
ni bila membaca kisah sebegitu... Bermula semenjak kisah yang pernah meletopss
tak berapa lama dulu... Kisah tentang Nur Fitri Azmeer yang ditamatkan Pinjaman
Pelajaran MARA yang diperolehi beliau dengan serta merta disebabkan oleh
terlibat dengan jenayah pedophilia, boleh rujuk entri lama Farah yang bertajuk Jenayah Pedophilia... Seramnyaaa... Manusia Semakin Hilang Kewarasan... sehinggalah
ke saat ini, Farah jadi sangat alert dengan kes-kes yang melibatkan jenayah
pedophilia. Risau oiii.... Awak ni ada anak kecil, kategori kanak-kanak, mesra
alam juga ada masanya... Mau tak seriau? Zaman sekarang ni, bukan kira anak
lelaki ke? Anak perempuan ke? Semua nak kena jaga dan pantau betul-betul... Tak
boleh lepa sedikit. Itulah yang dikatakan sebagai keibubapaan di zaman gajet
dan teknologi ni semakin mencabar dari sehari ke sehari.
Tak payah nak kata anak orang lain lah oiii...Anak sendiri
jer cukup jadi contoh... Kecil-kecil lagi dah didedahkan dengan gajet...
Anak-anak kecil sekarang kenal apa itu tablet, apa itu iPad, apa itu iPhone...
Seawal usia setahun pun dah kenal ok? Ada ibu bapa yang mengambil langkah
pencegahan dengan langsung tidak membenarkan anak-anak berkawan dengan gajet.
Bagi Farah, Farah akui bahawasanya, Farah berikan gajet kepada Iman Firash.
Akan tetapi, walaupun Farah memberi kelonggaran dan kebenaran untuk Iman Firash
bermain gajet, ianya adalah mengikut jadual yang telah ditetapkan dan juga masa
yang telah ditetapkan. Setiap kali dia bermain dengan gajet, Farah akan pantau
dan akan duduk di sisi dia serta tidak membiarkan dia keseorangan. Walaupun
kecil kan?
Tak cukup tu, as time goes by... Wahhh... Pandai dah cari
aplikasi YouTube, buka YouTube dan cari video-video yang dia nak tonton di
YouTube.... Tak kira gajet, tak kira komputer riba. Sebab tu Farah kena
pantau.... Nak nak lagi pernah kecoh kot tentang ada video-video yang
dipaparkan di YouTube sebenarnya mengandungi sesuatu yang tidak bersesuaian
dengan usia kanak-kanak. Yang tidak sepatutnya ditonton oleh kanak-kanak. Isu
ni sebenarnya pernah jadi viral pun.... Adakah anda pernah mendengar mengenai
perkara ini? Ok, jika ingat-ingat lupa, meh sini Farah refresh sedikit ingatan
anda...Mungkin anda boleh cuba-cuba klik pada jaringan yang Farah sediakan di
bawah ini untuk anda mengingatkan kembali...
Jika kita ni sebagai ibu bapa memang 24/7 duduk menghadap
anak-anak tanpa berbuat apa-apa kerja sekali pun, itu memanglah kita boleh
betul-betul mengawal dan memantau. Akan tetapi, takkan kita nak duduk saja jer
kan? Banyak lagi perkara lain serta tanggungjawab lain yang perlu kita
selesaikan dan penuhi. Bila bersendirian ni yang agak menggusarkan ni.
Anak-anak sekarang semua bijak-bijak belaka...Boleh buka sendiri, cari sendiri
dan tutup sendiri. Bila mereka melayari Internet tanpa pengawasan ibu bapa ni,
kita tak tau laman web mana mereka singgah. Mereka membaca, mereka melihat...
Mereka mungkin diganggu di dalam laman media sosial. Apa cara yang terbaik nak
atasi masalah ni? Berdebar-debar jer dada kannn? Risau jer sentiasa... Hu hu
hu, Farah taulah, sebab Farah pun seorang ibu juga...
Puas jugalah memikirkan apakah yang boleh dilakukan dan
apakah yang boleh membantu. Anak-anak kita ni hidup dalam zaman yang agak pelik
kalau tak dibenarkan langsung menyentuh komputer mahupun gajet. Sebab itu salah
satu keperluan juga di dalam bidang pendidikan yang mereka diletakkan. Iyalah,
ada kalanya kerja-kerja sekolah mungkin memerlukan sedikit carian, kajian
mahupun menggunakan komputer. Mereka pun ada keinginan untuk ada akaun
Facebook, Instagram yer tak? Cuma caranya...Cuma caranya bagaimana dan apakah
usaha yang boleh kita lakukan untuk mengelakkan mereka pergi ke laman web -
laman web yang tidak sepatutnya di saat kita tidak mampu untuk hadir
bersama-sama untuk memantau kegiatan internet mereka?
Terdengarlah mengenai SALAM Browser... Anda pernah dengar
mengenai SALAM Browser? SALAM Browser ni adalah satu pelayar web seperti Google
Chrome, Internet Explorer dan juga Mozilla Firefox... Sama jer...Yang
membezakannya adalah ianya adalah merupakan pelayar web berasaskan chromium
yang menghormati tuntutan agama. Ia merupakan satu pelayar web yang menghormati
adab Islam, membolehkan pengguna melayari web sambil menghormati tuntutan agama
dan memelihara serta melindungi diri. Memang elok sangatlah dah tu kannn?
Terutama untuk anak-anak kita yang sememangnya perlu dididik berdasarkan
lunas-lunas susur galur Islam.
Adalah dikatakan bahawasanya, SALAM Browser didatangkan hadir
dengan penghalang tambahan yang menghalang akses daripada laman-laman web
berunsur maksiat. Sebanyak lebih daripada 1.4 juta laman web telah dihalang
oleh pelayar web SALAM Browser di samping pengguna turut boleh menyumbang untuk
menghantar maklumat yang menyenarai hitamkan laman web yang bermudarat melalui
fungsi terbina pada pelayar web berkenaan.
SALAM Browser juga dikatakan hadir dengan integrasi VPN
percuma untuk melindungi pemantauan data anak-anak, selain membolehkan kita
sebagai ibu ataupun bapa mengakses kandungan yang dihalang melalui lokasi.
Fungsi Data Saver turut disediakan untuk membantu pengguna melayari web dengan
pantas tanpa menggunakan jumlah kuota data yang tinggi.
Yang menarik? Yang menariknya setiap halaman tab yang baru
dibuka, ada dipaparkan hadis. Perlindungan laman phising dan iklan spam turut
disertakan oleh pelayar web ini.
Phewww... lega sedikit rasa hati bila ada SALAM Browser ni...
Berkobar-kobar nak muat turun di komputer riba. Sekurang-kurangnya Farah dapat
tau apa yang Ash tonton, Ash lihat, Ash lakukan sewaktu sesi pelayaran internet
dia dan ambil langkah yang sewajarnya untuk mengatasi sekiranya ada masalah
yang bakal timbul. Walaupun usianya baru 2 tahun 7 bulan tetapi pemantauan dari
peringkat awal memang sangat penting. Tak naklah ibarat, bila dah terhantuk
baru terngadah yer tak?
Terimakasih telah membaca artikel Lindungi Anak Dari Risiko Jenayah Pedophilia Dengan SALAM Browser. Jangan lupa share ya
Share
2 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Keje Gila... hadoi memang risau je.. sebab ada anak kene selalu awasi..
ReplyDeletesinggah ramadhan
ReplyDeletehttps://belogs.blogspot.my/
follower 1802