Home »
ash
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting chat
,
parenting stories
,
sembang parenting
» Kali Ke-5 Bertukar Susu & Kini Beralih Kepada PediaSure Complete...
Kali Ke-5 Bertukar Susu & Kini Beralih Kepada PediaSure Complete...
Agak-agaknyalah kannn? Anak-anak orang lain tak adalah
sekerap Iman Firash ni yang masuk kali ini dah kali ke-5 dah bertukar susu
formula. Haippp!!! Jangan banding-bandingkan anak sendiri dengan anak orang
lain! Dah memang-memang perkembangan anak-anak secara individu itu
berbeza-beza. Bila perkembangan berbeza, cara membesarkan serta menghidupkan
juga pasti berbeza. Kerenah juga pasti berbeza. Mana ada yang stereotype
seratus peratus semua sama jer. Cuma...hakikatnya memang benar...Iman Firash
memang boleh dikatakan agak kerap bertukar jenama susu formula. Dah kenapa kan?
Tentutlah ada sebab musabab yang tersendiri di sebaliknya. Kalau tidak
takkanlah Mommy dia ni suka-suka jer nak bertukar-tukar susu formula anak yer
tak?
Cerita ringkasan tentang perjalanan pertukaran susu Iman
Firash adalah:
0 Sehingga 9 Bulan
Susu formula pertama
yang diperkenalkan kepada Iman Firash adalah susu formula berjenama ANMUM.
Kenapa bukan susu ibu? Tu tak nak jawab di dalam entri ini, jawab di dalam
entri yang lain. Tapi rasanya dah cerita dah sebelum ni sebab apa. Cuma tak
secara terperinci kot? Berhenti setakat umur 9 bulan meminum susu formula ANMUM
disebabkan masalah cirit-birit tanpa henti selama beberapa hari yang mana atas
nasihat doktor juga berhenti ni. Menurut doktor, Iman Firash pada ketika itu
adalah dikategorikan sebagai "lactose intolerance" dan perlu
diberhentikan dari meminum susu formula yang berasaskan susu lembu.
9 Bulan Sehingga 12 Bulan
Susu formula kedua bagi mengimbangi kembali
masalah "lactose intolerance" yang dihadapi oleh Ash adalah susu
formula SIMILAC. Diberikan untuk penyusuan selama tempoh 3 bulan sahaja seperti
saranan doktor.
12 Bulan Sehingga 2 Tahun
Susu formula ketiga
adalah FRISOLAC 2 dan FRISO GOLD 3. Agak lama bertahan dengan susu FRISO
keluaran Friesland Campina ini... Yang mana setelah masuk usia 2 tahun,
memikirkan sudah boleh menukar kepada susu yang lebih murah untuk menjimatkan
perbelanjaan bulanan dan juga kos sara hidup yang semakin tinggi dari sehari ke
sehari, akhirnya Farah mengambil keputusan untuk bertukar kepada susu formula
berjenama lain yang sememangnya ramai ibu bapa berikan kepada anak-anak
masing-masing.
2 Tahun 1 Bulan Sehingga 2 Tahun 6 Bulan
Susu formula keempat,
ke arah langkah penjimatan kewangan adalah Dutch Lady Explore 2-4 Tahun. Pada
peringkat permulaan tiada sebarang masalah untuk Ash minum susu ini, akan
tetapi lama kelamaan dia semakin menolak dan tidak berminat untuk menyusu.
Selain itu, masalah Iman Firash adalah TIDAK MAHU MAKAN. Hanya bergantung
dengan susu formula dan juga air suam sahaja yang mana ianya sangat merisaukan
semua orang. Nasi tidak mahu langsung...Berilah macam mana pun... Apatah lagi
makanan-makanan lain... Yang hanya dimahukan adalah French Fries dan itu pun
jumlahnya tidak banyak... Sedikit sahaja...Mana nak kenyang? Memang bimbang
sangat dengan perkembangan pemakanan semasa Iman Firash ni. Ko buatlah macam
mana pun... Hias cantik-cantik, buat bentuk tu, bentuk ni.... Tak ada
maknanya.... Tukar-tukar menu...Tak ada maknanya....
2 Tahun 7 Bulan
Kalau boleh, memanglah nak jimatkan
perbelanjaan... Semua barang dah mahal sekarang ni... Duit RM50.00 tu seakan
sudah tidak bernilai lagi rasanya...Bukan maksud Farah duit tu tak ada
nilai...Tetapi nilainya terlalu kecil sangat... Akan tetapi, sepertimana
perbincangan kami suami isteri, kalau itulah yang terbaik untuk dia, nak buat
macam mana... Belikan ajerlah... Setelah mendapatkan konsultansi dari doktor
pakar kanak-kanak, setelah diberikan nasihat... Akhirnya kini... Ash adalah
peminum susu formula berjenama PediaSure Complete bagi membantu
melengkapkan nutrien-nutrien dan zat-zat yang mungkin telah banyak kehilangan
atau tidak mencukupi disebabkan oleh masalah tidak mahu makan Ash.
Nak jimat tak jimat
mana pun sudahnya... Terpaksa demi anak...Bukannya merungut atau mengeluh...
Tetapi apa yang Farah cuba sampaikan adalah, ada masanya kita ni bukannya nak
boros atau menunjuk-nunjuk di dalam berbelanja tetapi ada kalanya kita terpaksa
kerana itu sahajalah pilihan yang ada untuk kebaikan anak... Kalau dia tak
kisah balun susu formula jenis apa pun, itu tak ada masalah lah kan? Tetapi di
dalam kes ini, apa pilihan yang ada? Ha ha ha...nak tak nak kena berikan
juga... Pertama kali Farah beli susu formula PediaSure Complete ni sewaktu
promosi di AEON Mall Shah Alam, hari Ahad yang lepas.... 2 tin 850gm berharga
RM 159.90 yang mana ianya jatuh kepada RM79.95 setin 850gm. Tak lari jauh pun
dari harga susu FRISO GOLD Ash dulu.... Di Speedmart dulu semalam, yang Farah
nampak harga setin PediaSure Complete 850g adalah RM 79.90 dan harga PediaSure
Complete 1.6kg adalah RM 149.90.
Ash tak adalah masalah
yang teruk atau serious mengenai berat badan dan juga ketinggian, sama ada
seimbang atau tidak. Jika ikutkan dia ngam-ngam jer...tetapi bila dah
berlarutan... dia menjadi kurang dari 1kg dari berat sebenar yang sepatutnya
minimum dia kena capai. Disebabkan itu, sememangnya doktor menyarankan agar Ash
diberikan susu formula PediaSure Complete. Sedikit informasi mengenai susu
formula PediaSure Complete bagi anak-anak yang bermasalah dengan makan untuk
makluman anda yang dipetik dari laman web PediaSure:
About PediaSure -
PediaSure at a Glance
One of the most crucial
phases of a child’s growing years is 2 to 10 years of age. During this
period, children undergo a significant
increase in physical development and mind development. Your child’s fussy eating may lead to
nutrition gaps which may affect their growth. Ideal growth and
development happens only with adequate nutrition. PediaSure – Abbott’s hallmark
brand is trusted by mothers in over 80 countries for adequate nutrition for
their children.
PediaSure is a nutritional supplement that provides complete, balanced nutrition
for children from age 1 to 10 – those special years of rapid growth and mind
development. When consumed in proper amounts, PediaSure is
scientifically formulated to provide 100% or more of US Dietary Reference
Intakes for proteins and vitamins
& minerals that are required for growth and development.2.
PediaSure also contains FOS,
probiotics and MCT oil. Formulated
with more than 25 essential nutrients, PediaSure is scientifically
formulated to help increase height
and weight1, reduce number of sick days2, and reduce
incidence of infection. It is also Lactose free.
PediaSure also contains nutrients such as Taurine, Choline and Omega 3 & 6 to
support mind development.
1Study conducted in fussy eaters at
nutritional risk who were also given nutritional counseling along with
PediaSure. Alarcon et al (2003)
2Study conducted in fussy eaters at
nutritional risk who were also given nutritional counseling along with
PediaSure. Study conducted in children 1-6 years of age who were given
PediaSure with prebiotics and probiotics. Results were seen in children 3-5
years of age. Alarcon et al (2003) , Fisberg et al (2002)
Alhamdulillah juga,
sejak bertukar kepada PediaSure Complete ni, dia sudah mula mahu menjamah
makanan sendiri tanpa disuruh. Sudah mahu buka mulut bila nasi disuakan, sudah
mahu makan finger foods walaupun tak banyak mana pun... Oklah kan? Dari tak nak
makan apa-apa langsung? Tak susah hati dibuatnya? Terkadang tu bukan lagak
orang kaya atau lagak orang berduit atau senang sangat.... Terkadang tu macam
nilah...Disebabkan keadaan semasa dan situasi yang membuatkan jadi terpaksa...
Mahu atau tidak, demi anak segalanya sanggup kukorbankan. Gittew...Ahaksss...
Sebab susu formula dah upgrade, sekarang Iman Firash terpaksa downgrade lampin
pakai buang pula... Dari kebiasaannya memakai Huggies Ultra kini beralih kepada
Drypers. Bak kata Abahnya, mesti ada timbal balas dan keseimbangan... Bajet tu
biar sama tetapi ada perkara yang perlu dikurangkan.
*Lepas ni tak perlu
tukar susu lagi dah kot? Sebab PediaSure Complete memang dikhaskan untuk
kanak-kanak dari 2 tahun sehingga 10 tahun. Tak perlu nak fikir bila nak tukar
step lain step lain dan sebagainya....
Terimakasih telah membaca artikel Kali Ke-5 Bertukar Susu & Kini Beralih Kepada PediaSure Complete.... Jangan lupa share ya
Share
7 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
uishh..memang mahal pun..tapi demi kepentingan dan kebaikkan yang terbaik untuk anak,nak tak nak kenalah beli juga
ReplyDeletePernah dengar susu ni anak-anak menjadi lebih alert, nanti update k :)
ReplyDeletebanyak kali kan nak dapatkan yg sesuai
ReplyDeleteOk tu farah..
ReplyDeleteComplete semuanya ada dalam susu tu kan..
its okay farah..kita jer tahu anak2 kita dan perbelanjaan kits sekeluarga..semoga anak2 membesar dgn sihat
ReplyDeleteHi Farah,
ReplyDeleteIt's definitely not something to worry about. Sebab concern kita is we want the best for our child and makesure dia dapat semua nutrition. I have been giving my daughter Pediasure Complete for the past 6 months due to underweight and she's a picky eater. Upon doctor's advice, I started Pediasure. Now, she's much better and much active then before.
Assalamualaikum & Salam Sejahtera📢📢📢
ReplyDelete*🔥PROMOTION🔥*
*🔥PROMOTION🔥*
*🔥PROMOTION🔥*
Susu formula *PEDIASURE* untuk kanak-kanak 1 tahun -10 tahun
Boleh 👍 page https://www.facebook.com/pemborongsusupediasure/ utk mendapatkan harga borong dan update yg terkini !!!
🍼💯Genuine !!
🍼Bukan stok expired !!
🍼Bukan susu reject !!
🍼Harga lebih murah dari LAZATDA !!
🍼💯Dijamin Halal !!
🍼Berat bersih 400gram !!
🍼Perisa Vanila dan Coklat !!
🍼Expired 08/2018 !!
🍼Hanya RM 35 setin !!
🚘COD : Shah Alam, Batu Tiga di Stesen Minyak Petron berdekatan kilang gula CSR
🚘COD : Bandar Saujana Putra, Jenjarom
📮Pos Laju ( 6 tin )
📬Semenanjung: RM20
📬Sabah/Sarawak: RM25
📞📮Fast respon terus whatsapp/call/mesej (0172587760-HAFFIZ)
Terima kasih di atas sokongan anda !!!