Rekabentuk terkini dan mengikut gaya semasa adalah sesuatu yang menjadi pilihan semua orang. Zaman sekarang ni, rekaan kasut untuk kanak-kanak pun dah boleh tahan, nak hampir sama dengan orang dewasa juga. Boleh rambang mata memilihnya oiii! Kalau poket tu tebal dan berkepuk-kepuk rasanya mau borong semua yang ada yang menarik hati dan perhatian. Ha ha ha... Al-maklumlah kalau dapat mak yang kaki shopping macam Farah ni memanglah kan? Cuma yang membataskan, poket tu nipis... Jadi beringat-ingatlah dalam berbelanja... Jangan boros dan membazir. Nak-nak lagi bab kasut Iman Firash. Tak perlu nak membazir beli banyak-banyak pasang sangat... Kaki dia tu 6 bulan sekali bertukar saiz. Nanti banyak-banyak nak bagi siapa? Bukannya beradik pun dia kannn? Lainlah kalau tiba-tiba keluar seketul lagi yer tak?
Lambakan fesyen kasut kanak-kanak di pasaran boleh membuatkan ibu dan ayah rambang mata. Tetapi jaga-jaga, untuk pilih kasut ciri keselesaan dan keselamatan si kecil perlu jadi keutamaan berbanding fesyen yang nampak cantik tetapi berisiko dan kurang sesuai dengan usia si pemakai.
Ikuti panduan memilih kasut mengikut pecahan usia kanak-kanak sepertimana yang dikongsikan oleh artikel di SINI:
Bayi (0-2 Tahun)
1. Dalam lingkungan usia bayi, seharusnya pemilihan kasut yang lembut, berspan, tidak keras dan mudah disarungkan. Keadaan kaki bayi masih terlalu lembut dan perlu diberi perhatian.
1. Kanak-kanak dalam usia ini sudah mulai mengorak langkah yang lebih pantas. Namun masih memerlukan pemantauan daripada orang dewasa ketika berjalan. Justeru jenis dan fesyen kasut perlu diberi perhatian.
1. Kebiasaannya kanak-kanak dalam usia ini sudah bijak memilih cita rasa sendiri. Justeru, ibu bapa perlu bijak menerangkan kepada mereka kasut yang sesuai dan tidak sesuai.
Farah memang agak cerewet bila memilih dan membeli kasut Iman Firash. Dari rekabentuk, corak, warna dan juga keselesaan pemakaian dan juga tahap cengkaman tapak kasut itu. Ada yang mengatakan, setakat kanak-kanak tidak perlu terlalu cerewet atau memilih ataupun mahal untuk kasut mereka, kerana pakainya cuma sekejapan cuma. Pandangan masing-masing kan? Bagi Farah, Farah tak kisah menghabiskan masa sehari suntuk? Lebih dari sehari? Berbelanja lebih sedikit untuk apa sahaja yang dipakai oleh Iman Firash. Yang penting pada Farah adalah keselesaan dan keselamatan di pemakai itu. Itu pendapat Farah, pendapat orang lain mungkin berbeza.
fae suka tgk kasut2 baby... comel je semuanya
ReplyDeleteselama ni tengok mana yang smart je kak.
ReplyDeletehehehe..
nampk gaya kena ubah ler nie.
7-10 pandai memlilih kasut sendiri..
ReplyDeleteye itulah Nabil anak akak farah.
Umur dah 9 tahun ni memang nak pilih kasut sendiri..
Kasut raya dia tak cari lagi ni..
perkongsian yang ohsem.. Keselesaan itu penting..
ReplyDeleteDesign kasut baby dan kanak kanak cute yang amat..hihi..geram tengok.
ReplyDeletekeselesaan tu penting...budak ni biasalah..kalau tak kena dengan dia merengek je kang..
ReplyDelete