Dah Pandai Request Makanan Ni!

Farah Waheda Wahid
5

Anak bujang kami ni, dulu sewaktu di usia 6 bulan (sewaktu mula-mula diberikan makanan atau solid food) memanglah tak pandai meminta makanan apa yang nak dimakan lagi kannn? Bagi jerlah puri tu, puri semua perisa dan jenis dia makan jer. Tak kira apa jenis puri sekalipun. Semua dimakan. Cuma... Memang dapat kenalpasti yang dia sedari usia bayi memang berpotensi sebagai picky eater. Kenapa Farah boleh terasa yang dia adalah seorang picky eater? 

Macam ni ceritanya... Susu kalau nak lihat dia habiskan, susu tu mesti suam. Bermaksud? Mesti dibancuh secara fresh. Bukan dah bancuh lama lepas beberapa jam baru nak minum. Memang dia akan menolak. Nampak tak? Nampak tak permainannya di situ? Memilih, nak yang dibancuh segar jer... Susu dah dibancuh terlebih awal tak mau ok? Tak layan... Kemudian, bila dah mula makan di usia 6 bulan, puri yang dibuat mesti cukup rasa... Dia hanya nak makan sesuatu yang cukup rasa. Kalau tak cukup pekat atau likat rasanya, memang slow sikit... Macam naik keretapi stim lamanya rasanya proses nak menyuap tu. 

Bila sudah mula diberikan bubur, dia mahu serba serbi cukup rasa. Kalau lobak merah, dia mahu lobak merah tu betul-betul terasa. Kalau bubur ayam, mahu betul-betul cukup masinnya. Phewww... Demand boleh tahan anak bujang yang sorang ni. Bila diberikan mashed potatoes, tiba-tiba itu jadi kegemaran dia. Suka mashed potatoes, tidak kira baked ataupun sekdar mashed potatoes biasa. 

Bila dah makan nasi, pandai pula memilih lauk. Suka sangat terpilih-pilih Iman Firash ni kan? Nasi beriani pernah jadi kegemaran dia. Sampai satu masa, dah jemu dah bosan dah jelak dia tak mau. Sampailah tiba ke fasa bila selera makan sudah mula berkurangan dan tidak mahu makan. Fasa leka main dan bereksplorasi. Memang payah betul nak suap makan. Risau hati Nek Ma dia, bila Nek Ma dia risau... Mommy pun turut risau. Jawapan Abah dia mudah, asalkan dia makan tak kisah apa sahaja. Janji perut berisi. Ha ha ha... Orang lelaki kan? Kesimpulan memang mudah begitu... 

Tapi betul juga... Bila bawa jumpa doktor pakar kanak-kanak, sama juga jawapan. At this age, tak kira apa saja, asalkan dia makan itu dah ok. Yang Farah fikirkan mungkinlah mungkin... Kena sediakan Finger Food supaya dia lebih tertarik dan berselera untuk makan. Bila dah buat, tak jugaaa.... Lekanya mainnn... Agak lama juga tempoh mogok makan tu... Bergantung susu jerlah. Itu jadi kuat menyusu tu. Tak apalah janji perut dia kenyang dan tak masuk angin. Itu yang penting. Bila perut lapar memang akan buat ragam dan perangailah kan? Itu tak kena ini tak kena... 

Sampailah satu tempoh masa, dia kenal apa itu KFC, apa itu Mc'Donald, apa itu Caramel Frapp dari Starbucks, apa itu mee dan apa itu nasi. Nasi memang anti betul dah sekarang... Sama macam sewaktu Mommy dia mengandung dulu. Alah pada nasi. Sewaktu kenal, jika dibelikan dia makan, jika tak dibelikan dia akan menolak makanan lain tanpa sebarang permintaan atau bunyi yang keluar dari mulut dia. 

Di usia 2 tahun 7 bulan... Semalam... Akhirnya kini, sudah mula pandai meminta makanan yang ingin dimakan mengikut selera yang terbuka di tekak dia. Tengah hari semalam (shhhh jangan bagi tau orang Iman Firash tak puasa... Ha ha ha)... Katanya "Mommy... I want KFC!"... Betul ni? Sungguh nak makan ni? Kami iaitu Nek Ma dan Farah bertanya. Bukan apa, kadang-kadang tu cakap jer lebih tapi bila dibelikan tak makan mana pun... Main dengan makanan lebih adalah! Ha ha ha... Kurang keyakinan kami di situ. 

Namun begitu untuk tidak menghampakan permintaan si anak kecil ini... Kami keluar juga bertiga bercucu untuk membeli KFC di kawasan perumahan yang jarak perjalanannya lebih kurang 10 minit. Memang sungguh makan... Memang dia nak betul-betul lah tu... Itu permintaan dia yang pertama... 

Yang keduanya sewaktu berbuka semalam. Dia buka kabinet dan ambil bungkusan mee. Mee yang memang disimpan stok dan belum dimasak... Sebutnya... "Mommy... I want mee...". Masa tu dah hampir selesai berbuka. Nek Ma dia kata, dia nak mee kot? Basuh tangan cepat-cepat... Dan sediakan bahan-bahan ringkas dan sediakan mee untuk dia... Mungkin itu seleranya dan seleranya telah terbuka... Tak mengapa... Asalkan dia makan... Benar, habis licin licau portion yang kecil dan sedikit yang bersesuaian untuk dia tu... 

Alhamdulillah, nampaknya sudah mula nak makan... Bila dah pandai request apa nak makan ni, mudahlah kita nak tau kan apa sebenarnya yang membuka selera makan dia dan apa yang dia ingin makan. Waktu sebelum ini mungkin masih belum pandai ekspresi. Satu perkembangan yang baik di mana sudah mula ada keinginan tekak dan pandai untuk mengekspresi. Cuma kena peringat diri sendiri, bila anak minta tu dan ingin tu kenalah kerah diri untuk dan rajinkan diri untuk sediakan dan berusaha untuk sediakan agar tidak kempunan dan membantutkan seleranya. Yer tak??? 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Kena lebih rajin la MOMMY lpas ni...

    ReplyDelete
  2. semoga Iman Firash membesar dengan sihat Aamin.. ^^

    ReplyDelete
  3. biasalah, budak dah bijak bercakap, dah pandai merasa itu dan ini...dia dah mula meminta ikut apa yg dia inginkan. tak begitu firash?
    mommy kena rajin lah melayan hehe

    ReplyDelete
  4. kan..susah betul nak makan nasi bila dah besar..mi laju pula

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !