Anak Panjat-Memanjat | Fahami & Bagaimana Untuk Beri Sokongan?

Farah Waheda Wahid
4

Semata-mata nak tengok lori sampah yang sedang bergerak dari sebuah rumah ke sebuah rumah yang lain yang para pekerjanya gigih mengosongkan ting sampah setiap buah rumah di kawasan perumahan kami serta kebetulan pada waktu dan ketika itu dia sedang bermain di porch sementara Nek Ma dia sedang menyidai pakaian yang telahpun Farah basuh terlebih awal di sesubuh sapie. Sanggup dia berlari ke arah pagar utama rumah kami dan attempted to climb sampai ke puncak pagar utama tu. Phewww, nasiblah Nek Ma dia nampak. Itu di luar rumah... Kalau di dalam pula, lain pula ceritanya... Kerusi meja makan tu tak usahlah  cakaplah... Jadi bahan panjat dan turun, panjat dan turun... Pagar besi tangga yang Abah dia belikan dulu pun 2 tahun yang lepas dah cuba dipanjat tetapi tak lepas... Ha ha ha sebab tak ada tempat nak pijak kaki tu... 

Boleh tahan! Dah namanya anak lelaki kan? Memanglah akan tiba satu fasa di mana mereka akan gemar sangat aktiviti panjat memanjat ni. Bak kata Abah dia, dah tiba fasa dan masanya. Macam kita ni sebagai ibu bapa kena fahami perkembangan kanak-kanak dari sudut kognitif dan kaitan tingkah laku mereka dengan lebih mendalam. Sesuatu perkara yangvmenjdi kebiasaan apabila kanak-kanak dah ada kkk dan keupayaan kemahiran motor kasarnya akan sangat aktif dan meneroka. Bagus sangat-sangat! :-). Ucapkanlah syukur sebab anak saya aktif dan bijak! 

Usia di antara 0 ke 2 tahun juga, peringkat kognitif (otak) mereka adalah peringkat sensorinmotor, iaitu belajar dengan meneroka alam dengan menggunakan fizikal dan deria asasnya iaitu mendengar, melihat, menghidu, menyentuh dan merasa dengn lidah (tu semua nak masuk mulut kan?). Hanya bagaimana kita nak salurkan atau halakan keseronokan pembelajaran meneroka alamnya dengan lebih positif dan membantu, bukan menyekat dan membantutkan. 

Terus-terang, Farah amat jarang sebut perkataan JANGAN, walau sejak Iman Firash awal bayi lagi. Kebiasaannya, Farah akan alihkan perhatian atau gerakan tangannya terus secara tingkahlaku sambil menyebutkan sesuatu. Contohnya semasa dia memasukkan benda ke dalam mukut, Farah ambil tangannya dan korek mulutnya sambil menyebut, ini bukan makanan sayang, tak boleh dimakan. Bahaya, kotor.... Ini boleh (alat khas untuk menggigit). 

Ini disebabkan, lagi kita sebut perkataan JANGAN tu, lagi anak akan buat dan dalam otak mereka bila kita sebut "jangan panjat" (memandangkan otak mereka sedang peringkat otak kanan sepenuhnya), mereka nampak setiap perkataan itu dengan perbuatan/tingkah laku/pergerakan/gambaran. "Jangan panjat" yang mereka nampak ialah aktiviti "memanjat", mereka tidak nampak perkataan "sebaliknya kepada memanjat" (tidak panjat) ialah apa? Mereka nampak perkataan "jangan" itu bagaimana nak buat. Sebab semua kemampuan kefahaman kognitif mereka adalah melalui sensori motor kan? Iaitu perbuatan fizikal dan gambaran, bukan kefahaman subjektif dalam otak sahaja. 

Sebagai penyelesaian ataupun alternatif, caranya sebutlah apa yang dia boleh panjat. Sebagai contoh: Firash, hati-hati panjat ya? (Kalau rajin beri skrip panjang sikit, berilah pujian ikhlas: Firash sekarang dah pandai memajay. Alhamdulillah, syukur anak Mommy, anak Mommy ni ada kaki dan tangan yang sempurna dan boleh teroka dunia. Tapi, Mommy risau kalau Firash jatuh dan sakit. Sebab tu Mommy selalu tak bagi Firash panjat. 

Sebenarnya ucapan macam tu walaupun anak tak faham sepenuhnya, sebenarnya ia masuk ke dalam pengstoran memorinya, jika diulang-ulang gaya yang sama. Kedua, sangat pasti, ia berbeza emosi menerangkan berbanding menghalang terus: “Firash! jangan panjat, nanti jatuh kang” (dahlah perkataan ibu adalah satu doa, bunyi emosinya terkejut, marah sebab nak melindungi. Bayangkan apa yang anak serap?). Emosi ibu semasa mengucapkan boleh dirasai anak, iaitu berbaur kasih sayang, ambil berat, dan mengingatkan.

Contoh Firash yang seawal 2 tahun lebih, dia sentiasa boleh relate ‘sebab’ dengan samada dia tanya “sebab?” untuk ayat tidak izin saya, atau dia sendiri menjelaskan tingkahlaku dia dengan sebab contoh: Mommy, I chyid (cried)... Ma (Nek Ma) bla bla bla dengan gaya gaya tunjuk sebab apa dan apa... Farah percaya kerana dia mendengar setiap penerangan Farah dahulu, dan Farah latih untuk dia kenalpasti apa dia rasa. Dalam keadaan beritahu kesalahan dia itu, dia sebenarnya rasa sedih sebab ‘buat salah'. Farah puji kerana dia beritahu Farah apa yang berlaku. Tiada siapa pun berasa gembira genuin apabila telah melukakan hati / menyakitkan secara fizikal akan orang lain.

Option kedua, “Firash... turun. Turun sayang” (nada tegas, dan facilitate arahan seterusnya, bermakna ia kontra kepada memanjat, iaitu turun, logik kan?). Ni memang kena rajin memikirkan vocabulary terbalik kepada apa yang sedang dibuat, dan apa yang nak disuruh.

Satu kisah kawan Farah dahulu dengan anak berumur 4 tahun yang suka memanjat pagar. Farah beritahu agar elak guna jangan, tapi guna perkataan arahan tingkahlaku apa yang anak boleh buat, ‘instead off’ apa yang tak boleh buat. Maka kawan Farah cuba usaha ubah. Semasa anak memanjat, memula dia kata “abang, jangan panjat” dan didapati anak terus memanjat, tak hiraukan larangan ibunya. Tetiba kawan saya dapat ilham tukar skrip: “Abang, turun”.

Apa yang berlaku ialah magik, apabila si anak respon dan bertanya, “Turun? Turun macam mana bu?” Kemudian si ibu terus men ‘coaching’ anak dari jauh bagaimana nak turun iaitu dengan menurunkan kaki satu demi satu, turun ke bawah. Mudah, kan?  Sebab apa? Sebab ia berbentuk arahan. Bermakna anak memang dengar arahan. Semasa kita sebut “jangan panjat”, dia nampak dalam kepala dia, arahan “panjat”, manakala semasa kita menyebut “turun”, dia nampak arahan “turun”, namun dia tidak tahu caranya, maka dia bertanya. Yang penting, dia sudi bekerjasma dengan kita.

Penerangan lebih dari itu bukanlah jawapan kepada permasalahannya, sebab yang penting umur macam ni ialah ‘keep on educating’ anak ‘the right way/behaviour’ dan kita perlu mempunyai ilmu dan kefahaman akan di sebalik tingkah laku anak kecil yang tidak pernah salah.

Farah risau dalam jangka masa yang lama, anak akan channel ke tingkahlaku lain yang lebih mencabar kesabaran diri kita, jika kita terus menghalang perbuatan atau tingkahlaku semulajadinya sedangkan itu adalah perkembangan normal dan membangun untuk perkembangan fizikalnya. Usia yang kecil, dan apa yang dia mampu buat ialah tunjuk protes tidak setuju dengan menghempaskan diri dan kepala dia ke lantai yang kita pun rasa risau cemas bila tengok, dan sedih bila memikirkannya. Bermaksud capaian ruang dia yang ada ialah badan dia sndiri. Ke hadapan? Capaian kepada badan orang lain yang lebih ramai.. Sekarang cedera diri, esok cedera orang lain. Dan ruang lebih jauh, bukan sahaja di rumah, malah ruang lain. Contoh anak remaja, mak nasihat, dia marah, terus keluar rumah start enjin motor, dan bawa laju-laju.

Semasa anak menghempas diri ke lantai dan hentak kepala, buatlah refleksi emosi dan tingkahlaku anak dengan berkata, contoh: Sayang Ash, Ash rasa frust ya sebab tak dapat apa Ash nak. (Peluk dan usap kepala dia). Mommy bukan sengaja tak beri sayang, Mommy tak mahu Ash cedera. Mommy nak pastikan Ash selamat. Lepas solat Asar/ minum petang kita pergi playground ya? 

Teruskan berdoa kepada Allah, ucapkan skrip kepada anak berbentuk hypnotise seperti anak Mommy anak yang soleh, bijak, dan aktif, boleh dengar kata Mommy. In Shaa Allah, akan selamat dunia akhirat. Mommy sayang anak Mommy, Mommy hanya nak pastikan anak Mommy selamat dan berjaya dunia akhirat. Ya Allah, lindungi dan pelihara anakku dari sebarang perkara yg tidak baik dari berlaku – Boleh ucapkan depan anak.

Lain option, bagi dia panjat dan kita ‘follow’. Contoh panjat tingkap melalui dinding hingga tahap dia maksima boleh capai, dan dia dapat tengok tingkap ke luar. Kemudian raikan, “Kita dah berjaya panjat sampai atas.. Cuba tengok kat luar tu, ada pokok, kereta, lori sampah, dan sebagainya” ..

Masa Firash berumur bawah setahun, dia suka panjat tangga bila setiap kali pintu pagar tangga dibuka. Jadi, setiap kali pintu pagar tangga dibuka, dia akan panjat tangga. Semua orang tak bagi, melarang, sedikit menjerit kerana dia menghampiri memanjat tangga. Farah? Tenang-tenang aja dong... (walaupun sebenarnya risau...ha ha ha...), Farah ikut dia dan bantu dia panjat tangga, hingga sampai ke atas. Farah dapati perkembangan positif, dari perlu bantuan memanjat tangga, kepada dia boleh panjat sendiri, dari satu set tangga (10 steps), kepada dua set tangga sampai tingkat atas. 

Dan dari belum mengira dan hanya mengira dengan menyebut “ti, ti, ti” untuk ‘counting’ kepada mengira menyebut “one two three satu dua tiga sampai ten / sepuluh. Farah raikan malah rakam video lagi masa dia dah pandai naik tangga 2 set sendiri dengan merangkak. Masa tu dia belum boleh berjalan lagi. Jappp... Owhhh, belum pernah kongsi di Instagram ataupun mana-mana...Nanti semak balik dalam dropbox dan cuba untuk muatnaik... Ihiksss... Macam banyak masa sangat nak buat semua benda... 

Setiap petang, bawalah anak kecil ke padang rumah ataupun mana-mana kawasan indoor playground jika ada kesempatan, bagi hormon oksitosin-nya terembes (hormon anti stres) melalui cahaya matahari petang dan persekitaran luas yang bebas. Perasan tak padang tak macam rumah? Tiada ‘rules’ sebanyak di dalam rumah. Kecuali satu atau dua ‘rules’ seperti pabila anak menghampiri longkang tepi padang dan sebagainya. Itu pun kita just sebut “longkang tu, hati-hati” atau kita sama-sama temankan dia melangkah longkang. Di situlah mereka nak melepaskan energy mereka (positif/negatif), ‘explore’ dunia mereka, ‘explore’ permainan fizikal di taman permainan (macam-macam zaman sekarang, memang dicipta utk stimulasi kemahiran motor kasar mereka) dan belajar bersosial dengan kanak-kanak seusia atau lebih besar dan lebih kecil.
Yang pastinya jika ‘rules’ di rumah tak boleh memanjat, di taman permainan, ‘rules’ dan mesejnya ialah kat sini boleh panjat (silalah panjat puas puas ya, hehe), jangan lari nanti pecah pasu atau langgar kerusi, di sana, silalah lari sekuat kuatnya ya, dan jangan menjerit, jadi jeritlah gembira sekuat kuatnya. Kan? Jadi memang Farah akan bawa ke padang / playground jika berkesempatan setiap hari, demi memastikan energy sehari dia di rumah terlepas dengan bebas puas di tempat yang betul dan paling sesuai…Jika tak berkesempatan hari bekerja, hujung minggu adalah masa yang paling sesuai... ;-)

Post a Comment

4Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. kalau boleh taknak sebut perkataan tu..Tapi kekadang terkeluar jugak... :-?

    ReplyDelete
  2. Thanks for the tips.. Nanti boleh apply kat anak sendiri pula.. In Shaa Allah.. :)
    RosmizaAli.Com

    ReplyDelete
  3. tu la ajar fariza jangan pegang kipas..heehe

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !