Aktiviti Pengisian Ramadhan Anak-Anak...

Farah Waheda Wahid
3
Melatih anak-anak berpuasa di bulan Ramadhan, adakah sekadar menahan lapar dan dahaga? ataupun lebih daripada itu? Jika hanya ingin mengajar anak tentang lapar dan dahaga semata-mata, rasanya bukanlah satu langkah yang bijak kerana ibadat berpuasa di bulan Ramadhan yang juga merupakan Rukun Islam ketiga adalah sangat luas maknanya. Memahami makna atau pengertian sebenar puasa itu lebih penting daripada terus berpuasa tanpa tahu hujung pangkalnya kan? Kefahaman dan pemahaman itu penting untuk anak-anak dan juga diri kita. 

Keadaan yang biasa berlaku apabila melatih anak-anak berpuasa adalah mereka tertunggu-tunggu, ternanti-nanti waktu untuk berbuka puasa, yang mana itu sangat kita fahami sebagai ibu bapa dan kita juga pernah melalui fasa-fasa itu sewaktu kita kecil dahulu sewaktu kita mula-mula berlatih puasa. Serasa ibarat, waktu itu terlalu lambat berjalan. Ha ha ha...Bilalah nak berbunyi azan Maghrib ni, bilalah nak dengar beduk dipalu ni... Tak gittew? Kalau tak, mungkin Farah jerlah kot... Ekekekeke... 

Kenapa boleh jadi macam tu? Kenapa boleh rasa macam tu? Sebagai seseorang yang pernah melalui zaman kanak-kanak dan melalui fasa itu... Ianya mungkin disebabkan apabila kita sedang dilatih berpuasa, kita terasa lapar dan dahaga, kita mungkin kurang melakukan aktiviti dan sepanjang waktu menunggu sehingga waktu berbuka puasa itu, kita terasa ibarat seolah-olah setahun lamanya... Jika ada pengisian, mungkin attention kita terhadap lapar dan dahaga sebagai kanak-kanak itu akan divert. Sama ibaratnya, bila kita sibuk bekerja, ada kala kita lupa waktu makan, bila kita fokus atau khusyuk melakukan sesuatu yang kita minati, mungkin kita akan lupa perkara-perkara lain yang mengganggu fikiran kita buat seketika. Begitulah juga halnya dengan anak-anak. 

Makanya, apa yang ingin Farah kongsikan di dalam entri kali ini adalah cadangan atau contoh pengisian aktiviti di bulan Ramadhan yang dapat dianjurkan untuk anak-anak yang Farah peroleh dari Laman Facebook, naluriparentingcafe.com:













Bagi Farah perkongsian ini adalah sangat bermanfaat buat diri Farah yang belum berpengalaman melatih anak sendiri berpuasa. Mungkin ini adalah satu perkongsian yang boleh Farah take note dan alert supaya tidak lupa melakukan pengisian yang berfaedah, menarik serta bermanfaat untuk Iman Firash di bulan Ramadhan yang akan datang. In Shaa Allah...Semoga ianya juga bermanfaat buat semua ibu bapa di luar sana. 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !