Akhirnya!!! Rekod Tanpa Graffiti Itu Musnah!!!

Farah Waheda Wahid
10
 

Fuhhh...Fuhhh...Fuhhh... Kusss semangat! Huwaaa... Nak nangis ke? Atau nak gelak ke? Atau nak senyum ke? Atau nak buntang mata ni? Mana satu nak ni??? Ha ha ha... Nasib baiklah Mommy awak ni melakukan perkongsian tetapi masih sedar lagi realitinya bagaimana. Nasib baik menyampaikan sambil berlapik tau tak? Sebab hakikatnya, kalau dah nak terjadi tu... Akan terjadi juga. Sebab tu di dalam entri perkongsian tips keibubapaan yang lepas, Farah ada nyatakan bahwasanya sehingga buat masa dan ketika itu Iman Firash masih belum lagi menconteng dinding rumah dan dinding rumah masih selamat lagi! 

Tidak dinafikan Farah telah melakukan pelbagai cara untuk mengelakkan Iman Firash dari menconteng dinding dan sehingga ke setakat itu, moment itu... Berjaya mengalihkan perhatian dia, mengelakkan serta menyelamatkan dinding rumah. Kelmarin??? Akhirnya, rekod tanpa graffitti itu telah musnah!!! Sewaktu daun pintu dikuak dari luar itu yang pertama Mommy nampak! Nahhh Mommy! Hadiah untuk Mommy! 

Huwaaaaaaa.... Menangis tanpa air mata dan jadi speechless secara tiba-tiba. Ha ha ha, dramatik sangat Mommy Firash ni tau. Dah nak raya ni nak oiiii... First impression pula tu... Perkara atau bahagian pertama yang boleh dilihat apabila pintu rumah dibuka dan tetamu yang berkunjung masuk ke dalam rumah. Kalau ikut selamba badak Farah ni... So what??? Rumah ada anak kecil yang sedang membesar... Tentu-tentulah orang boleh faham atau kena faham kan? Kalau tak boleh nak faham tu lantak kome lerrr... Teman nak buat apa lagi? Dah jadi pun... Miker nak cakap apa pun cakaplah... Ha ha ha... Kalau ikut tak nak semak mata memandang? Haruslah kena dicat semula. Bab nak cat mengecat semula ni yang tak taulah lagi sama ada akan dicat semula dalam waktu terdekat ni ke tidak? 

Memang ada hajat nak cat dinding rumah semula. Kasi tukar mood dan environment sedikit. Tapinya... Bukan sekarang lerrr... Teman ni baru nak susun balik satu persatu kedudukan segalanya ni. Apa orang kata tu? Baru nak mula bernafas dan mulakan hidup kembali. Makanya, semua perlu dilakukan satu persatu. Sebab tu, kalau ada perkara-perkara yang tertangguh dan tertunggak buat sekian lamanya tu, miker ingatkanlah berjuta kali pun... Bukan teman tak ingat, ingat jer... Tapi kena sabarlah sikit kan? Takkan selempap dan sederap sekali kot? Tentunya ada perancangan yang mana perlu attend dahulu dan yang mana lebih kritikal dulu. Yang kritikal sangat-sangat dah tu perlu dengan segera diselesaikan. Aihhh... Cerita panjang pun tak gunalah... Sebabnya hanya Allah dan Farah jer yang mengetahui apakah di sebalik dan yang sebenarnya. 

Berbalik kepada contengan pertama di dinding yang eksklusif oleh Iman Firash tu. Rupa-rupanya dia buat kerja dalam diam! Nek Ma sedang sibuk di dapur, dia sedang mewarna di ruang tamu. Khusyuk dan leka, mewarna gambar-gambar Thomas & Friends yang Mommy dia dah cetakkan. Ingat Nek Ma-nya, dia diam tu mewarnalah kan? Rupa-rupanya dalam diam itchy sangat tangan tu dan keinginan tu nak conteng dinding dengan krayon. Ha ha ha... Sampai-sampai depan jer, Nek Ma dia tengok dah selamat dah. Bertabahlah wahai mata Mommy yang melihat keadaan dinding dengan graffitti istimewa Iman Firash itu. Dah terlajak tak boleh undur lagi kan? Perbaiki jerlah... 

Mommy betul-betul terasa ralat ke? Alahaiii, jujurnya kalau boleh memanglah tak nak. Tapi kalau tak macam tu taklah beranak kecil yer tak? Ha ha ha... Itulah tandanya kita ni beranak kecil dan itulah dia antara moment di dalam hayat dan perjalanan kehidupan kita sebagai seorang ibu yang akan menjadi kenangan di masa akan datang dan satu hari nanti, In Shaa Allah, jika umur kita masih panjang... Itulah yang bila kita kenangkan akan membuatkan kita tersenyum. Kesimpulannya, ok ok aja dehhh... Biasalah tu... :-)... Cuma nak cerita jer... Iman Firash akhirnya dah buat graffitti di atas dinding rumah... Dan akhirnya, dinding rumah dah turut menjadi mangsa contengan... 

Kalau dah sekali tak mustahil akan ada kali kedua... Agak-agaknya lepas ni tang mana pula ek yang akan menjadi sasaran Iman Firash? Ha ha ha... 

Post a Comment

10Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Hahaha... kakak nak ketawakan Farah dulu:)
    Iman Firash bagi hadiah special tu. Sedangkan kakak dulu siap beli whiteboard buat anak-anak still tangan tu boleh terlajak keluar dari whiteboard tau Farah.. sabar ajelah:)

    ReplyDelete
  2. :) dah sampai tahap iman firash tunjukkan skil kat mama tu

    ReplyDelete
  3. adui.. budak2 biase la.. kalau kita dah berhati2 pun akhirnya terlepas pandang jugak..

    ReplyDelete
  4. Bertabah ye mommy.. Hehrhe..
    Nk raya ni iman firash nk deko2 sikit. Nti kwan mommy dtng raya msti tnya hasil siapa. Hehe..

    Zara pula suka conteng tikar.. Lg laaaa sbar..

    ReplyDelete
  5. Hahaha..Good Job Firash..Dah berjaya menambahkan kerja Mommy..huhu..Sabar ye Farah..huhu

    ReplyDelete
  6. hihiiihi...sy selepas 3 thn setgh...zaryth pecah rekod..fuh

    ReplyDelete
  7. Bila neuron mula berhubung semakin agresif...anggap seni la mommy..

    ReplyDelete
  8. bertabahla yer mommy firash...insya Allah, firash tengah nak membesar dengan kreatifnya...^_^

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !