Home »
health
,
health info
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting alert
,
parenting info
,
parenting knowledge
,
parenting news
» 10 Bahaya Difteria!
10 Bahaya Difteria!
Mulanya daripada kes
kematian seorang kanak-kanak perempuan berusia tujuh tahun di Ujong Pasir,
Melaka akibat dijangkiti bakteria difteria, kes jangkitan bakteria ini menjadi
VIRAL secara tiba-tiba dan dah tentu-tentulah menarik perhatian Farah sebagai
seorang ibu kan? Dan dah tentu-tentu bukan Farah sahaja, ibu bapa lain yang di
luar sana pun sama juga. Terus terasa nak ambil tahu lebih lanjut tentang
difteria ni dan equip diri dengan sedikit ilmu pengetahuan mengenai difteria.
Sebab...terfikir, kalau tak silap ada dikatakan bahawasanya disarankan untuk
mengambil suntikan vaksin apa entah... Dengar sekali imbas kan? Sebab fokus ke
arah benda lain...Makanya, nak kenalah cari informasi yang betul semula untuk
benar-benar faham dan tak panik tak tentu pasal. Hu hu hu.... Dan secara tak
langsung terjumpa informasi yang dicari di laman Facebook Kementerian Kesihatan
Malaysia.
Apakah Itu Difteria?
Difteria adalah
penyakit yang disebabkan oleh bakteria
Corynebacterium Diphteriae. Ia tersebar
melalui titisan cecair, pernafasan. Bakteria ini menjangkiti tekak (tonsil dan
farinks) dan menghasilkan toksin yang menyebabkan keradangan di sekitar tekak
dan bengkak leher yang boleh menyebabkan pesakit sukar bernafas.
Dengan kata lain
difteria adalah penyakit saluran
pernafasan yang menyerang bahagian atas mukosa saluran pernafasan dan kulit
yang terluka.
Beberapa perkara berkenaan
bakteria tersebut perlu ibu bapa ketahui untuk mengelakkan ia daripada
menjangkiti anak-anak kecil ialah:
1. Antara tanda-tanda
kanak-kanak yang dijangkiti bakteri ini ialah sakit tekak berpanjangan, demam secara tiba-tiba dan tumbuhan membran
kelabu meliputi tonsil serta bahagian saluran pernafasan.
2.Toksin ini juga boleh menyerap ke dalam darah, melumpuhkan saraf dan
menyebabkan keradangan jantung (miokarditis) yang menyebabkan kematian.
3. Menurut Pengarah
Jabatan Kesihatan Melaka, Datuk Ghazali Othman pembawa kuman adalah dalam kalangan manusia sendiri dan ia amat
sensitif kepada faktor-faktor alam sekitar seperti kekeringan, kepanasan dan
sinaran matahari.
4. Bagaimana difteria
disebarkan? Ia tersebar melalui kulit
saluran pernafasan dan sentuhan dengan pesakit difteria sendiri.
5. Jangkitan difteria
mempunyai kadar kematian yang tinggi, iaitu antara 25 ke 50%.
6. Kadar kematian akibat difteria paling
tinggi dalam kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam
masa tiga hingga empat hari.
7. Bakteria ini boleh dicegah melalui suntikan
vaksin difteria. Vaksin difteria terkandung dalam vaksin lima (5) serangkai,
DTaP-IPV//Hib (Difteria, Pertusis, Tetanus, Polio dan Haemophilus Influenzae
Type B). Ia diberikan pada usia 2,3, 5 dan 18 bulan. - ok rasanya Firash
dah lengkap semua dah.
8. Liputan imunisasi
yang melebihi 95% dalam komuniti akan memberi imuniti kelompok (herd immunity)
dan melindungi kanak-kanak daripada dijangkiti bakteria ini.
9. Kanak-kanak yang
telah menerima imunisasi lengkap hanya akan mengalami gejala ringan apabila dijangkiti dan terlindung dari
komplikasi.
10. Kementerian
Kesihatan Malaysia memberi penekanan betapa penting kanak-kanak diberikan
imunisasi yang lengkap termasuk vaksin difteria bagi memberikan perlindungan
terhadap jangkitan penyakit dan mencegah berlaku komplikasi akibat jangkitan.
Ibu bapa yang masih
lagi belum membawa anak-anak mereka mengambil imunisasi hendaklah segera
membawa mereka untuk mendapatkan imunisasi vaksin lima (5) serangkai yang
lengkap. Ia merupakan tanggungjawab ibu bapa untuk memberikan perlindungan dan
menyelamatkan anak-anak daripada mendapat jangkitan dan seterusnya komplikasi
jangkitan dan kematian, seperti apa yang sedang berlaku sekarang.
* Ini mungkin tak
boleh diaplikasi pada ibu bapa yang anti-vaksin....Semoga anak-anak kita semua terlindung daripada bahaya difteria.... In Shaa Allah, mudah-mudahan... Amin
Terimakasih telah membaca artikel 10 Bahaya Difteria!. Jangan lupa share ya
Share
5 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
bahaya jugaa ni..risauuu
ReplyDeleteItulah. Terus cancel plan nak bawak baby jalan-jalan walaupun kat Sarawak still tak ada kes tapi sebagai langkah pencegahan. Diari Mommy Muhaimin
ReplyDeleterisau jugak kalau keluarga terdekat kita kena. Semoga Allah melindungi kita.
ReplyDeletejangan lupa join giveaway wawa. banyak hadiah menarik menanti!! 6 HARI LAGI TINGGAL SEBELUM GIVEAWAY TAMAT!
http://wawaabdulhadi.blogspot.my/2016/06/ramadhan-kareem-giveaway-2016.html
[-( eeee bahayanyaaaaa.. xmau a bwak adik2 n baby keluar uma sgt.. takuttt!!!
ReplyDeletetp, vaksin dpt lengkap... kurg sikit takut.. hihi tq for sharing kak..
Adehhhh..Bahaya ni...Semoga kita sentiasa dilindungi & gembira di Hari Raya nnt..Amin.
ReplyDelete