Home »
ash
,
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting chat
,
parenting journal
,
parenting journey
,
parenting sharing
,
parenting stories
,
sembang parenting
» 1 Ramadhan 1437H Yang Cukup Mendebarkan!
1 Ramadhan 1437H Yang Cukup Mendebarkan!
2-3 hari sebelumnya, kebetulan ada ruang kesempatan serta
waktu untuk kami berdua suami isteri duduk untuk one to one dan heart to heart
session tentang anak tunggal kami berdua iaitu Iman Firash. Lama juga tak
mempunyai ruang waktu dan kesempatan untuk betul-betul duduk berborak tentang
perkembangan semasa anak kami tu serta tentang perbezaan cara didikan di antara
kami berdua. Sudah semestinyalah berbeza kannn? Manakan sama pendekatan seorang
ibu dan juga pendekatan seorang bapa.
Pandangan Abah dia, Mommy sangat penuh dengan protokol.
Pandangan Mommy pula, protokol itu penting supaya dia kenal rules &
regulations, apa yang boleh apa yang tidak. Haaa, nampak tak permainannya di
situ? Dari situ pun dah ada perbezaan pandangan serta pendapat... Walaupun ada
perbezaan pandangan serta pendapat... Tidak semestinya masing-masing kena
tegakkan prinsip masing-masing dan fikirkan masing-masing jer betul kan? Farah
percaya dengan konsep perbincangan dan menyuaipadankan kedua-dua pendekatan -
yang mana dirasakan baik dari pendekatan seorang bapa diambil dan ditambah pula
dengan pendekatan seorang ibu... harmonikan kedua-dua pendekatan tersebut dan
kemudiannya cipta satu modul baru agar ada imbangan didikan dari seorang bapa
dan juga seorang ibu. Anak sama-sama kan? Jadi sama-samalah kena fikir dan
bekerjasama di dalam proses perkembangan serta pendidikan anak.
Dalam berborak-borak tu, tersentuh juga tentang topik anak pandai berlakon! Kata Abah dia,
anak memang pandai berlakon... Contoh yang Abah dia beri adalah sangat mudah,
anak jika tinggal dengan ibu semua karakter sebenar akan keluar, akan tetapi
bila bapa ada, karakternya akan menjadi sesuatu yang berbeza. Senang cerita,
secara mudahnya, bila bapa ada, anak akan lebih menjaga kelakuan mereka
disebabkan takut dengan bapa mereka. Itu kata Abah Ash. Yang mana, mungkin ada
betulnya... Dan tidak mustahil juga, pada zaman sekarang ni, ia boleh menjadi
sebaliknya. Bergantunglah, bergantung kepada siapa yang lebih garang agaknya
kot? Ha ha ha.... Salah seorang kena garang... Salah seorang kena lembut...
Tapi dalam kes kami suami isteri, nampaknya dua-dua agak garang... #ehhh, Mommy
tak garang...tetapi Mommy lebih kepada tegas.
Dikaitkan dengan Iman Firash... apa yang dapat dilihat...
bila Abah tiada, semua sisi kelakuan keluar... Bila Abah dia ada, keluar juga
sisi kelakuan tu... Tapi... Agak macam terkawal sedikit dia...Macam shy-shy cat
macam tu... Ha ha ha...tau pun control kelakuan bila Abah ada... Mungkin ianya
memang benar yang anak itu pandai berlakon atau berubah karakter bergantung
dengan keadaan semasa dan juga siapa yang ada di sekitar pada waktu-waktu
tertentu.
Tup tup tup... Nak dijadikan cerita... semalam 1 Ramadhan
1437H iaitu semalam, terjadilah satu insiden yang betul-betul membuatkan Nek Ma
dia mengalirkan air mata, risau, sesak nafas... membuatkan Mommy dia rasa bagai
hendak tercabut jantung dan memecut dari pejabat secepat yang mungkin - tak
peduli dah sama ada, ada speed trap ataupun tidak, Mujurlah jarak di antara
pejabat dan rumah cuma lebih kurang 20 minit sahaja sekarang... membuatkan Abah
dia agak risau juga dengan keadaan dia.
Pada lebih kurang pukul 2.00 petang, Nek Ma dia telefon Farah
yang pada waktu itu sedang melayan rasa mengantuk di bulan Ramadhan. Ha ha
ha...Tak bulan Ramadhan pun mengantuk selepas waktu makan, bulan Ramadhan pun
mengantuk selepas waktu rehat... Sama jer... Tapi bulan Ramadhan tu yang
mengantuk dia semacam sikit yer tak? Ok, bebalik kepada cerita tadi, Nek Ma dia
maklumkan yang Iman Firash tak boleh
berdiri! Bila berdiri jer dia akan jadi tak seimbang dan dia akan kata...
"Akit...Akit..."... Yang membawa maksud sakit. Farah minta Nek Ma
untuk urutkan kaki Ash dengan minyak panas dahulu. Farah pesan buat yang tu
dulu kemudian jika tidak ada apa-apa perubahan maklumkan kepada Farah.
Masa tu, dalam hati dah tak senang duduk dah dan semestinya
dah merancang untuk keluar seketika dari pejabat untuk pulang ke rumah dan
lihat bagaimana keadaan Iman Firash. Seserius mana? Seteruk mana? Dan apa yang
boleh dilakukan untuk membantu menyembuhkan apa yang dia alami. Sambil bercakap
dengan Nek Ma dia, sambil banyak cabang dalam kotak pemikiran. Hu hu hu...
Lepas letak jer telefon dengan Nek Ma dia, terus What's App Abah dia pula...
Beritahu tentang keadaan Iman Firash.
Menurut Nek Ma dia, dia tak ada memanjat, tak ada melompat,
cuma dia duduk main dengan tablet sahaja. Dalam kepala ni terfikir juga,
mungkin cara dia duduk sewaktu main dengan tablet tu. Mungkin duduk di dalam
cara yang salah di dalam tempoh yang agak lama yang menjadikan dia rasa sakit
begitu kot? Mungkin otot kejang ke? Ataupun kaki dia rasa semut-semut. Itu yang
jadi lemah tak boleh berjalan tu.
Chill dulu chill Mommy. Buat jer kerja di pejabat dengan cuba
bertenang dan seperti biasa walaupun hati dan fikiran asyik dok terbayang jer
pada Ash. Dalam dok teringat-ingat... 2.45 petang macam tu, Nek Ma dia telefon
lagi sekali...Kali ni dah menangis-nangis dah Nek Ma dia kerisauan yang amat.
Bila dengar Nek Ma dia menangis sampai begitu sekali... Apa lagi, Mommy dia
mulalah dah ingat nak pecut balik jer... Nek Ma dia kata, dia nak dukung dan
baring jer... Tak nak berjalan langsung... Berdegup kencang jantung Mommy
dia... Firash dah kenapa Firash? Terus maklumkan kepada Abah dia yang Mommy nak
gerak balik rumah pada waktu itu juga dan maklumkan tentang keadaan Firash.
Biasalah Mommy, kalau dah tekan minyak memang tak peduli apa lagi dah... Macam
sewaktu insiden Ash kena fits dulu... Memang tekan minyak dan langgar jer
semua. Abah pesan, Mommy bawa hati-hati jangan bahayakan nyawa dan sampaikan
rumah dulu. Lepas tu maklumkan pada Abah keadaan Firash. Kalau perlu, Abah
bergerak dari pejabat dengan kadar secepat mungkin.
Sampai jer rumah, tak masuk kat parking pun kereta... Terus
parking depan pintu pagar dan terus keluar dari kereta tanpa mematikan enjin
kereta. Kalaulah ada yang nak curi kereta semalam, memang senang betul sebabnya
enjin masih terbuka. Boleh putih mata macam tu jer... Hu hu hu... Anak dulu
yang dikejar... Masuk-masuk jer... Dia sedang baring dan panggil ...
"Mommy..."... Terus Farah suruh dia bangun, berdiri dan cuba berjalan...
Farah cakap pada Ash... "Ash, get up and go take your shoes... You want to
follow Mommy or not? "... Dia nampak teruja! Biasalah nak naik kereta kan?
Memang selama kini dia tak pernah kena begini... Dia cuba bangun dan nak
berlari seperti biasa tetapi dia berjaya
berdiri, cuba berlari... langkah terhenti... dan dengan sangat perlahan dia
cuba untuk berjalan sedaya upaya... Farah perhatikan sahaja cara dia
berjalan... Kaki kiri nampak lemah...Terjengkot-jengkot dia seperti sedang
menahan kesakitan. Tak sanggup tengok keadaan dia macam payah sangat nak
berjalan... Terus Farah sauk dia dan dukung dia. Bawa jer sandal dan tak
pakaikan pun. Ambil bekalan susu dan air suam dia, sesalinan lampin pakai
buang, dia cium dan siap bye-bye pada Nek Ma dia... "Bye Nek
Ma..."... Kata dia... Yup dia tak menangis langsung! Itu menimbulkan
sedikit kelegaan...
Terus menuju ke klinik... Sesampai di klinik, sewaktu nak isi
borang, dia minta dilepaskan sebab di klinik tu memang ada play area...Dia nak
menuju ke situlah tu... Dah faham sangat...Awak ni mengenangkan kaki dia sakit
tu, dan tak stable untuk berjalan... Jadi tak naklah lepaskan dia, on the
second thought of it... Cuba lepaskan dan tengok... Farah lepaskan dia... Pada
permulaan masih terjengkot-jengkot... #ehhh... lepas pada tu... elok dia
berlari walaupun nampak sedikit canggung langkah tu...Memang standby jer lah
sebab takut dia jatuh tersungkur ke apa mengenai tiles klinik tu. Tiba giliran
dia, masuk untuk berjumpa dengan doktor kegemaran dia, Dr. Siti. Dalam tu, dia
berlari ke hulu ke hilir... Macam tak ada apa-apa... Nak tau doktor cakap apa?
Dr. Siti : Kak dia
tak sakit kak... Ok jer dia berjalan dan berlari tu... Akak tengok tu...
Farah pun ceritalah pada Dr. Siti yang bagaimana keadaannya
sebelum itu... Dr. Siti kata, boleh jadi sebab muscle cramp... Kejang otot...
Memang boleh terjadi pada kanak-kanak juga... Kanak-kanak tak pernah menipu apa
yang mereka rasa...Betul! Itu Farah sokong... Jadi pada waktu yang dia kata
sakit tu, memang dia betul-betul sakit. Tapi untuk masa itu sahaja, selepas itu
dia dah ok seperti biasa. Dr. Siti kata lagi... Saya confirm kak, dia tak
apa-apa... Kalau sakit dia mesti menangis, saya kenal Firash sangat dah... Kalau
jadi lagi lepas ni, terus bawa ke klinik jumpa saya. Baik! Mommy yang menurut
perintah.
Maka tiadalah sebarang medication yang diberikan untuk Ash.
Sebab tak sakit kannn? Masuk jer ke kereta, start enjin terus telefon Abah dia
dan maklumkan keadaan terkini dan semasa. Lega hati kami masing-masing bila
mana ianya adalah cuma muscle cramp dan bukannya apa-apa yang serius. Hu hu
hu... Dia pun apa lagi, ambil kesempatan sibuk nak bercakap dengan Babah juga
kannn? Dah terkawal keadaan, terus tuju semula ke pejabat. Tak hantar dia balik
pun... Dah alang-alang... Waktu pada ketika itu dah hampir 3.45 petang dah...
Lagi sikit jer lagi nak balik... Pukul 5.00 dah habis waktu kerja...
Alang-alang tu terus jer bawa dia ke pejabat... Amboiii bukan main lagi dia
dalam kereta... Siap menyanyi-nyanyi riang ria di hati kecil bagai...
Sempat juga rekod video dia yang bernyanyi-nyanyi kecil
keriangan di hati sewaktu berhenti di lampu trafik dan hantarkan kepada Abah
dia... Abah dia terus beri reply seperti di bawah:
Sampai jer ke perkarangan office Mommy... "Yeayyy... Dah
ampaiii... Mommy... Yeay... Dah ampaiii..."... Berdecak-decak bunyinya
bila menuju ke lobby dan masuk ke dalam lif sambil terlompat-lompat kecil.
Masuk jer ke office Mommy... Tu diaaa... Nak bagi diam punya pasal... Cetakkan
coloring pages Thomas & Friends dan juga Tom & Jerry... Haaa...Warnalah
sesuka hati dan duduk diam-diam Mommy nak sambung buat kerja.... Lekalah dia
sampai ke pukul 5... Abah dah risau dah... Kalau ikut Mommy pergi office, boleh
ke duduk diam Firash ni? Tapi Alhamdulillah, terkawallah keadaan... Habis semua
orang dia nak salam dan tegur... Peramah rupanya anak manja Mommy ni...
Tapi jujurlah, sebagai seorang ibu, memang rasa nak gugur
jantung ni bila dapat panggilan macam tu... Tapi syukur sangat-sangat tak ada
apa-apa... Boss kata, budak-budak biasalah... akal dia panjang... Hari ni siap
pesan dengan dia... Firash, main elok-elok, duduk elok-elok ok? Jangan sampai
jadi macam semalam lagi ok? (kalau nak sakit bukan dia minta yer tak? tapi bab
berlakon tu, tak taulah pula Mommy dia... hu hu hu)....
Terimakasih telah membaca artikel 1 Ramadhan 1437H Yang Cukup Mendebarkan! . Jangan lupa share ya
Share
5 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
Berdebar akak baca Farah..
ReplyDeleteMoga tiada yg serious kat firash tu..
Adehhh..Ash dah pandai berlakon cite suspend la pulak..huhu
ReplyDeleteselamat berpuasa.
ReplyDeletegigih fae baca sampai habis entri kak farah yang ne heheheh
ReplyDeletemasalah budak ni cuma satu je . mrk tak dapt nak gambarkan sakit mrk tu mcm mana dan bagaimana ... alhamdulilah dah ok .
ReplyDelete