
Kisah santai di hari Jumaat... Jumaat dah kannn? Ceritanya pun tone down ler sikit...Ha ha ha...Cerita best-best (masalah best ke? Muahahaha)... Kita pengap dan simpan untuk hari lain... Hari Jumaat, Sabtu dan Ahad mood bercerita biasanya menuju ke arah yang santai-santai, ringan dan tidak terlalu berat. Itu pun bergantung kepada mood semasa dan juga tahap exhausted juga. Kisah malam semalam... Pabila Nek Ma dah tidur... Dia pun dengan panjang akalnya...
Dengan panjang akalnya, bangun dari perbaringan dan ambil cermin mata Nek Ma dia sambil memegang di kedua-dua tangkai cermin mata. Lagu kegemaran dia sememangnya Wheels on The Bus... Memang selalu humming dan menyanyi lagu tu kalau dia bersendirian bermain dan selalunya ajak Mommy dia untuk turut serta menyanyi bersama-sama dengan dia, siap dengan gaya tarian mengikut lirik lagu Wheels On The Bus tu...
Bahagian yang dia paling gemar adalah... The wipers on the bus goes swish swish swish, swish swish swish... The wipers on the bus goes swish swish swish... All through the town...Siap dengan mulut, siap dengan gaya...
Apa yang dia lakukan malam semalam adalah... Ha ha ha... Tangkai cermin mata Nek Ma tu dijadikan sebagai wiper! Elok jer menyanyi-nyanyi sambil mengerak-gerakkan tangkai cermin mata tu... Konon-kononnya itu wiper lah tu...Dia anggapkan dan imaginasi dia, itu adalah wiper... Anak-anak kecil yang sedang bereksplorasi dan membesar biasalah...Memang panjang jer akal mereka kan? Ada jer idea, ada jer ilham...
Mak aiii... Kalaulah patah tangkai cermin mata Nek Ma tu, dah menjadi satu hal pula lagi Mommy nak mengganti...Ha ha ha... Iya, kalau anak kita merosakkan sesuatu barangan atau melakukan sesuatu yang mengakibatkan sesuatu kesan, kita sebagai ibu bapa kenalah bertanggungjawab yer tak? Takkan nak lepas tangan macam tu jer... Memikirkan kemungkinan tangkai cermin mata itu menjadi longgar ataupun patah... Walaupun terpaksa potong stim dia yang tengah seronok... Mommy ambil secara baik dan perlahan-lahan dari dia cermin mata Nek Ma dia... Agar dia tak tantrum... Nasiblah dia ok... Ha ha ha... Dari patah tangkai cermin mata tu? Kakak tak mampu lagi noksss nak mengganti cermin mata Nek Ma dia... Cermin mata sekarang ni pun bukan sikit murah harganya... Adalah yang murah...tetapi yang Nek Ma dia pakai tu dari bingkai berjenama dan cermin berkualiti... Belum mampu lagi Mommy dia nak mengganti buat masa sekarang ni...
Terbayang kalaulah patah tangkai cermin mata tu semalam... Ha ha ha... Suku gaji habis kat cermin mata tu jer... Near miss namanya ni...
nice sharing
ReplyDelete