Terkini : Durasi Video Lebih Panjang Melalui Instagram

Farah Waheda Wahid
3
 

Siapa yang dah kemaskini aplikasi Instagram di telefon pintar anda? Ada yang terperasan atau dah perasan tak? Bahawasanya sekarang ini, Instagram sudah membolehkan durasi video yang lebih panjang dimuatnaikkan ke laman Instagram berbanding sebelum ini. Di mana, sebelum ini aplikasi Instagram hanya membenarkan video berdurasi 15 saat sahaja dimuatnaikkan ke laman tersebut.

Secara peribadi, memang Farah rasa tidak begitu puas dengan tempoh durasi video yang dibenarkan di laman Instagram sebelum ini. Ha ha ha...Banyak besar ko? Nak jadi tak puas hati tak puas hati pula dengan sesuatu? Tak puas hati pun guna juga kan? Kalau nak muatnaik video panjang-panjang pergi muatnaik kat YouTube! Memang itupun yang dilakukan sebelum ini, tetapi ada masa-masa jadi malas juga nak muatnaik video di YouTube tu... Preference sebenarnya memang lebih kepada Instagram yang mana ianya boleh terus dikongsikan ke laman media sosial yang lain seperti Facebook, Twitter dan Tumblr. Bagi blogger sepenuh masa, separuh masa dan suku masa (suku masa ni Farah lah ni...ha ha ha)...memang sangat memudahkan dan sebenarnya ianya sangat membantu. 

Terperasan tentang perkara ni tetapi tak berapa nak pasti sangat sewaktu rekodkan video Firash menaiki keretapi di AEON Mall Shah Alam minggu lalu ke dua minggu lalu? Macam tulah... Tapi, Farah trim video tu kepada durasi 15 saat juga kerana takut tak lepas pula bila dimuatnaikkan ke Instagram. Yang jadi pastinya malam semalam, apabila Farah mencuba dan berjaya memuatnaik video yang berdurasi 51 saat ke laman Instagram.

Wohoooo!!! Memang sukalah kannn? Lebih panjang durasi video yang boleh dimuatnaik, lebih mudah dan tidak terkejar-kejar untuk merakamkan video-video yang bersesuaian. He he he... Bukan apa, Instagram tu kan macam satu platform simpanan selain DropBox untuk semua gambar-gambar kehidupan dan video-video kehidupan serta secubit dari tugasan-tugasan blog... Bila nak gali balik, senang... Browse through jer... Dah tentu akan ada di situ dan tidak mungkin akan hilang melainkan ada kesilapan teknikal atau perkara-perkara lain yang berlaku. Boleh jimat memori telefon yang cuma 16GB jer tu... Ha ha ha...Nak pakai yang 64GB, tak berkemampuan pula poket ni. Jadi kita gunakanlah dengan bijak apa yang ada disekililing kita dengan sebaiknya dan dengan se-efisiennya kannn?

Kalau tak percaya...Pergilah cuba rakamkan video yang durasinya lebih dari 15 saat dan muat naik ke laman Instagram... Berjaya ke tak?

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. ooo dah leh panjangkan dah eh..yelah 15saat tu mcm x puas hehe

    ReplyDelete
  2. woaaaa jarang post video. ada la dalam sekali dua je. Hihi lepas ni boleh la upload video sebab duration dah panjang. hihi

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !