Susah Cari Kasut Anak Lelaki? CLARKS Kan Ada...

Farah Waheda Wahid
2
 

Kalau kanak-kanak perempuan tu, serasa macam tersangatlah banyak pilihan pakaian, pilihan kasut dan pilihan-pilihan lain. Kalau anak lelaki tu, alahaiii rasanya kebanyakan yang dijumpai stereotype dan hampir-hampir serupa jer rekabentuk dan warnanya. Bila tengok pilihan untuk kanak-kanak perempuan yang cantik-cantik, yang menarik-menarik, yang sweet-sweet, yang comel-comel... Ha ha ha... Hanya mampu telan air liur jer lah... Iyalah, awak bukannya ada anak perempuan nak dibelikan pun... Anak awak ni lelaki... Tetapi syukur Alhamdulillah, tak pula sesekali nak rasa sedih ke apa ke sebab Allah SWT anugerahkan anak lelaki. Malahan bersyukur sangat-sangat... Kesayangan Mommy tu! Peneman setia Mommy, penghibur hati Mommy dan kawan karib Mommy yang paling sejati! In Shaa Allah... Satu hari nanti, mudah-mudahan menjadi pelindung dan penjaga Mommy pula... :-)... Besar harapan... 

Diakui, bila tiba bab membeli-belah pakaian Iman Firash, memang Farah akan mengambil masa yang lama. Dari seringkas-ringkas benda yang nak dicari, sehinggalah ke serumit-rumit benda yang nak dicari. Kalau ada 10 shopping complex, 10 shopping complex lah yang Farah akan pergi... Berpuluh-puluh kedailah yang akan Farah masuk. Walaupun, dah jumpa yang berkenan di hati, masih tetap nak mencari juga kiranya ada pilihan yang lain. Ingatkan untuk diri sendiri sahaja, untuk anak sendiri pun sama juga kaedahnya. Sebab tu, kebanyakan pada masa kalau nak membeli apa-apa untuk dia, Farah lebih suka pergi sendirian berhad. Bukannya apa, Farah yang dewasa ni tak apalah dari satu tempat ke satu tempat untuk hunting barang. Tapi dia? Kesian pada dia yang lebih kecil... Memikirkan macam tu, tak mengapalah... Lebih baik pergi bersendirian... Bila membeli Farah nak yang betul-betul memuaskan hati dan rasa berbaloi dengan apa yang telah dibayar. Semua orang pun macam tu kannn? Tak naklah rasa terkulat-kulat kesal bila apa yang dibeli itu tidak menepati kehendak hati. 

Memang Farah fussy dan sangat-sangat memilih bab pemakaian. Tak taulah kenapa. Mungkin menurun dari Atuk Ash kot? Sebab Atuk Ash memang macam tu. Ha ha ha... Mana nak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi kan? Dapat pula pasangan yang lebih kurang sama jer sikap membeli-belah... Suka lihat sana, lihat sini dulu, survey sana, survey sini dulu... Dah betul-betul puas hati dan rasa berbaloi baru ambil keputusan nak membeli. Memang dah kena sangatlah regunya tu. Tak adalah, kurang-kurangnya bila kita macam tu, dia fahamlah juga kan? Sebab dia pun lebih kurang sama. ;-). Tak adalah nak merungut ke apa ke kalau mengikut sama kan? 

Salah satunya perihal kasut! Termasuklah perihal kasut Iman Firash. Tiba bab yang dah berkenan, kadang-kadang tu tak ada saiz. Bila tiba bab yang tak berkenan atau so-so... Ada pula saiznya... Bila terjadi macam tu, memanglah... Memanglah akan mula dari awal semula untuk mencari yang berkenan di hati bagi menggantikan yang berkenan yang tak ada saiz tu. Shoes hunting untuk Iman Firash serupa jer dengan Mommy, dengan Abah dia... Tak pernah ambil masa yang singkat... Selalunya mengambil masa yang lama untuk jumpa yang betul-betul berkenan di hati. Bukannya mudah. Memang tak mudah. Hai hai hai... Kasut kanak-kanak lelaki ni bagi Farah agak sukar Farah nak berkenan dengan apa yang ada di pasaran... Biasalah orang kata pilihan untuk kanak-kanak lelaki ni agak terhad... Kadang-kadang terasa macam ada betulnya juga... Terkadang tu terlebih berkenan dengan jenama preference yang ada dijual di luar negara tetapi tak ada kat sini. Susah juga nak puaskan hati seorang mak ni yang nak melihat anak dia berpenampilan proper... Uhuksss proper-lah sangattt kannn? 

 

Al-maklumlah orang baru beranak satu jer... Jadi semuanya, segalanya menjadi baru... Walaupun kini usia dia dah nak cecah 3 tahun dan bakal menyambut raya untuk kali yang ketiga. Kesukaran dan terhadnya pilihan kasut yang Farah rasakan sesuai tu masih ada. Bukan apa, tahun pertama beraya dulu, kasut LV dan Adidas yang dia pakai, datuk saudara dia yang sponsor. Tahun kedua, bekas boss Farah dulu yang sponsor kasut See Kai Run tu... Cuba juga mencari outlet kasut See Kai Run di Malaysia ni. Nan hado. Kalau nak carilah di laman web See Kai Run sendiri dan bayarlah kos International Shipping tu seadanya. Memang makan masa-lah kan? Kiranya kasut Iman Firash memang sponsor jer lah kerjanya... Hu hu hu... Paling-paling tinggi kasut jenama Garfield yang Farah beli raya tahun lepas juga di AEON 1 Utama. Itupun tahun ni, bila survey balik, masih rekabentuk yang sama dan hampir serupa. Bosan pula rasanya tengok! Ha ha ha... 

Ingatkan macam dah kehabisan pilihan... Cubalah masuk ke outlet Adidas di NuSentral baru-baru ni. Gagal juga menjumpai sesuatu yang berkenan di hati... Masuk ke outlet Skechers pun sama, outlet Converse pun sama... Adoiii payahnya... Taklah... Konsep kasut yang Farah nak tu tak jumpa... Bukan apa, survey dulu kemudian pepandailah nak selit nak kumpul sebelum raya dan kemudian beli untuk dia kan? Rupanya ada rezeki juga untuk Ash... Dan rupanya ada banyak pilihan kasut kanak-kanak lelaki yang menarik dan kualitinya memang selesa dan bagus di CLARKS. Ahaksss kenapa tak terfikir sebelum ni yer? Nampak sangat banyak berfikir benda-benda lain. Alhamdulillah, rezeki Ash dari CLARKS rupanya tahun 2016. Ash berpeluang dan telah diberi peluang untuk menggayakan koleksi CLARKS untuk raya tahun 2016 ni. Ok... Mommy tumpang pilih, tumpang tengok dan tumpang happy sekali untuk Ash. 

 

Saat masuk ke salah satu outlet CLARKS yang terdekat dengan kami untuk mengukur saiz kaki Ash dan mendapatkan kasut yang bersesuaian dengan Ash serta berkenan di hati. Dialah orang yang paling gembira dan ceria rasanya. Dah mula faham dahhh bila nak dapat sesuatu yang baru kannn? Budak-budak macam tulah... Sebab tu akan mudah rasa sedih dan rasa pilu di hati kalau-kalau tak dapat nak sediakan untuk dia. Ibu mana yang tak mahu lihat anak gembira kan? Ibu mana yang tak mahu lihat anak happy kan? Semua ibu-ibu tak nak tengok anak dalam kesedihan, kesakitan atau rasa down... Kalau boleh memang tak nak tengok langsung kannn? Cumanya biasalah sebagai manusia ada masa kita gembira ada masa kita sedih. Ada turun naiknya. Memang tak lari tu. 

Jadi selagi boleh menggembirakan serta membahagiakan hidup si anak, kita lakukanlah yang terbaik yang mengikut kadar kemampuan kita kan? 

 

Di dalam kotak ini, ada kasut raya Ash yang telah diukur saiz kakinya di outlet CLARKS terlebih dahulu dengan alat pengukur khas... Kemudiannya, diberikan pilihan rekabentuk yang ada untuk saiz kakinya. Diukur-ukur dikatakan saiznya 7.5 tetapi Farah minta kalau boleh nak dapatkan saiz 8 supaya puas memakai dan tahan lama untuk Ash. Farah memang suka membeli saiz yang besar sedikit untuk Ash. Sebab memang Farah nak Ash pakai satu-satu barangan tu pada tempoh yang lama. Baru rasa puas bagi Farah! Biarlah pada waktu dan ketika itu orang nak kata outdated ke apa... Janji Farah rasa ianya sangat berbaloi dan puas hati. 

Apa yang menjadi pilihan kami bersama walaupun Ash tu memilih disebabkan adanya warna oren kan? Dia apa sahaja asalkan ada warna oren semuanya ok... Ha ha ha... Janji ada warna oren... 


Club Hike Inf... Inilah yang menjadi pilihan hati kami dan menimbulkan rasa berkenan serta puas hati di hati maknya ni. Masuk yang ini, tambahan kepada apa yang didapatkan dari baucar hadiah PONEY tempoh hari, Alhamdulillah, nampaknya sudah hampir lengkap persiapan raya untuk Ash bagi tahun 2016 ni. Tiada apa yang dapat dikatakan serta dirasakan lagi, kecuali rasa syukur kepada Allah SWT di atas rezeki yang diberikan untuk Ash. Syukur sangat-sangat... 


Tapaknya juga mencengkam. Itu yang penting! Ciri keselamatan untuk anak kecil yang kuat berlari-lari ke sana dan juga ke mari kan? Aktif katanya... 

 

Tidak berat dan tidak pula terlalu ringan. Cukup selesa untuk seorang anak kecil yang sentiasa bergerak aktif serta material yang tahan lasak. Dalamnya memang boleh rasa spongy dan Farah percaya, ianya tidak akan menyakitkan kaki Ash walaupun memakai kasut di dalam tempoh masa yang agak panjang. Keselesaan serta ciri-ciri keselamatan di samping gaya adalah menjadi keutamaan. 

 

Sudah nekad dan pasti dengan pilihan, hati pun dah puas, masa untuk simpan elok-elok dalam kotak dan tunggu masa raya nanti baru rasmikan. Itupun kalau sempat Ash sabar lah kan? Nanti jadi macam kes baju yang dia pakai untuk food review baru-baru ni. Sepatutnya jadi baju raya tetapi dah belasah pakai awal-awal disebabkan nak juga. Kali ni, Mommy sorok di dalam almari baju Mommy pula. Harap dia tidak ingat dan tidak terjumpa sebelum tiba waktunya yang sepatutnya dia rasmikan buat kali pertama. 

Untuk anda, selain dari rekabentuk yang telah diberikan pada Ash ini terdapat banyak lagi rekabentuk yang menarik untuk anak-anak. Ini termasuklah kanak-kanak lelaki dan perempuan. Banyak pilihan yang akan membuatkan anda berminat dan tertarik hati. Antaranya yang dapat Farah kongsikan adalah: 

Boys First Shoes 

 

Boys Key Styles

 

Boys Sandals


Boys Shoes


Girls First Shoes

Girls Sport 

 

Girls Key Styles 

 

Girls Sandals

Girls Shoes

 

Ini cuma sebahagian sahaja yang dapat Farah kongsikan. Sebenarnya jika ke outlet CLARKS sendiri, terdapat lagi pelbagai pilihan. Dah nak masuk Ramadhan ni pasti ibu bapa dah mula melakukan persiapan raya untuk keluarga masing-masing kan? Kalau di hati berhajat nak membeli kasut anak-anak, mungkin CLARKS boleh menjadi salah satu outlet yang patut anda pertimbangkan kerana kualiti dan juga rekabentuk yang ditawarkan adalah yang terkini serta memberikan keselesaan yang maksima kepada si pemakai. Bukan setakat anak-anak sahaja... Ibu bapa pun boleh turut sama mendapatkan kasut raya masing-masing sebab memang banyak pilihan yang boleh buatkan hati terpaut. Tengok dulu, cuba dulu, kemudian baru buat keputusan ok? 

Untuk Maklumat Lanjut Dan Informasi Mengenai Outlet CLARKS Anda Boleh Melawat Ke: 





Kasut yang selesa itu amat penting. Nak nak lagi kalau jenis yang banyak berdiri serta berjalan. Memang memerlukan kasut yang selesa dipakai. :-). CLARKS mampu untuk memberikan anda kasut yang anda selesa bila memakai. Bukan sehari dua di pasaran tetapi CLARKS adalah jenama kasut dari tahun 1825 lagi. 

Post a Comment

2Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. Wah byk pilihan dia .. mmg klu kasut budak lelaki semuanya sepesen ja kan ... 😊

    ReplyDelete
  2. Cantiknya kasut. Clarks memang banyak pilihan

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !