Malam semalam punya kisah lah ni... Anak dah tidur seawal pukul 8.00 malam ~ cepat betul dia tidur sejak Mommy mula bertugas semula ni... Ha ha ha... Bagus! Latihan awal untuk bangun awal ke sekolah! Sebab keesokkannya pukul 5.30 pagi dia dah terjaga...Maknya masih terkebil-kebil mata tak boleh nak lelap lagi walaupun dengan berpenghawa dingin dan cuaca hujan di luar... Dah tak ada apa buat tu... "Browse" internet, "browse" media sosial dan draflah sikit-sikit entri untuk keesokkan hari. Di pejabat, memang tak adalah nak "browse" untuk kegunaan peribadi...Memang tak adalah nak draf apa-apa atau buka "browser" blog... Godek punya godek... Terjumpa "posting" ini...
Tumpang lalu... #ehhh tumpang tanya... Siapa paranoid??? Siapa paranoid memikirkan perkara yang mungkin terjadi seperti gambar di atas? Tengah elok punya lengok kipas siling tu berputar laju, tiba-tiba kipas tu jatuh dan cincang badan anda? Hu hu hu... Tak kisahlah, cincang badan ke? Cincang kepala ke? Nak nak lagi jenis bilahnya "steel" yang padu tu?
Tambah pula lagi kalau kipas tu berputar laju sambil bergoyang-goyang? Macam tak kukuh jer keadaan fizikal kipas tu? Ada orang tak pernah nak fikir pun... Ada orang memang akan terfikir perkara-perkara sebegini. Atas dasar, segalanya berkemungkinan, malamg tidak berbau ataupun sekadar asbab bagi ajal seseorang. Iyalah mana kita nak tau kan?
Setakat hari ini, tak pernah dengar lagi lah kes seumpama ini berlaku di mana-mana dalam Malaysia ni atau adakah mungkin, Farah yang terlepas pandang kes sebegini? Rasanya tak ada kan? Belum lagi pernah keluar berita kes-kes mengenai kipas jatuh dan cincang orang. Tapi kannn? Yer juga... Tak mustahil boleh berlaku kan? Haaa... Tengok? Kakak dah mula fikir pula dah... Ha ha ha...
Kalau diingat-ingatkan memang macam agak ngeri juga oiii membayangkan... Moganya taklah, dan moganya kita semua dijauhkan dari apa jua bentuk kemalangan diri yang membahayakan diri serta nyawa kita... In Shaa Allah... Amin...
Saya ada jugak sikit2 paranoid rasanya Farah...hihi :p
ReplyDeleteingat paranoid apa la tadi...heh...ada la..akak la tu...especially guna jamban duduk...takut jamban tu pecah then terbelah montot..guna tandas cangkung lak takut ada tangan keluar dari lubang....omaigaddddddddd.....
ReplyDeletezee mengaku kak, zee memang paranoid sesangat..
ReplyDeletekalo bab kipas ni memang selalu jer terpikir..kadang kipas bunyi lain macam skit kecoh dah soh laki cek..
Kadang bila tengok kipas ligat berputar terdetik juga dalam hati yang bukan bukan..nauzubillahiminzaliq 😑
ReplyDeletehaha this one, dah bertahun sy kerap membayangkannya, especially time sekolah dulu, dalam kelas ckgu bizi mengajar, sy bizi risau kipas tu jatuh kene kepala :D Even siap buat perancangan lagi, kalau kipas tu mula jatuh nak lari menyorok mana :D imaginasi hebat sgt la tu..
ReplyDelete