Sepatutnya Dia...

Farah Waheda Wahid
3
 

Ini salah satu gambar selepas kami sekeluarga "outing" pada bulan lepas... :-). Biasalah, bila dah penat setiap kali "outing", di dalam perjalanan pulang, Firash memang akan tidur. Pandulah Mommy sorang-sorang yer tak? 

Masih jelas pada ingatan Farah bahawasanya pada ketika itu, cuaca memang hujan lebat. Makanya sejuklah kan? Sangguplah Mommy dia ni berhenti di bahu jalan semata-mata nak selimutkan dia supaya tidak kesejukkan. Kemudian, bila dah selimutkan dia, boleh? Dia suruh Mommy dia berhenti sekali lagi? Katanya... "Mommy... Shtop!"... ~ "Mommy stop!"... Berkali-kali dia ulang... 

Ingatkan apalah kan? Gigih Mommy dia berhenti sekali lagi... Selimut memang dah terselak dah... Dia bagi kucing kesayangan dia tu, dan kemudian dia bagi kain lampin dia tu... Payah juga nak memahamkan apa yang dia nak... Dia ambil balik kedua-duanya... Tunjukkan demo pada Mommy dia... Owhhh... Nak suruh balut kucing dia tu... Yang jadi fahamnya, dia tak nak kucing dia kesejukkan. 

Alahaiii... Memang dah nampak sangat sifat penyayang dan "caring" dia tu... Ahaksss... Sanggup bersejuk semata-mata untuk sesuatu yang dia sayang. Faham konsep pengorbanan, "caring" dan kasih sayang nih! Bagus! "Melting" jap tengok cara dia tu... Selepas tu dia peluk kucing dia, dan tak lama kemudian... Tidurlah dia dengan lenanya dan Mommy pun perlahankan penghawa dingin kereta pada paras yang paling minimum... Kesian dia, nanti sejuk... Bersifat melindungi juga nih... 

Sepatutnya supaya tak sejuk dia yang pakai selimut tetapi yang tak bernyawa tu juga yang dikisahkannya sejuk... Hik hik hik... 

Post a Comment

3Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. alahai, gud boynya dia.. biasanya anak yg sulung mmg perasaan kasih-sayang tu lebih even dgn haiwan pun..

    ReplyDelete
  2. Sedia maklum Firash memang suka dan sayang sangat dengan cat..hehe..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !