Semuttt... Mana-mana pun ada... Pantang lepa sedikit, pantang cebisan makanan terjatuh ke atas lantai, pasti ada yang datang menghurung. Kadang-kadang tu tak ada apa pun, tapi semut datang menghurung... Adalh sumber kemanisan yang mendorong semut-semut tu untuk bekerja keras... Ekekekeke... Siapa agak2 rumah mereka mempunyai masalah sebegini? Sampai naik buntu memikirkan... Tapi taklah sebuntu masalah tikus dan lipas yer tak?
Baru letak kejap makanan, tengok sajian sudah dihurung semut. Tambah pula kalau menu yang manis-manis. Ini memang boleh ganggu emosi, nak buang makanan itu haruslah rasa serba salah. Jadi macam mana nak atasi masalah ini?
Tak perlu jadikan semut itu musuh sebab anda boleh halau semut dengan beberapa bahan dapur seperti yang dikongsikan oleh artikel di SINI...
1. Kayu Manis
Bau menyengat kayu manis tak disukai semut. Jika ingin semut pergi jauh dari bekas gula, masukkan saja satu batang kayu manis di dalam gula dan biarkan. Anda juga boleh halau semut dengan taburan kayu manis. Cukup taburkan di meja dan ratakan di bahagian yang selalu dihurung semut.
2. Cili
Ambil beberapa cili dan masukkan dalam bekas gula. Cara yang efektif mengusir semut jika anda menggunakan serbuk cili.
3. Cuka
Campur cuka dan air dengan perbandingan 50:50 dan letak di bahagian yang sering dihurung semut atau tabur sekeliling makanan untuk elak dihurung semut.
4. Oatmeal
Oatmeal mungkin tidak berbau tajam seperti kayu manis, cuka atau cili, tapi ternyata boleh menyingkirkan semut dan mencegah hurung pada makanan. Namun bahan ini cukup sayang jika dijadikan bahan pengusir semut kerana harganya sedikit mahal.

Cubalah sesiapa yang ada masalah dengan semut tu... Mana tau berjaya pula tips-tips ni kan?
nice sharing. thankyouu :D
ReplyDeleteaida senang aje, beli landshield cosway.
ReplyDeleteda lebih 10 tahun guna ni tau.
sejak anak dara (utk umah mak ler masa tu).
memang berkesan.
sekali sembur. lebih sebulan tak bersemut. unless terang-terangan makanan jatuh ler kan.
confirm bersemut jap.