![]() |
Sumber dari Google |
Home »
motherhood
,
parenthood
,
parenting
,
parenting alert
,
parenting info
,
parenting knowledge
,
parenting readings
,
parenting sharing
» Parenting Alert!!! Selamatkan Nyawa Anak | Langkah Bila Anak Tercekik
Parenting Alert!!! Selamatkan Nyawa Anak | Langkah Bila Anak Tercekik
Setakat ini, belum pernah lagi
melakukan perkongsian mengenai situasi anak tercekik. Yang pernah Farah
kongsikan sebelum ini di dalam entri pada bulan Julai 2014 adalah tentang petua
atau langkah yang perlu dilakukan sekiranya sesiapa sahaja tercekik tulang - TercekikTulang???. Fikir-fikir balik, memang perlu mengetahui serba sedikit
tentang situasi anak tercekik kerana kemungkinan itu boleh saja berlaku pada
bila-bila masa dan tidak salah rasanya jika diri sendiri menggali sedikit info
supaya ada ilmu mengenai perkara ini. Sekurang-kurangnya, ada sesuatu yang
Farah tahu kan, jika keadaan ini berlaku. Harapnya tidaklah kan?
Iyalah, siapa yang tidak akan berasa
panik bila tiba-tiba sahaja anak tercekik! Apatah lagi kalau anak tu adalah si
kecil yang berusia di bawah enam (6) tahun. "Eh, tahu ke apa nak
buat?". Bila bergelar ibu bapa, memang wajib untuk tahu tentang bantuan
kecemasan walaupun anda bukanlah ahli Persatuan Bulan Sabit Merah... Sebab
ianya sangat-sangat perlu jika berlaku situasi yang tidak diduga kepada
anak-anak kita. Jika kita kebanyakan pada masanya bersendirian di rumah dengan
anak lagilah... Takkan nak tunggu sehingga ada sesiapa yang datang hulurkan
bantuan ataupun pulang ke rumah kan? Kecemasan sebegini memang perlu ambil
tindakan segera dan tak boleh tunggu-tunggu lagi.
Masalah
tercekik di kalangan bayi dan kanak-kanak memang kerap berlaku. Ia berlaku
apabila sesuatu objek kecil atau cebisan makanan tersekat di dalam trakea,
menyebabkan suatu serangan batuk. Penting bagi anda mengeluarkan benda itu
dengan cepat supaya anak anda dapat bernafas dengan sempurna semula. Tercekik
itu merupakan perkara biasa di kalangan kanak-kanak kecil yang cenderung
memasukkan semua benda yang dipegang ke dalam mulut. Mereka juga mungkin
mendapati sukar untuk menelan makanan kering dan rapuh. Oleh itu elakkan
makanan ini jika boleh.
Menurut perkongsian artikel di SINI,
kalau-kalaulah Farah ataupun anda berhadapan dengan situasi anak-anak
tercekik, sila lakukan perkara-perkara berikut:
1. Duduk atau berlutut di atas
satu lutut dan tiarapkan anak anda di atas lutut anda, dalam keadaan kepalanya
tergantung ke bawah. Sokong dadanya dengan sebelah tangan dan tepuk bahagian di
antara tulang belikatnya beberapa kali.
2. Jika ini gagal mengeluarkan
halangan, masukkan jari anda ke dalam mulut anak anda dan cuba kais benda itu
dari belakang kerongkongnya. Berhati-hati supaya anda tidak tertolak apa-apa
lebih jauh lagi ke dalam kerongkongnya.
3. Jika dia masih tersedak,
dudukkannya di atas riba anda dalam keadaan menghadap ke hadapan. Sokong
belakangnya dengan sebelah tangan dan genggam tangan anda yang sebelah lagi
dalam keadaan ibu jarinya ke dalam, pada bahagian tengah di antara pusatnya
dengan bentuk V di bawah tulang rusuknya. Tekan dengan kuat ke dalam dan ke
atas hingga sebanyak empat kali.
4. Jika anak anda tidak mula
bernafas seperti biasa setelah halangan dikeluarkan, lakukan bantuan
pernafasan.
Bantuan kecemasan ini mampu
menyelamatkan nyawa anak anda! Belajarlah segera bantuan kecemasan jika anda
masih belum mengetahuinya!
Terimakasih telah membaca artikel Parenting Alert!!! Selamatkan Nyawa Anak | Langkah Bila Anak Tercekik. Jangan lupa share ya
Share
3 komentar:
DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.
memang perlu amik tau ni
ReplyDeletemasukkan jari? :O
ReplyDeletekalau sy sm2 naik nangis klu tgk bdak2 tercekik...takut!
ReplyDelete