
Imbauan kisah sepanjang proses pembesaran dahulu. Bila lihat gambar ni terus teringat kenangan masa silam. Pijak belakang! Siapa waktu kecil-kecil dahulu, ibu atau bapa minta bantuan untuk pijak belakang badan mereka? Farah pernah! Selalu sangattt... Ha ha ha... Kadang-kadang tu cuba juga untuk mengelat dari disuruh pijak belakang sama ada Atuk Ash atau Nek Ma Ash.
Apa yang sedap ek bila belakang badan dipijak oleh anak? Bha ha ha... Sebab bila setiap kali Farah pijak belakang badan Atuk Ash ataupun Nek Ma Ash, dua dua akan kata sedapnya... Uishhh boleh makan ek? Sekarang ni kalau nak orang pijak belakang pergi jer tempat urut. Terutama Thai Massage... Dia punya pijak... Perghhh... Memang memberi kelegaan setelah itu walaupun sewaktu dia nak pijak dan memijak tu ada rasa seriau-seriau sikit. Ha ha ha... Tapi lepas tu badan rasa ringanlah kan? Mungkin itulah yang dirasai oleh Atuk dan Nek Ma Ash dulu. Ekekekeke...
Dikatakan pijak belakang ni boleh redakan sakit belakang... Adakah menurun pula sekarang ni Farah pula suruh Ash pijak belakang? Tak pernah sekali pun suruh... Ha ha ha, tetapi dia yang automatik duduk belakang badan Mommy dia kalau nampak Mommy dia meniarap sewaktu Mommy dia sedang mengemaskini blog... Contohnya sewaktu entri ni sedang ditaip... Hu hu hu... Duduk jer tak apa siap dengan dihenyak-henyakkan belakang badan kita... Bila dia bangun jer berdiri, memang cepat-cepat Nek Ma dia datang pegang dia supaya tak terjatuh. Karang tergolek sia-sia jer.
Tapi diakui, syok juga lah... Kadang-kadang tu sampai burp burp Mommy dia... Nampak nau badan ni banyak angin kan? Dapat pula bantuan anak menghenyak... Belakang badan tak apa, jangan depan... Seriau oiii tempat pembedahan tu... Ha ha ha....
pergh. memang best ooo kena pijak belakang ni.. bkn apa nk suh kena urut nnti tak larat pulak kan.. jadi pijak je la cara mudah dan senang.. mmg lega..
ReplyDeleteBlogwalking sini, jemput singgah baca artikle ini ye
Bina Blog Berkualiti site...
Perghhh..Mmg memori aktiviti nih..Dedulu selalu kena pijak belakang mak..Skrg kite plk mintak che mek pijak blkg ibu dia ni..huhu
ReplyDeletehehhe...mmg best kan klu penat2 dapat pijak belakang ni
ReplyDeleteDulu suka pijak2 blkg abah..ni dh berumur ni asal sakit belakang je pi la urut...harap anak..x sampai hati katanya
ReplyDeleteBoleh kata semua ada experience pijak belakang nikan Farah... Mcm okje kecik dulu selalu kena suruh dgn abg pijak belakang dia. Lepas tu bila kita dah dewasa, kita pulak menyuruh anak kita....Mmg nostalgia sangatlah. Tp sekarang ni takut pulak nak suruh anak anak pijak, kang patah mak punya tulang belakang hihi....Nak kena booking kaki Ashlah nampaknya...
ReplyDeleteMemang nostalgia sangat memori ini
ReplyDelete