Memisahkan "Pacifier" Dan Botol Susu...

Farah Waheda Wahid
5
 

Sampai bila? Dan sampai umur berapa nak biarkan Iman Firash bergantung dengan botol susu? "Pacifier"? Mujur dia memang tidak gemar "pacifier". Ngeee... Kira beruntung bab yang itu. Kurang-kurang, kuranglah satu perkara nak difikirkan bagaimana untuk memisahkannya. Tapiii... Sebenarnya tak kurang mana punnn... Sama jer lebih kurang dengan nak memisahkan botol susu yer tak? Memang sedari dia lahir, memang tak ada niat dan tak ingin galakkan dia untuk suka kepada "pacifier". Tak diajar. 

Kalau ikut-ikut Mommy dia dulu... Shhh... Ha ha ha... Sampai Darjah 2 masih lagi hisap botol... Awwww malunya bila dikenang-kenang balik. Ekekekeke... Tapi hendaknya Ash tak adalah berlarutan selama itu. Kalau bolehlah kalau boleh... Masuk usia 5 tahun, Farah nak dia pisah terus dari botol susu tu. Amboiii, impian dan harapan bukan main kan? Ekekeke... Kalau dah begitu, maknya lah kan kena berusaha kan? Yer tak? Kalau dapat pisahkan lagi awal, lagi bagus kot. 

Apakah cara-cara yang boleh diusahakan? 

Lumurkan Nescafe Pada "Pacifier" Atau Puting Botol Susu
Ironinya sebab benda tu rasanya pahit kan? Dengan harapan, bila dah rasa pahit tu, anak-anak kecil serik nak menghisap sama ada "pacifier" atau puting botol susu. Ada yang berjaya kot dengan teknik ni? Dan ada juga yang tak berjaya. Ha ha ha... Jangan "underestimate" akal pemikiran anak-anak kecil ni. Nak nak lagi zaman sekarang anak-anak kecil sememangnya cerdas pemikiran mereka. ;-). Kalau mereka nampak semacam jer "pacifier" atau puting botol susu tu, mau dia suruh kita basuh bersih-bersih kan? Kalau kena anak yang "particular" dan "details" sesangat, lagilah oiii... 

Gunakan Jadam Pada "Pacifier" Atau Puting Botol Susu
Ini kannn... Jujur memang Farah tak pernah ambil tahu jadam tu bagaimana rupanya. Ok sila jangan gelakkan Farah ok? Tak tau kita mengaku tak tau yer tak? Baru nak Google ni ha sewaktu menaip entri ni, macam mana rupa jadam yang sebenarnya. Yang Farah dengar, jadam ni pahit rasanya. Lebih kurang macam lumur Nescafe lah kan? 

Sorok "Pacifier" Atau Botol Susu
Hilangkan dari pandangan mata anak-anak. Bila mereka minta untuk menyusu, beritahu mereka yang "pacifier" atau botol susu mereka telah hilang. Ngeee... Dibuatnya anak tu suruh pergi kedai dan belikan yang baru? Haaa, jawab, jawab jangan tak jawab... Kena fikir cara bagaimana nak bagi mereka leka dan tidak teringat pada "pacifier" atau botol susu. 

Botol susu tu mungkin senang sikit, sebab anak-anak biasanya mencari botol susu ketika hendak menyusu. "Pacifier" tu, kebarangkalian yang Farah nampak adalah agak mencabar, sebab kebanyakan anak-anak kecil yang menggunakan "pacifier" biasanya bergantung kebanyakan pada masa dengan "pacifier". 

Latih Minum Dari Cawan Khas Kanak-Kanak atau Cawan Biasa Dari Usia Awal
Bila dah mula pandai minum dari cawan, itu satu petanda baik... Dah boleh mula galakkan anak-anak untuk minum dari cawan. Mungkin ia satu latihan yang baik. Perlahan-lahan boleh pisahkan mereka dengan botol susu. Tips yang ini tak berkaitan dengan "pacifier" kot... Lebih kepada tips nak pisahkan dengan botol susu. 

Sistem "Reward"
Bila anak dah bertambah cerdas dan bijak. Cara psikologi adalah salah satu pendekatan yang boleh digunapakai. Buat satu carta, tandakan bilangan jam pada awalnya dan kemudiannya bilangan hari bila anak sudah biasa. Setiap kali mereka mampu bertahan tanpa "pacifier" atau botol susu, kita rekodkan. Semakin lama mereka mampu bertahan, semakin bagus. "Set"kan matlamat kita dan beritahu jika anak-anak berjaya capai matlamat tu, kita akan memberikan ganjaran istimewa dan menarik kepada mereka. 

Hati Kering
"Back to square one"... Dalam hidup ni adakalanya kalau kita nak capai sesuatu yang kita dah letakkan pada tempatnya tu, kita kena hati kering. Hati kena tetap dan nekad. Kena konsisten. Sama halnya dengan nak pisahkan "pacifier" ataupun botol susu ni. Dalam melaksanakannya memang kena keras hati sikit walaupun rasa kesian, walaupun rasa tak sampai hati. Apa yang dilakukan kena kuat. 

Lagi satu, kalau semua cara di atas kita cuba lakukan untuk pisahkan "pacifier" atau botol susu dari anak-anak kita tu gagal. "Last resort" cara yang ada kena hati keringlah. Ha ha ha. Melalak, meraung, menangis, "tantrum"... Kena banyak-banyak bersabar serta bertabah. Gittew. Telinga kena belajar tahan. Mata kena belajar sabar. Kesabaran memang diuji. Tak perlu bagi pada dia walau apa pun keadaan. Memang ini Farah dah fikirkan dan kena ingatkan pada diri Farah sentiasa. Perlu. Memang perlu untuk kebaikan diri anak tu sendiri. 

In Shaa Allah, lama-lama nanti terbiasalah anak tu dan In Shaa Allah nanti dia akan berhenti meminta serta mengingatkan "pacifier" atau botol susu. Sambil-sambil tu kenalah pujuk-pujuk sikit. Pandai-pandailah macam mana nak gunakan pendekatan psikologi di dalam menerangkan kepada dia kenapa dia kena berhenti dari benda-benda tu. 

Ini pendapat Farah lah kan? Lain orang tak taulah bagaimana caranya. Ngeee... Untuk diri sendiri, untuk misi ini pada masa akan datang, diucapkan selamat maju jaya. Ha ha ha... 

Post a Comment

5Comments

DISCLAIMER: All content provided on this "Bubblynotes.Com - Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger" blog is for informational purposes only. The owner of this blog makes no representations as to the accuracy or completeness of any information on this site or found by following any link on this site. The owner of Bubblynotes.Com -Malaysia Parenting & Lifestyle Blogger will not be liable for any errors or omissions in this information nor for the availability of this information. The owner will not be liable for any losses, injuries, or damages from the display or use of this information. This terms and conditions is subject to change at anytime with or without notice.

  1. masa adam dulu isap puting tp dia berhenti sendiri ms umur 2 tahun. nasib adik dia ni tak hisap puting. utk botol susu pulak adam minum smpai umur 5 tahun.. lps tu dh sekolah dia pandai tak nak botol malu.. adik dia ni pulak still bf.. ha yg tu nnt mama fikir bila dh smpai 2 tahun hehe..

    ReplyDelete
  2. Farah, makcik saya cerita, dulu nenek saya lumurkan cili kt puting diaaa...huk huk sadis betul kan...hehe :p

    ReplyDelete
  3. dayah dulu, mak cakap letak akar apa entah yang pahit tu..huhu baru la lah susu +D

    ReplyDelete
  4. Hati kena kering kalau nak praktis awal kat anak2 benda macam ni. Takpa kita pening kepala sikit, kena "berperang" dengan rasa kasihan kat bebudak tu..

    ReplyDelete
Post a Comment

#buttons=(Accept !) #days=(20)

Bubblynotes.Com uses cookies to enhance your experience. Check Now
Accept !