
Selama bekerjalah yer, selama bekerja tak pernah lagi letak sebarang cermin di atas meja... Selalunya kalau nak bercermin, sama ada Farah akan pergi ke tandas ataupun gunakan sahaja aplikasi kamera di telefon bimbit. Lebih mudah rasanya macam tu. Tapiii... Bila lihat rakan-rakan sepejabat setiap seorang masing-masing mesti ada sekurang-kurangnya satu cermin yang diletakkan di atas meja dan ada juga yang meletakkan dua cermin di kiri kanan komputer, Farah jadi macam... Wahhhh gittewww uolss, banyak nau cermin atas meja.
Bila Farah nyatakan kepada mereka dialog sebiji macam perenggan di atas... "Wahhh gittewww uollsss...banyaknya cermin atas meja"... Fikiran Farah, memang rajin diaorang ni belek dan betulkan tudung setiap masa. Ekekekekee... Tiba-tiba, ada rakan sepejabat yang bersuara... "Bukanlah kak, cermin ni bukan untuk betulkan tudung tapiii... ada trik sebenarnya...".
Diam sekejap Farah...Ha ha ha... Otak pun mula berfikir dan kemudiannya dah dapat tangkap dah apa yang dimaksudkan. Owhhh... Rupa-rupanya sebagai langkah keselamatan. Ekekekeke... Mereka letakkan cermin sebagai "side mirror", sama konsep dengan "side mirror" kereta ataupun motor. Sebagai "side mirror" untuk perhatikan kalau-kalau "boss" masing-masing lalu-lalang di belakang mereka dan juga menuju ke arah mereka. Telahan Farah memang betul punnn... Ha kauuu... Kelasss memasing.
Al-maklumlah belum pernah berhadapan dengan situasi yang sebegini sebelum ni... Sepanjang menempuh alam kerjaya inilah kali pertama Farah berjumpa dan berhadapan dengan situasi seperti ini. Memang jujur, sungguh-sungguh, Farah tak tau pun tentang kegunaan cermin seumpama ini... Wakakakaka.... Gelak, gelak, sila gelakkan kakak... Itu bermakna kakak ni lurus tau tak? Ha ha ha... Waktu kerja memang kerja dan tak ada nak merambu benda-benda lain... La la la la la la...
Dah tau ni? Teringin ke nak letak cermin atas meja pula? Tak punnn... Farah tak merasakan ada keperluan untuk Farah melakukan sedemikian. Kerja jerlah seperti biasa...Kannn??? #ehhh ada sesiapa yang letakkan cermin di "workstation" anda untuk tujuan yang sama seperti yang Farah ceritakan ni ke?
beul tue
ReplyDeleteanum atas meja ada 3 cermin
betul2 ! sa pon letak cermin kt workstation as side mirror ! haha so bleh nampak org lalu lalang blakang kita ;)
ReplyDeletekalau kerja malam2 nanti ada bayangan yang melintas
ReplyDeletefae jarang use mirror kalo nak pakai tudung. except bila nak gayakan shawl huhu itupun jarang also wear shawl..
ReplyDelete