
Salah satu perkara di dalam menyediakan serta melakukan aktiviti untuk anak-anak adalah kena ambil kira apa yang mereka minat juga. Jika kita tahu serta kenal ke arah mana kecenderungan serta minat mereka, makanya akan menjadi lebih mudah tugas kita untuk menarik perhatian serta minat mereka ke atas sesuatu aktiviti. Perlu tarik perhatian dan perlu pupuk minat anak-anak supaya apa yang nak disampaikan itu sampai pada maksudnya dan mencapai objektif aktiviti itu sendiri.
Macam Firash... Dia berminat pada kereta... Tak kira jenis "die-cast" atau jenis apa... Dia berminat pada keretapi... Terutama Thomas and Friends...Yang maknya kenalah jadi gigih dan kreatif mencari "input" dan idea untuk aktiviti bermain sambil belajar yang lebih menarik dari semasa ke semasa. Sejak-sejak umur dah 2 tahun ni, terkadang rasa rumah tu dah macam tadika pun ada.
Dannn... Hari ni terjumpa lagi satu aktiviti masa lapang yang menarik serta mudah untuk disediakan untuk Iman Firash dari perkongsian sumber di SINI. "Car Parking Numbers" yang betul-betul ringkas dan tak memerlukan penyediaan yang leceh pun sebenarnya.

Yang diperlukan adalah, koleksi kereta permainan anak-anak yang ada, kadbod, "marker" dan pelekat bernombor. Alaaa... Senang jer... Sekali pandang pun dah boleh hadam dah... Tak perlu nak rujuk sampai berpuluh-puluh kali...


Haaa... Mudah tak? Kan dah kata mudah... Pembelajaran pun semakin menyeronokkan dan anak-anak mudah nak hadam sebenarnya... Lebih-lebih lagi kalau berulang kali dilakukan... :-). Berkobar-kobar Mommy dia nak buat untuk aktiviti hujung minggu ni. Ihiksss...
cutenyaaaaaaaaaaaaaa
ReplyDeletecreative & colouring..bagus utk ransang otak anak2..
ReplyDeleteWahhh bagus ni.. Sambil bermain sambil budak2 kecil belajar..
ReplyDeleteAdorable child...surely, the child wouldn't find much difficulty when the times comes to study or enroll at school by starting playing educational interactive materials...
ReplyDeleteYou may visit my blogs here:
http://incredibleinterest.blogspot.com/
http://camellahousesincdo.blogspot.com/
http://takealookandshoppe.blogspot.com/
http://availablerealestateproperties.blogspot.com/
http://onlinejournalofmine.blogspot.com/